Assalamualaikum semua pembaca blog yang dikasihi,
hahh..!! macam pernah dengar ja ayat ni kan?? Oke, kita teruskan dengan stora
story aku buat masa nie. Agak lama tersangat aku rasa aku tak meng-“update”
blog ne kan? Kalo korang perasan laa.. seingat aku, last aku update masa
ramadhan hari tu. Sekarang, habis raya puasa. Raya hajinya akan datang
insyaallah hujung bulan nie.
Kini aku ada di negeri perantauan aku iaitu Sabah. Di
Kota Kinabalu untuk menyambung semula degree aku semester lalu. Haa,
macam-macam yang jadi semester nie. Sama macam semester-semester yang lalu,
masalah memang ada. Tapi, bukankah masalah itu sendiri mematangkan kita? Jadi,
fikir positif, jangan sesekali buruk sangka kepada-Nya. Sesungguhnya dia telah merancang
sesuatu hikmah yang terbaek buat kita. Jadi, jangan laa terus anggap masalah
itu satu perkara besar sehingga tak jumpa solusi nya nanti ya.
Tambahan, sekarang aku masih mencuba untuk mendapatkan
penempatan di kolej kediaman. Usaha mesti ada selain berdoa kan? Manalah tau
kalau aku ditakdirkan dapat duduk di kolej lagi semester nie. Seboleh-bolehnya,
kalau dapat tu senang la sikit.ada kemudahan-kemudahan macam bas kampus, senang
nak gerak pg kelas.
Ermm.. setiap entri aku, mesti aku akan berkatakan
tentang “hero” tu kan? Hehe.. sama macam sekarang. Sebab itu lah, kalau kita
sukakan seseorang tu, jangan sampai kita jadi “buta hati.” Faham tak maksud
aku? Maksud aku, jangan cuma cintakan
pada kebaikannya ja. Tapi tengok balik
keburukkan yang ada dekatnya. Manusia memang tak sempurna.. bila dah dapat
detect keburukkan tu kan, rasa disiat2pulak hati aku nie. Lebur macam timah
kot?? Huhu.. aku ternampak sesuatu yang lain, yang aku tak jangka sama sekali.
Dan kalau korang nak tau, susah la aku nak lupak pasal tu. Mungkin aku perlukan
sedikit masa untuk tenangkan diri. Kot kan??
Aku simple je, tak
lah idealistik sangat dan memilih. Syarat-syarat tu (yang aku tetapkan sendiri)
rasanya senang je. Pertama, dia lelaki yang
sangat menjaga solat. Kedua, tidak merokok. Ketiga, bertanggungjawab. Keempat,
hormat orang tua (terutamanya mak bapak aku lah. Kemudian, berkuku pendek.
(maksud aku, kuku jari kaki dan tangannya mesti dipotong sentiasa). Biar aku
buka satu rahsia, sebelum orang datang dekat aku nak bercakap2 kan, aku
akan tengok kuku dia terlebih dahulu secara curi2. Jadi,
hati-hati sikit dengan aku nie. Ceh,, memesan lagi tu. Apa2 pun, aku ada sebab
tersendiri untuk itu. Lepas tu bla bla bla.. banyak pulak syarat2 tu kan? Oke,
bagi aku kan, seseorang itu tak patut dinilai berdasarkan tahap pendidikannya
aras ke berapa. Kalau dapat yang sekufu
(kata orang tu). Haa.. untungla badan. Soal paras, biar sedap mata memandang. X
hensem tak pa. Janji hati baik. Fuyoooo.. ayat tu bah. Bikin panas.. hahaha
Alah, apa aku merapek panjang lebar nie kawan? Oke, balik
kepada cerita yang seterusnya. Buat masa nie, aku pergi kelas tumpang bas
berhenti-henti. Jadi, kena bayar RM1 laa..pulang balik dah RM2 kan? Kalau
seminggu aku belanja RM14, kalau sebulan RM60. Kalau 2 bulan? 3 bulan?
Bulan-bulan yang akan datang macam mana?? Sebab tu la pentingnya berjimat
cermat bermula dari sekarang. Supaya nanti, kalau terdesak tu, kesempitan tu
tak la teruk sangat kot. Setakat boleh cover sikit perbelanjaan tu pun dah oke
kot aku rasa.. mencuba untuk buat surat rayuan biar tidak putus di tengah
jalan.
Baru-baru nie aku ada pergi ke satu daerah ataupun
kawasan negeri nie. Saja2 tengok bumi Allah yang luas nie. Aku pergi Keningau.
Perrrggghhh.. indah wehh. Subhanallah, ada kabus2, gunung-ganang, serious..!!
macam lukisan. Indah kan lukisan alam.. oke, d bawah antara gambar-gambar yang
aku ambil masa dekat kampung member aku tu. Jangan lupa tengok sampai habis
tau. Mana tau nanti, korang pun berkesempatan untuk melihat daerah ini.
Aku rasa kan, aku dah banyak mencarut lah. Nanti, tolong
ingatkan aku (ehh, macam bunyi tajuk lagu ja..??). yup, tolong ingatkan aku
yang aku akan post pulak entri sepanjang cuti semester panjang tu hari.
Semester 2 daa.. mata pun dah memujuk.
Bantal pulak memanggil2.. apa lagi, “time to sleep”. Akhir kalam,
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
No comments:
Post a Comment