Selamat Datang ke Blog saya..!!

Friday 30 December 2011

Berlarutan. Seramnya..

keadaan berlarutan hingga ke hari ini. nie dah hari kelima aras kediaman aku bermasalah. macam aku cerita sebelum nie. ada masalah dengan elektrik yang kian tidak berfungsi sepenuhnya. kami di aras nie hanya bergantung dengan lampu meja saja. dengan berbekalkan kipas yang kami beru beli 2 hari nie. sebab dah tak tahan hidup macam nie. macam mana nak belajar kalau tak selesa kan? korang pun faham macam mana rasanya kan.. gelap.. nak mandi, kada hajat, even nak berwuduk pun naik lah ke aras atas. sebab kat sana rasanya lebih selesa. terang.. jadi, tak lah takut sangat kalau nak buat semua tu.

Berbalik kepada topik utama..!!

apa yang aku nak cerita nie memang betol2 aku tak sangka akan terjadi. benda nie terjadi semalam tau. macam biasa, habis je belajar, aku tidur lah. sebab esok kena bangun awal lagi. bilik aku nie samar2 je. tak lah terang sangat. kebiasaan yang aku buat, nak tido baca doa. memang benda yang aku selalu praktik kan selalu.


roommate aku belum tidor lagi masa tu, masih nak habiskan ulang kajinya. yang sorang lagi tengok movie. jadi mereka berdua lah yang masih terjaga. aku tidur semalam dalam jam 12 malam macam tu.


kira- kira dalam 10 minit lagi nak menuju ke jam 4 pagi. aku mimpi buruk. sangat buruk.. tak tau macam mana nak cerita. aku rasa belakang leher aku dah dikunci rapat. sehinggakan aku tak dapat nak gerakkan badan aku. Masya allah.. aku dalam keadaan sedar masa tu. aku nak mengucap,  nak sebut Astargfirullah pun tak lepas. aku terus mencuba lagi. aku sangat2 mencuba baca ayat kursi. korang tau kan, kalau ayat kursi kan bermula Allah hu la illa ha ila.. aku mencuba berkali-kali untuk baca ayat kursi. aku nak sebut Allah aku rasa seakan-akan lidah aku tidak dapat nak sebut. aku gagal jugak.

 aku seakan-akan nampak satu lembaga di sebelah aku. dengan tangan nya mara ke bahagian depan. seakan- akan ingin bertindak mengunci bahagian depan leher aku. aku seolah-olah nampak dengan jelas. lembaga tu berkuku hitam. betul-betul dia ada di sebelah aku.


Ya Allah, hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa masa tu. aku sangat takut. oleh sebab aku sudah hilang kemampuan untuk membaca dengan jelas ayat-ayat suci al- Quran. aku cuba lagi bagi isyarat dengan 2 orang roommate aku tu. dengan harapan yang sangat-sangat supaya mereka mendengar aku tengah panggil, mintak tolong untuk dilepaskan. aku bagi isyarat, aku cuba sedaya upaya gerakkan kaki aku supaya mereka nampak. di samping tu aku berusaha membaca ayat-ayat suci al-Quran. aku dalam dunia tu, menangis mintak tolong..

aku dalam keadaan sedar semasa roommate aku macam tengah bercakap-cakap nak kejutkan aku. aku nampak jelas pergerakan mereka berdua masa tu. sangat jelas. mereka dapat isyarat aku tu. setelah mereka toleh 2 kali. aku seperti orang yang mengigau. seakan-akan menangis teresak-esak. dan...

Alhamdullilah, mereka berdua bertindak cepat sebelum tangan lembaga tu sampai bahagian depan leher aku. aku terus lepas dari dikunci. aku bersyukur sangat-sangat lepas dari mara bahaya tu. aku sedar je, aku terus baca ayat-ayat yang aku try nak baca masa aku kena kunci tu. sangat lancar.. tidak macam semasa dalam kejadian tu. bacaan aku tersekat2.

aku bersyukur sangat2. muka aku pucat barangkali semasa peristiwa tu. bila roommate aku tanya, lalu aku mulakan cerita yang aku di pasong oleh lembaga berkuku hitam. roommate aku terkejut sangat,. mujur mereka bertindak cepat. sampai menangis2 aku cerita. aku takut sangat. lepas tu akutak tidur lagi. sampai subuh.  katakan lah.., mereka tak endahkan igauan aku malam tadi, tak tau apa yang berlaku hari nie. kita kena ingat, "nak hidup tu Insya Allah.. mati, memang pasti berlaku." jika ditakdirkan aku mati semalam?? apa yang berlaku pada hari ini..?? kita tak tau kan? semua tu di tangan tuhan yang esa.

aku pun ada gak lah tanya, macam mana keadaan aku masa tu. mereka kata, kaki aku goyang2. badan aku kaku macam tu. aku seakan-akan teresak-esak menangis. korang nak tau, masa aku kena tu kan, aku teriak panggil nama mereka berdua. aku cakap, "zati, zilah.. cepat.. tolong kamek. tolong.." aku sebut tu berulang-ulang kali. rupanya, yang mereka dengar hanya esakan dan isyarat dari kaki aku sahaja.

Lepas subuh, sampai jam 7  pagi aku dapat bertahan. dan aku kembali tidur lepas tu.sebab dah siang gak. jadi aku ambik keputusan untuk kembalitidur bila ketakutan aku kembali reda.

P/S: kita kena ingat jugak, kita memang tak nampak makhluk Allah yang itu. memang jugak, tak semua orang dapat tengok. TETAPI, jangan lupa.. dia boleh nampak manusia. dia boleh nampak kita. jadi, jangan sekali-kali cakap besar yang korang tu berani sangat. takabur.. 


Tuesday 27 December 2011

keadaan yang sama berlaku 2 hari.

hmm.. blok kediaman aku nie hah.. buat hal. tak da elektrik pulak nya dah dua hari. tau pulak aku risau kan? mesti arr.. udahlah musim study week dia buat hal.  tak pasal-pasal meraba-raba laptop masa belaja. tak nampak nie hah huruf2 dekat laptop nie. nak tekan ape entah, lain pulak yang keluar. sebenarnya blok nie ok.. tapi, aras aku nie hah. yang tak ok. wayar sot tang mana entah.

jadi, kami disalahkanlah.. sebab guna rice cooker, lepas tu.. banyak sangat guna elektrik. tak nyempat2 masa nak blackout. memang habis satu blok nie semalam. tapi aku rasa ia bukan dari kami kot. alat yang kami guna masih baru tau. tak tau laa kalau di bilik ujung2 tu hah.. lalu, 1 hari tak da elektrik. nasib la kat luar tu hujan. kalau tak, panas luar dan dalam laa aku. yang aras aku pulak, dapat double. siang dan malam tak da elektrik. ada, tapi tak dapat guna. itu lah, guna lampu meja je. meja aku tak da lampu. rosak bah. jadi, nak menumpang lampu orang tu mana nyempat. eh.. samar2 je. lagi lah kesian.

semalam datang akak senior tu hah, buat spotcheck. nah.., tu diaa.. rice cooker bilik aku kena tegur. yang roommate aku tu sorang bengap. tak ke dia tau aku dengan member aku sorang tu nak ke tandas untuk kada hajat. masa tu nak isyak. tak de ny tandas kami dalam bilik. sori sikit ya, semua di luar sana. nak berwuduk semua kat luar jugak. udah lah elektrik nya tak da. diam2 je lah..

yang dia pegi ikot buat apa. lepas tu suruh pulak member aku yang bukan budak bilik nie pegi jawab dengan akak senior tu. gagap2 la budak tu. mana tak nya aku nak geram. ok, tau laa dia masih 19 tahun. (budak matrix kan..) tapi, agak2ah. cara dia tu, boleh buat huru-hara tau. nanti tak pasal2 dapat pulak denda sebab simpan budak yang bukan asal kediaman nie. isshhh.. kes setinggan. aku nie, geram tu geram gak. dah tengok muka budak tu, kesian pun ada. eh.. control dayang control..!!

hari nie aku akan ke bank untuk settlekan masalah yang lama. ya allah, permudahkanlah.. : )

Monday 26 December 2011

Gambar jadi kenangan aku dan dia..


Bila aku rindu, hanya mampu ku tatap gambar nya. Hanya gambar, seakan-akan sudah cukup rasa bahagia. Aneh..!!  Bahagiakan? kalau gambar boleh bercakap, jadi perantara aku dan dia? Kenangan raya 2008 menjadi memori terindah. Gambar menjadi kenangan abadi dalam album hidup aku. Masih ku simpan kukuh dalam laptop pribadi ku. Tak ku delete dari dulu-dulu. waaseeehh..!!

Sebab itu lah.. supaya menjadi tatapan aku bila rindu. Apa lah takdir antara aku dan dia kan?
Kalau rindu je, mesti bukak gamba nie. Meskipun muka aku “lain” dalam tu. Hehe J
Percaya ke? Dengan tengok gamba je, hati aku kian berdebar. Mungkinkah dia merasa apa yang aku rasa sekarang? Hanya tuhan yang tahu. Nak bercakap payah, bertelefon payah, apatah lagi nak bermesej macam dulu. Mana mungkin dia rindukan saat-saat tu kan. Keadaan sekarang betul-betul berbeza. Aku rindu satu masa dulu.

~ Ya allah, jika dia benar untuk ku.. ~
~ Dekatkanlah  hatinya dengan hati ku.~
 ~ Jika dia bukan milik ku. .~
~ Damaikanlah  hatiku dengan ketentuan mu.. ~

Sunday 25 December 2011

Takdir Cinta~



mood aku sekarang ne, macam2.. kekadang aku suka denga lagu nie. sweet kan??


ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati yang mengulir lembut
penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

andaikan ku bisa lebih adil
pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa
biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh Tuhan tuntunlah hatiku
penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku



Friday 23 December 2011

Rindunya dengan zaman sekolah..(apa aku cakap melalut nie??- borink kan..)


Ya allah.. aku terus terkenangkan zaman sekolah yang telah lama aku tinggalkan. Hampir setahun zaman itu berlalu. Hari aku rasa aku sangat rindukan guru-guru aku di zaman sekolah.  Khususnya di sekolah menengah. Ingat lagi kalau dah sambut hari guru tu. Mood aku sekarang ne dengar lagu "kami guru malaysia"tu. Guru-guru akan nyanyi lagu nie ah.. sekarang turn aku pulak di Sabah nyanyi lagu nie kalau ada apa2 program berkaitan dengan sekolah ataupun fakulti aku. Lagu nie sudah menjadi satu kewajiban bagi program aku. Ingat lagi masa aku mula2 sampai Universiti nie. Kami ada minggu suai mesra tau. Dengan fakulti/ sekolah aku tu.. then, jumpa dengan senior. Kami disuruh arr nyanyi lagu nie. Aku udahlah tak menghafal. Aku main bedal je lah.. huahuahua. Dengar pandai pulak masa tu. Nak nyanyi tu, aku tak hafal. Tak tau kan kami kena nyanyi masa tu. Cubaan berkali2 lagi tu.. naik meremang bulu roma aku. Betol, aku tak sangka weii.. giiliran aku sekarang nie nyanyi lagu tu.
Dulu kan, kalu musim hari guru, cikgu-cikgu sekolah nyanyi tau lagu tu.. aku suka dengar lagu tu. Seriously, tak sangka.. aku yang mulanya hanya sekadar suka dengar. Sekarang kena nyanyi pulak. Aneh kan??


Minggu Suai mesra (MSM)

Nie haa.., muka aku masa minggu suai mesra. Keja aku tidur ja.. sampai dewan je, memang arr aku tidor. Masa tu kan, roommate aku tak kenal lagi aku nie macam mana. Memang hobi aku arr tidor tu. Jadi, bila aku sampai dewan, aku tidor arr.. tak de nya nak dengar ceramah berbagai tu.ucapan ape-ape bebagai tu.


 Awal- awal la aku pesan dekat roommate aku tu. Aku cakap, nanti kalau ada senior datang ambik gamba.., cepat2 kejutkan aku. Tak pun aku akan pesan, nanti kalau ada senior lalu, pun cepat-cepat kejutkan aku. Haha..
 Sproting gilerrr roommate aku.. hahaha. Syiok aku tidur dalam dewan tu. Minggu suai mesra tu berlangsung 1 minggu. Satu minggu tu jugak laa aku tido dalam dewan. Sampai je terus tido..hahaha. penat kot. Sebab masa tu aku tak ngam lagi dengan situasi di kampus nie. Tak biasa nak bejalan kaki sejauh nie hari2. Sekarang.. 2km tu, aku jalan rilek je. Macam tak de apa2. Tak mengah macam aku mula-mula sampai dulu.
Apa pendapat korang?? Macam kenak tampar kan muka aku. Kembang.. masa nie aku tengah tido. Tetiba roommate aku kejutkan. Cakap seniordatang. Aku apa lagi.. bagun arr.. lepas tu pura-pura tangkap gambar. Ini lah hasilnya..

Sekarang tak lagi..nie hah, aku yang sekarang. Dah lain dah.. hehehe. Cun kan? (eh2, perasan pulak..!!) Sioku ya.. (sorry ya). Yang sio tu bahasa Dusun. Aku banyak belajar bahasa etnik kat sinie.


Sebab nak timba pengalaman. Sementara aku masih belajar di Sabah nie lah peluang aku belaja dialek mereka yang pelbagai tu. Aku rasa rugi kalau tak belaja. Setakat nie, aku dah belaja bahasa Dusun, Bajau  dan Murut. Aku aku kira tau banyak tu, bahasa Dusun arr.. hahaha. Syiok tau..!!

Wednesday 21 December 2011

entahlah.. cubaan ketiga pun tak berjaya..!! Sabar itu penting.

aku sebenarnya ada urusan dengan pegawai polis daerah Tuaran, Sabah berkenaan dengan hal saman aku tu.bingung dah aku nie. hari nie, adalah hari ketiga aku berusaha untukbertemu dengan. 3 kali jugak laa muka aku turun naik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran. namun, keputusan yang aku dapat mengecewakan. aku gagal lagi, dan gagal lagi untuk bertemu dengan "beliau" yang bakal aku temui itu.

arrrrggghhh.. naik bosan jugak aku di buat nya. tension. macam-macam lagilah yang aku rasa. Pegawai yang aku nak jumpa tu sibuk tadi. mood dia tak bagus. bayangkan dari semalam lagi dia tak balik ke rumah sebab nak settle kan kes. Pihak IPD Tuaran tengah sibuk selesaikan kes kemalangan maut yang melibatkan bas daripada negara Brunei Darussalam sekarang nie.. aku sempat lagi tengok keadaan bas tu. sangat teruk..

 salam takziah kepada keluarga yang telah kehilangan orang-orang yang tersayang.
Al- fatihah..

Masa aku tengok tu pun aku rasa sayu sangat. dari bahagian depan bas sehingga pertengahan bahagian bas tu memang dah hancur teruk.dengan kerusi bas yang sudah patah, hilang, hancur.. cermin bus pulak pecah habis. Kemungkinan besar penumpangnya tak sempat diselamatkan. nama pun dah kemalangan maut kan. lepas tu, aku tengok lagi beg-beg penumpang yang dah hancur, dengan pakaian-pakaian yang telah pun bersepah.jadi, aku faham sekiranya tuan pegawai yang aku nak jumpa tu sangat sibuk kebelakangan nie.

aku jugak dikhabarkan kemalangan tu merupakan kemalangan melibatkan 2 negara. negara kita dengan Brunei. Bas tu merupakan bas persiaran. Ya allah.. meremang bulu roma aku bila mendengar khabar yang aku terima tu.

Dan aku rasa, dugaan yang aku dapat sekarang hanyalah kecik saja. jika nak dibandingkan dugaan yang dialami keluarga mangsa. aku berharap agar masalah aku nie dapat diselesaikan sebelum aku kembali ke Sarawak untuk bercuti. lepas rindu dengan keluarga tercinta di sana.


Nie laa.. aku di kampung.. hehehe. ^^!
Rindunya.. aku dengan kazen mazen aku la nie. lepas tu kakak2 aku.
Ya allah, permudahkanlah urusan ku.. mudah-mudahan aku dapat settle kan benda nie sebelum aku balik Sarawak.

Thursday 15 December 2011

~rahsia hati aku~


Kenapa hati aku panas setiap kali tengok gamba dia dengan perempuan lain..? betul ke aku sukakan dia?? Mmm. Pedih aku sedih.. rasa kecewa. Macam cinta dikhianati pulak. ( macam laa aku pernah bercintan cintun sebelum nie). Tapi, aneh bah perasaan nie..
Ke aku yang syok sendiri? Ya.. betul la. Aku syok sendiri punya kes laa nie.. isshh2. “Cuba lah beringat sikit tujuan asal kau datang ke sini. Kau tu datang sebab nak menuntut ilmu. Bukan menuntut cara nak belak. Waima perasaan tu kau dah semai dari kau masih di Sri Aman lagi.”
Iyerr.. dia yang telah membuat aku jatuh hati 4 tahun yang lalu. Agak lame kan aku jadi pemendam perasaan?? Aku sabar menanti benda aku sendiri tak tau bila akan jadi pasti.

Aku kenal dia masa aku sekolah lagi. Aku form 4 masa tu. Dia pulak form 6. Dia tu orang terdekat ku ja. Anak buah jiran sebelah rumah aku di Sri Aman. Ingat lagi, masa kecik2 dulu aku salu gak tengok dia. Tapi kami tak kawan laa.. mana lah aku pandai nak suka2 orang kan. Kan aku budak lagi masa tu. Aku start berkawan dengan dia 4 tahun baru2 nie.

Masa dia nak pegi belaja di U dulu, entahlah kenapa hati aku rasa berat nak lepaskan dia pergi. Aku takut, dia akan jumpa orang lain dan lupakan aku di Kampung. Aku rasa tak perlu kot aku mention sapa dia. Cukup sekadar aku cerita siapa dia dalam hidup aku. Istimewanya dia.. masa dia dapat tawaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris tu kan, dia tak bagi tau aku pun. Korang nak tau macam mana kisah aku dapat tau benda nie?? Mak dia.. Ibu Salmah masa tu ada buat sedikit kenduri doa selamat (sedekah dekat masjid). Mamandangkan aku dengan orang rumah aku bukan orang kuat pegi masjid. Jadi kan, ada laa kawan mak aku yang bercerita dekat mak aku. Dipendekkan cerita, aku dapat  tau dari mak aku daa..punya panjang kan rantaian cerita nie. Aku diam2 ja masa tu. Dalam hati berbisik, hanya tuhan yang tahu..

Mesti korang heran kan? Kenapa aku panggil mak dia Ibu? Bukan ibu mertua ku. Bukan.. jangan salah faham dulu. Aku panggil ibu sebab itu gelaran bagi orang yang berpangkat sharifah. Mak dia sharifah.. ya, Sharifah  Salmah. Oleh sebab aku nie seorang yang berbudi lagi berbahasa, jadi mak aku ajar aku supaya panggil mak dia tu dengan panggilan Ibu. Panggilan tu istimewa bagi orang macam aku. Dan berharap dia akan jadi ibu mertuaku.. isshh.. apa pulak ke situ nie. Melalut pulak.. sayangnya aku hanya bertepuk sebelah tangan.

Sambung lagi..
Masa tu hati aku dah.. tak tau macam mana nak explain. Pengalaman jadi pemendam perasaan dengan dia nie. Isshhh.. susah laa nak cakap. Takda orang yang faham barangkali. Aku selalu tau,kongsi cerita nie dengan kakak aku. Yang paling rapat dengan aku tu. Yang nombor empat.. aku ada jugakk arr cerita dengan kakak aku yang ketiga. Dia pun sporting gilerr.. walaupun dia seorang tomboy. Tetapi, dia boleh salami perasaan aku. Sama macam kakak aku nombor empat tu.

Dari aku sekolah menengah, aku simpan perasaan. Bayangkan aku dapat bertahan sampei aku belaja di U. punya lamak.. sebab aku nie jenis tak mudah nak suka kat orang. Kalau dah suka, aku akan betul2 suka. Mungkin aku nie seorang yang setia kot.huahua.. sepanjang tempoh 4  tahun nie,  macam2 aku alami. Kuat mental dan fizikal aku tahan perasaan aku tengok dia di sana. Bayangkan lah korang, aku Cuma bertemu dengan dia masadia cutisemester je. Itu pun..mmm.. faham2 je lah. Kadang-kadang dia datang rumah aku. Tapi bukan la nak ajak aku kelua pun.just nak hantar barang (sedekah) dari Wa (mak long) dia ja.. dan padamasa tu, adik lelaki aku dan kakak aku akan riuh, bising..suruh aku yang sambut. Astaga.. malu pulak aku nak cerita nie..

aku simpan perasaan nie sejak aku sekolah menengah lagi. Masa aku form 4. Bayangkan, aku mampu bertahan sampai sekarang perasaan tu. Sampai aku belaja di U, aku masih setia sukakan dia. Punya laa lama..

Bila dia dah belaja di UPSI. Kami jarang. Eh, sangat jarang..memang tak ada kot bermesej macam dulu. Aku sedih tau.. paling tidak pun kami akan bermesej masa dia cuti semester. (siapalah aku kan..) . aku kalau boleh tak nak ganggu pengajian dia di U masa tu.jadi, setiap kali bermesej, jangan harap la dia yang akan mulakan. Asyik aku ja.. tapi tak pa, kan aku yang suka dia. Jadi, wajar laa kalu aku yang hantar dulu. Nak tau, walaupun dia reply dengan pendek, ringkas je, macam tak nak layan.., aku tak kisah. Malah aku rasa happy, bahagia pulak. Pelik kan..??

Semester nie adalah semester terakhir dia di UPSI. Dan sekarang aku tau, dia mesti busy dengan kerja final dia. Tesis lagi, assignment lagi kan. Dan aku doakan dia lulus dengan segulung ijazah dengan kepujian.. Jauh di sudut hati aku, aku rindukan dia. Dan aku tahu, tidak akan berbalas pun.

Kalau lah dia boleh dengar isi hati aku kan.. walaupun suatu masa nanti dia akan bersama orang lain. Aku ok kot.. asalkan dia bahagia. Sekarang.., aku hanya tengok dia dari jauh. Sama sekali tidak berhubung. Tapi, dia selalu dekat di hati aku. Aku juga akan selalu rindui dia. Walaupun aku tak tahu isi hatinya terhadap aku. Mungkin dia anggap aku hanya teman biasa sahaja.
:: kitak, kamek harap kitak jangan lupakkan kamek k. jaga dirik kitak bait2 di tempat orang. Dan kamek doakan sentiasa kebahagiaan dalam hidup kitak. ( walaupun kitak, sik tauk isi hati kamek).

"dan jika kitak mempunyai perasaan yang sama macam apa yang kamek rasa. kamek harap kitak setia macam kamek nunggu kitak selamak 4 tahun dolok. mun ada jodoh, bertemu lah kita gik.."

~sekali lagi menangis dalam diam.

 Rindu nya ngan apak.. dengan mak juak  ~~!


Agik ingat ku masa ku dapat result nak ke U gya.. berseri2 jak muka nya. Muka yang sama ku tangga masa aku dapat result cemerlang dalam spm 2008. Punya happy nya, sampe nya nyuruh aku fotostat slip spm ku banyak2. Nya madah, kelak ada urang merik duit.. sebab result bagus. Kira bagus lah tek.. aku pun sik pecayak dapat 5A masa ya. Haha.. Kira tek dapat d claim dengan tempat keja nya lah ya.. dekat hospital. Bapak ku seorang “Atendan Kesihatan” di hospital Sri Aman. Amboii..!!apak.. haha.. nya pernah nangga anak kawannya dapat claim bah.. jadi tek, nya maok juak. Aku sik lalek..Dalam keluarga aku nak,  sik ada yang dapat pia lamak tuk bah. Bukan nak berdengah dirik.., sik ada aku pia eh.. seminggu ada ku diat nya risin2 nangga result SPM aku ya. Mala di tenung nya..Risin2 ah.. bukan main gik nya masa ya. Dan aku senang hati.. (sebab dah bahagiakan nya 2 mak..) syiok ohoho.. J

Masa aku dapat result U.. masa aku dapat U di sabah tuk, bapak dengan senang ati.. macam x pecayak ada  juak anak nya yang belaja di U. lamak tuk nya dengar jak dari urang kelaka tentang anak masing2 pasal masuk U. sekali kinek tuk, anak nya ada juak k nya basah ujung bibirnya kelaka ngan urang..
Beberapa minggu, beberapa bulan, beberapa hari sebelum ya, nya mala jak nanyak, bila result U aku nak kelua, bila gik nak kelua.. maka, setiap kali aku pegi CC, aku akan bukak portal UPU. Mok diat jadual bah.. setiap kali nya nanyak, setiap kali ya juak aku akan madah. Bila tarikh ujian, bila tarikh keputusan yang layak join temuduga kelua.. sampei ke keputusan bila result keseluruhan nya akan kelua pun di tanyak nya juak. Seolah-olah nya macam menghitung hari. Sama macam aku STPM dolok2.. masa aku SPM sik da gilak nya bertanyak. Tanyak sikit2 jak.

Nya bukan main happy bila aku madah, aku dapat kos pendidikan. Aku madah “ Pak, aku lulus temuduga ari ya.. nak kita pg ke Samarahan ya..di Sabah asan ku pak. D Universiti Sabah..” lalu nya nanyak, aku kelak jadi cikgu apa? Cikgu sejarah ngan geografi kata ku gik.. Ya Allah, hanya engkau yang tahu perasaan aku masa ya. Perasaan aku bila dapat khabar yang sangat indah dalam idup aku.. dengan mak, menitiskan air mata tanda kasih, bahagianya.. dapat ku rasa masanya melok erat badan ku. Hangatnya pelukan seorang ibu..Mak ku sena eh, sik tauk apa itu geografi.. nya dolok sekolah sengan darjah 4 jak. Bapak ku sengan berapa sik tauk ku.. sik ingat daa.. lalu bapak ku explain ngan nya. Aku jadi cikgu macam mengkaji alam sekitar ya.. mak aku madah : oowww.. (panjang na oowww nya..) hahaa.. rindunya..

Masa aku sibuk ngurus semua benda sebelum aku ke U pun aku dah nanga nya bukan main bersungguh2 gik. Merik duit pake bayar yuran. Beli tiket belon sama2 wak kamek 2.. Tedah apak, nait turun opis jak kmk 2 tek carik bantuan k bayar yuran kali2 dapat bantuan nak.. punbenda yang sama. Kawan nya pernah dapat juak bantuan dari tempat keja bagi ank-anak yang lanjut pelajaran ke U. tapi, sygnya x dapat.. yang dapat duit WPP ( wang pendahuluan pembiayaan) dari PTPTN. Syukurlah.. mak bapak aku mampu nganta aku, didik aku sampe aku ada di tempat aku kinek tuk. Aku pun  sik nyangkak dapat belaja setinggi tuk. Sayang bapak, sayang mak juak. Memang nya 2 penyokong setia dalam idup aku laa..
 Sepanjang masa setiap waktu, aku ingatkan sidak 2..ingat macam nie susah nya idup sebelum nak nganta aku ke situk. Macam nie aku nak lupak.. ya orang tua aku bah. Mustahil lah.. mun boleh, aku sik mauk hampakan sidak duak d sinun.. bapak pernah mesan sebelum nya pulang ke Sarawak lepas nganta aku, “aku ngarap kau belaja jak di situk.., jangan main2.” Hmm.. auk pak, x ku lupak pesan kitak. Anang irau ( kata ku selalu beguro dengan mak apak ku).. Mak ngan Apak akan senyum sambil sengeh2 bila aku nyebut pia.

Mak pun pesan juak. Sik lupak ngan pesan mak.. . katanya, “masa belaja, jangan bergerek..”. auk mak, x ku bergerek.. x pande ku keja ya mak ah.. lamak tuk pun, bukan nya aku penah pun begerek. sesungguhnya kitak 2  tauk nak, bertapa lamak aku dah cuba mauk tembus dalam setiap pemohonan aku nak jadi cikgu. X kan aku main2 bila dapat peluang. Insya Allah..
Masa aku gagal dalam setiap pemohonan, aku gagal dalam temuduga…mesti aku akan menitiskan air mata. Masa ya juak kitak duak merik sokongan ngan aku lalu madah, “ sik apa, belum ada rezeki.. kelak cuba gik”. Ati yang sedih, piluk kembali tenang bila denga suara nya 2.. dan aku akan mohon dan mohon gik sampe dapat. Dan akhirnya, setelah bekali2 aku mencuba.., Alhamdullilah.. aku dapat tembus. Sesungguhnya bukan senang nak tembus masa ya.

Ingat wak ku, kotan aku terharu gilak dapat temuduga yang pertama  (maktab) yang aku kecundang di tengah jalan. Aku gagal dalam temuduga ya sebab aku sik pande control air mata. Sumpah..!! aku akan menangis bila kelaka pasal mak bapak tuk. SENSITIP BAH..!! Masa2 ya juak lah pak cik nak temuduga aku ya nanyak pasal orang tua aku. Nya madah, aku dipaksa masuk pendidikan.. ( nie ndak aku nak nangis juak..) mana mungkin mak bapak aku paksa aku. Sedangkan aku yang mohon berkali (sebab minat). Sidak langung sik ada paksa. Sik ada yang memaksa, sik ada juak yang dipaksa apa gik terpaksa..!! jauh sekali..
Masa aku mok ngambik result STPM, nya ngan aku ngambik wak.. embak sekali dedek ( anak buah ku yang comel). Nang berangkut kamek betiga make moto nya. Aku madah bena lah, mak bapak aku sik tauk macam nie mok nangga result pointer ya. Sik tauk sidak.. cikgu2 ada wak explain. Datang umah, aku explain gik. Tapi, jangan pandang rendah ngan mak bapak aku. Sidak lah urang paling pentar dalam idup. Mun nya sik pentar, sik pandei.., sik kan nya nganta aku sampei belaja di U aku dah d aja nya 2. Ngaja aku tentang idup di dunia. Masa dalam pejalanan pulang nya ada nanyak aku. “ sini hala tuju kau pas tuk cik.??” ( kenak nama aku “cik”??). hehe.. ya nama manjak aku dalam keluaga ku lah.. Urang nunggah aku kecik @ cik. Kiut nak? Maook ke kolej ka?? Katanya..“Sik mauk ku ke kolej pak.., aku maok ke U”..  kata ku gik di atas moto.

Sebenar  eh, nya pun sik tauk wak.. macam nie nak ke U.. macam nie nak ke kolej. Aku explain laa slow2.. last2 nya faham juak. Dan temankan aku ulang alit ke Kuching untuk temuduga indah..
:: panjang nak cerita ku kali tuk.. Sumpah..!! aku bena2 rindu ngan nya 2.. kelaka serawak gik ya. Lantak lah..  buat 2 paham jak sia. Dan, aku pun menitiskan air mata rindu ku ngan nya 2 ketika tuk.. sik apa, 15 hb 1 taun depan aku pulang bah.. kira2 dalam kiraan 20 ari lebih gik. Aku dah meli  tiket juak. Paper  final exam aku abis 14hb. Aku terbang ke Sarawak, keesokan harinya.. 15 hb.
:: syahdunya malam tuk.., aku rindu ngan mak bapak ku, keluarga ku di kampung nun..

Salam sayang dari anak mu di perantauan..,

Untuk renungan bersama....

Dalam hati ibu berkata
"pergilah anakku...belajarlah bersungguh-sungguh...jangan kau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan...Ibu tidak hantar kamu ke sana melainkan ibu percaya kepada kamu...kerna kamu anak ibu..
dalam jiwa ayah pula berbisik
"anakku...ayah lepaskan kamu dengan berjuta doa ...moga kamu tidak pernah lupa yang kamu bawa di hujung namamu...hati ini penuh berharap agar kamu pulang membawa pulang piala kemenangan...Anakku selamat berjuang....

Tuesday 13 December 2011

Bingung ku..

tipu laa kalau aku cakap aku tak binggung pasal saman aku tu.. isshh.., aku diam2 je tau pasal benda nie. mak ayah aku kat kampung nun tak tau pun yang aku dah kenak saman 2 kali lagitu kat Sabah nie. apa punya adventure kepala hotak aku nie. mak aii..bahasa tu. biar laa sopan sikit.
kalau laa mak ayah aku tau nie.. ishh.. sah2 mereka pun susah hati kenangkan aku yang tak habis2 kenak badi saman. tak pun aku dapat nasihat dan ceramah percuma (sendirian berhad) lagi dari mereka. dari aku duduk di Sri Aman lagi, asyik muka aku ja yang kenak nie.

dalam hidup aku... ini kali keempat aku disaman, kali kelima aku ditahan oleh trafik/ JPJ. kiranya ada satu kali tu, aku dapat lepas daa..huahuahua ( dalam hati nun.. susah weii..)

Saman yang pertama dulu tu dah settle daa.. yang kedua nie haa, kena berurusan dengan pegawai trafik daerah Tuaran lagi tu. mak aii.., sapa tak bingung weii..
 Saman yang pertama hari tuu berkenaan dengan parking. kali nie pulak pasal aku tak pakai sit belt belakang selaku penumpang.
sebenarnya bukan aku sorang je yang kena saman tau, ada 2 orang lagi member aku tu. tapi guna nama aku sorang. aku bingung, aku bingung..
baru je berapa bulan aku di Kota Kinabalu nie. dah dapat 2 surat saman. macam mana la kalu 4 tahun akan datang.
minggu lepas aku ada try laa nak pg ke Tuaran. tapi, kereta sewa yang tak ada pulak. hari nie, buat kesekian kalinya aku mencuba untuk pegi ke Tuaran balik. dan jawapannya.. teng teng teng.. pegawai dia cuti pulak. macam mana aku nak buat benda nie bah.

 Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku ini.. ~~!dugaan.. Insya allah aku dapat hadapinya.. diam2 ja aku dapat surat cinta di sini. tak nak bising2 bah.. tak ada benda nak dibanggakan sangat pasal saman tu kan..settle pelan2..nanti, selesai jugak tu.