Selamat Datang ke Blog saya..!!

Sunday 25 March 2012

Sahabat oh member..??



Entri aku kali pulak pasal seorang sahabat aku nie.. lame dah dia tak hantar khabar berita dekat aku sejak kami sama-sama menjejakkan kaki ke U nie. Bukan main lagi dia sekarang. Last aku nampak dia masa cuti semester hari tu. Itu pun dia baru lepas habis solat jumaat. Al-maklumlah, rumah aku kat kampung nun dekat dengan masjid. Nak2 lagi masjid di kampung aku tu merupakan masjid yang terdekat dari kediamannya.

Beberapa hari tu, aku ada gak lah terkenangkan dekat kawan aku nie. Memandangkan kami sama kelas dulu kan. Aku lah antara budak Sarawak yang rapat dengan dia. Tambah2 kan, dia nie seorang yang boleh masuk jugak kalau nak dibawa melepak. Tak kering topic aku aku kalau dah bercakap dengan dia. Walaupun kami nie datang dari lain2 tempat. Dia asalnya semenanjung tanah air, aku pulak dari Malaysia timur. Kan tak sama tu.. dia sama macam seorang cikgu yang aku kenal. Pun dari semenanjung gak. Aku mula kenal dia dari aku form 4. Suka berkongsi cerita dengan aku. Erk..?? Mungkin sebab aku seorang pendengar yang baik kot.. ecececeh.. masuk bakul, angkat sendiri pulak. Mintak puji kan aku..?? alaa.. aku mintak puji tak pe gak, daripada aku mintak duit korang..?? tak ke lain dah tu..

Ok, kita sambung. Sebelum tu, aku mati2 ingatkan dia dah tak pakai lagi nombor tu sebab dia nie memang kaki tukar nombor lah. Sebab tu lah aku pun tak nak bermesej lepas je aku ke UMS nie.  Even masa aku rapat dengan dia dulu pun, dia memang suka tukar nombor. Terutamnya dari nombor maxis ke celcom. Lepas tu celcom ke maxis balik. Kalau tukar tu, tukar pakai guna nombor yang sama, tak pe gak. Inikan.., nombor lain2. Angka pun lain2.  Tapi, setiap kali dia tukar nombor tu, dia akan kasi tau aku dulu/ bagi nombor baru dia dekat aku. Ingat lagi, salah satu sebab dia tukar nombor fon sebab ada classmate aku sorang nie selalu kacau dia. Jadi dia tukar la nombor tu. Aku tau pasal benda nie, sebab dia suka share lah cerita2 pasal dia nie rimas ke, apa yang dia meluat/ tak suka. Berabis lah member aku sorang nie. Jadi, yang selalu contact dia pasal apa2 benda dalam pelajaran, aku lah tu. hehee

Tetiba nie…,
Kadang-kadang aku rindu nak kembali ke zaman sekolah. Aku rindu cikgu-cikgu aku, aku rindu sangat dekat kawan-kawan aku.. aku rindu tugas-tugas aku di sekolah.., aku sangat rindu nak pimpin pengakap di sekolah, aku rindu nak tolong cikgu2 angkat LCD.. aku rindu nak main bola jaring. Yang paling aku ingat sekali…, masa perhimpunan sekolah. Haiiiisshhh..,memang aku rindu semua saat tu, buat semua tu. Sampaikan, bila aku on9, aku akan bukak profile cikgu2 aku, profile kawan-kawan aku.. kalaulah mereka ada baca atau terjumpa entri aku nie.. hmmm..

Ok, member aku nie mula2 tanya aku apa cite sekarang.. aku tak tak pernah sangka dia akan hantar mesej terus reply mesej dia dan bertanya khabar. nak dikatakan banyak topic tu tak lah sangat. Biasalah kan, dah lama tak contact sesame sendiri. Tambahan kita sama2 ada tekanan dan tuntutan yang perlu di selesaikan dalam masa nie. Untuk pengetahuan korang, dia sekarang belajar di Universiti Sains Malaysia (USM). Ambik kos komunikasi media.. nak keja dengan media prima konon cita-cita dia. Harap-harap dia boleh dapat la keja tu suatu hari nanti.

Ok kawan, semoga kau baik2 saja d sana. Kita sama2 belaja di menara gading. Hope kau bila keluar nanti dapat kerjaya yang kau idam-idamkan selama nie. Kerja dengan salah sebuah syarikat penyiaran yang terkemuka di Malaysia. Dan satu hari nanti, aku akan sebut.. “ ada gak kawan aku keja di sana..” dengan bangganya.  Aku pulak akan teruskan dengan cita-cita aku. Sorang cikgu geografi dan sejarah .. Insya Allah.. J

Tuesday 20 March 2012

penantian itu satu penyiksaan..!!

punya power title..


tapi betol lah, menyiksa sesangat. sampai aku kering kontang dah nie. sebenarnya,ada masalah sikit je. kecik punya hal bah.., PTPTN aku untuk semester nie lambat masuk lah. ada masalah dalaman sikit. bukan aku sorang je yang tak dapat lagi pinjaman untuk semester nie. malah, semua budak tahun 1 dekat kampus nie belum dapat gak.apa2 pun.. sabar je lah. ok, dan pinjaman tu pulak dijangka akan masuk pada 4hb April 2012. hehe.. tak lame lagi.


bukan apa aku kisah sangat dengan PTPTN nie. sebab aku ada banyak benda nak dibayar. nak bayar baju t-shirt seragam untuk kos aku. al-maklum lah.. kami akan buat lawatan selama 1 minggu ke negeri ku tercinta SARAWAK pada cuti pertengahan semester nie. punya girang hati aku. tapi, pegi kali nie bukan untuk suka-suka. semuanya atas sebab assigment pasal sejarah sarawak. ececece.. iya lah kena buat semua tu. aku kan ambik minor sejarah. malu lah, karang budak2 tanya apa sejarah negeri sendiri, aku tak tau.. nak jawab apa lah kan?


selain tu, nak bayar yuran belaja untuk semester nie lagi, yuran lawatan.. walaupun dah ada sumbangan daripada pihak-pihak yang pemurah. syukur alhamdullilah.. ada jugak yang sudi menaja. tapi, kita kenalah aka backup plan kan. mana tau, dalam perjalanan nanti kita perlu bayar benda lain pulak ke. at least aku dah bersedia dengan sejumlah wang. sediakan payung sebelum hujan gitu.

baru-baru nie, aku dah set untuk ambik subjek geografi sebagai subjek major. insya allah, dengan izin nya.., aku harap dapat kuasai kedua-dua subjek penting nie. iaitu, sejarah dengan geografi. supaya seimbang..

beberapa minggu yang lepas jugak, kos aku drop untuk ambik subjek geografi fizikal. aku terkilan gak lah.kami disuruhdrop kan. kami kena buat macam tu sebab nak bagi laluan dekat seniorambik dulu. sebab mereka pun tertinggal untuk ambik pada semester lepas. pun atas sebab yang sama. senior mereka belum ambik. jadi, masalah itu pun berlarutan..

tu je lah kot setakat nie. nanti2 aku sambung lagi. babai


Saturday 10 March 2012

:: Mencinta diam2 ::






Bila hati bersuara,
Bibir  seakan-akan ingin berkata..
Jiwa pula gundah gulana,
Mencari-cari di manakah dia..

Saat hati mula terusik..
Angin seakan didengari gemersik..
Masa itu seakan mahu dikembalikan..
Untuk mengubah semula keadaan..

Jika  masa dapat dihentikan..
Sama ada boleh diputarkan..
Akan aku cuba kumpulkan keberanian..
Untuk aku lafazkan..
Segala apa yang terkandung dalam perasaan..

Wahai engkau jejaka pujaan..
Cuba engkau dengarkan..
bisikan perasaan..
Yang telah lama aku simpan..
Menungu saat untuk aku luahkan..

seMemangnya sukar untuk dimengertikan..
Kisah yang hanya
Bertepuk sebelah tangan..
Moga suatu hari nanti
 ada kesempatan..
segala-galanya dapat terluahkan..



hai pembaca-pembaca blog saya..!! ~amboiii..!! ape lah berita2 sensasi dalam list sekarang nie kan?

lame dah aku tak menulis lagi di blog nieh. sekembalinya aku di Kota Kinabalu untuk meneruskan perjuanganku buat semster ke-2. 

apa pulak yang bakal terjadi untuk semester kali nie??
aku berserah ja.. tapi still berharap nak dapat result yang lebih memuaskan nanti. Insya allah..

cuti semester 1 yang lalu akumanfaatkan sepenuhnya. ada khabar yang mengembirakan, malah ada khabar yang menyedihkan telah berlaku. 

ok, kita mula sekarang..,
pertama sekali al-fatihah kepada nenda Dayang Siti binti Awang Tra yang juga merupakan adik kepada nenek aku yang telah kembali ke rahmatullah pada 27 Januari yang lalu. Bersamaan hari Jumaat. semoga rohnya dicucuri rahmat sentiasa. Aminn..

suratan atau kebetulan.., aku sempat menziarahinya ketika dia sedang sakit sehinggalah dia kembali ke rahmatullah.. sama sekali aku tidak menyangka pemergiannya secepat itu. nenda meninggal disebabkan berlakunya komplikasi pada kedua-dua buah pinggangnya yang telah lama gagal berfungsi. Di samping, dia juga mengidap penyakit paru-paru berair.

lupakan seketika kesedihan itu..
sekembalinya aku ke Universiti membawa perubahan yang besar dalam diri. aku rasa aku semakin pandai berdikari. Aku berangkat dari Kuching International Airport (KIA) ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA) seorang diri.. percaya tak..?? hehehe..

lantas dari KKIAaku terus ambik teksi ke UMS. mula-mula tu memang rasa tak keruan.. nervous.. kalau aku takbelajar dari sekarang, sampai bila aku nakbergantung kepada orang lain kan?

ok, sepanjan perjalanan aku tu, aku sempat berkenalan dengan seorang budak yang kebetulan pada masa  itu dia jugak nak ke UMS bagi pendaftaran Kursus Perguruan Lepasan Diploma (KPLD). jadi, dia mintak tolong aku untuk tunjukkan jalan ke Uni aku tu. oleh sebab aku nie seorang yang baik hati, ececehceh.. aku pun tolong dia tunjukkan jalan. budak lelaki tu aku bawak sekali sama teksi dengan aku memandangkan kami menuju ke tempat yang sama. apa salahnya kan..??

lepas je aku selesai turunkan dia di UMTP, satu-satunya unit multimedia di tempat nie, terus aku tak nampak lagi kelibat dia sehingga hari nie. Walaupun dia sama sekolah dengan aku di SekolahPendidikan dan Pembangunan Sosial, tapi susah nak jumpa lah.

apa yang lebih kesal lagi, aku tak tau pun nama dia. apatah lagi nak simpan nombor telefon dia.. al-maklumlah.. aku nie bukannya suka sangat berkenal-kenalan nie. niat aku ikhlas nak tolong dia. semoga Allah memberkati apa yang buat. Insya allah.. walaupun aku tak tau nama dia. tapi, ingat lah muka dia sikit.. kebetulan jugak dia senegeri dengan aku. cuma dia orang Sibu. sedangkan aku pulak dari Sri Aman.

ok, tu je kot yang aku kongsi setakat nie.  kalau ada masalagi, aku update lah entri di blog nie. maklumlah.. sekarang nie memang musim assigment tengah berlambak2 mintak diselesaikan. baik aku pegi kerjakan benda yang patu dulu.  

Satu lagi, puisi tu aku tulis sendiri. kebetulan ada ilham. dan aku teringatkan dia.. hee~