Selamat Datang ke Blog saya..!!

Sunday 4 November 2012

Hati dan Air Mata..


Assalamualaikum semuanya,,
“ Kenapa bila tangan kita terluka, tangan kita mengalirkan darah?
Kenapa pula, bila hati kita terluka pedih, kita mengalirkan air mata? ”
Sapa boleh jawab persoalan ini?

Bukan apa, entri aku kali nie pulak berkisar tentang kejadian yang tak disangka dan tak diduga sama sekali, yang mana aku rasa luka itu kan, susah nak diubati. Kita selalu rasa senang bila punyai teman, tapi kita tak pernah bersedia dan menduga untuk kehilangan kawan/teman itu. betul kan? :’(

Kita selalu rasa orang akan suka dengan kebaikan yang selalu kita lakukan kan? tapi pernahkah korang terfikir yang orang akan benci dengan kelakuan kita? Sejujurnya, aku sedih. Tak pernah aku rasa sesedih ini.mungkin aku belum bersedia sepenuhnya untuk berhadapan dengan keadaan yang menyulitkan macam ini.
Manusia, banyak kelemahan dan kekurangan dibatasi dengan kebaikan. Kadang-kadang, kita baik, tapi tidak dilihat. Tapi, hanya dengan sedikit kesilapan, kita terus dicap dengan nama-nama yang kita tak dapat diterima. Kebaikan yang disalah erti.

Manusia jugak, selalu menilai kita dari sudut buruknya sahaja. Mungkin aku tersilap, tak mendengar terlebih dahulu kan? Salahkah aku?sedangkan pada masa itu aku sama sekali sibuk untuk membuat kerja lain. Perlukah dia meninggikan suaranya dihadapan manusia lain semata-mata untuk memarahi aku. Rasa maruah aku diinjak-injak di hadapan manusia lain.

Jujur aku katakan, “manusia biasa tidak akan suka dirinya dikritik apatah lagi dimarahi di hadapan insan yang lain”. Malah, dia akan rasa sedih, malu, kecik hati, terkejut dan macam-macam lagi. Terasa maruahnya tidak dihargai sama sekali. Apatah lagi untuk dihormati. Layakkah dia mendapat penghargaan untuk dihargai maruahnya?

Kita selalu berbuat baik dengan orang tanpa ada niat lain sekalipun. Tapi, pernahkah kita dinilai baik dihadapan orang itu? sekali kita berbuat silap, kita akan terus dianggap jahat. Ya, mungkin selama ini dia memang tidak menyukai keadaan aku yang sebergini. Sebab itu, lancang sahaja mulut insan itu mengeluarkan kata-kata yang menusuk hati aku.

Mungkin juga aku terlalu sayangkan insan yang lain. Aku tersangat sanyang orang sekeliling aku tanpa memikirkan kekecewaan yang bakal aku dapat akhirnya memedihkan aku sendiri. Tapi, salahkah kalau kita sayangkan kawan? Sorry lah, entri aku kali nie sangat-sangatlah buat korang meluat membacanya. Tak pa, kalauu tak baca pun tak apa. Aku cuma nak luahkan perasaan ja. Kecewanya aku..

Kita selalu rasa bahagia tu akan berpanjangan kan? Bila kita happy, kita ketawa terbahak-bahak kah kah kah, tapi tak ingat kejadian yang bakal kita dapat selepas itu. kita selau rasa orang akan suka dengan setiap layanan baik yang kita bagi sebelumnya. Tapi, pernahkah kita terfikir kalau orang dah benci, kita tidak lagi dikira baik. Bila dan benci tu, memang akan benci. Tapi sampai bila?

Kenapa aku perlu mengalirkan air mata nie? Sebab hati aku terluka? Ya, aku sangat-sangat terasa luka itu. pedih sangat. Entah bagaimana akan aku berhadapan dengannya sepanjang tempoh pengajian aku di sini? Setiap hari akan berhadapan dengan orang yang sama. Memang benar, kita tak perlu rasa macam itu sesama manusia. Tapi.., entah. Sensitif sangat kah aku sekarang? Aku macam tak sekuat dulu bila berhadapan dengan keadaan yang menduga seperti ini. Apa-apa pun aku mesti kuat kan? Aku mesti cuba. Kan bagus kalau kita bersangka baik selalu.

Kalau kita optimis, kita positif selalu, mesti kita boleh dapatkan kecekalan itu dengan sendiri kan? Sudah tiba masanya emosi aku diuji.., semuanya mesti ada sebab. Mungkin suatu hari nanti, bila sekali lagi aku berhadapan dengan keadaan ini, aku boleh. Aku boleh jadi kuat, kental hati. Mulai saat ini, aku akan berpada-pada untuk memilih teman rakan. Supaya tidak dikecewakan, supaya aku tak terluka, terasa hati, dan tidak sedih.

Berbuat baik itu memang mudah, tapi keikhlasan kita sering kali dinilai dan rasa diuji. Kita selau ikhlas, tapi siapa perduli? Siapa nak ambik tahu?

Kita akan rasa sejuk hati dan lupakan semua kesilapan manusia yang tidak menghargai kita itu hanya dengan ungkapan “maaf”. Tapi berapa ramai di kalangan kita akan mempertaruhkan ego masing-masing untuk meminta maaf dengan orang yang telah kita lukai?

Sanggupkah kita membiarkan keadaan yang tidak menyelesakan ini berterusan. Jawapan ya bagi orang yang tidak sanggup mempertaruhkan egonya. Dikhuatiri maruahnya akan diinjak-injak oleh orang yang telah dia lukai. Tapi, pernahkah korang terfikir, dengan “maaf” keadaan boleh beubah. Dengan “maaf” juga keadaan akan menjadi jernih semula. Dengan “maaf” kita boleh berkawan lagi macam dulu. Dengan “maaf” kita akan lebih menghagai orang lain. Dengan “maaf” jugak, sekali lagi kita dinilai. Kita jugak akan diragui. Juga melibatkan keikhlasan yang berpanjangan.

Okey, aku akan positif dalam hal ini. Aku tak boleh jejaskan diri aku sendiri hanya dengan masalah peribadi macam ini. Aku masti kuat, kental. Lain kali, berbuat baik tu biarlah kena dengan tempatnya. Jangan terlalu cepat jatuh sayang, jatuh kepercayaan dekat orang yang baru setahun lebih kita kenal, lalu menyebabkan kita jatuh air mata, jatuh air muka sebab malu dan jatuh sakit sebab terlalu memikirkan masalah ini. Ingatlah, walaupun kita kehilangan, kita masih tidak keseorangan. Kita ada  Allah, kita ada mak ayah, kita ada adik-beradik yang sangat sayangkan kita. Kita ada harapan, kita ada cita-cita, kita jugak ada angan-angan untuk sesuatu.

Buat apa bersedih, buat apa menagis?? Biar masa mengubah segalanya. Harap-harap dia sedar dengan kesilapannya yang telah menyebabkan orang lain terluka. Dan aku berdoa, supaya dia tak buat lagi kesilapan yang sama dekat kawannya yang lain pulak.

“ bencilah sesuatu itu sekadar sahaja, jangan terlalu membenci.” Bila jatuh sayang, susah nak ditarik balik. Susah nak dibicara soal sayang kan??

“ Dan sayangkan sesuatu itu pun biar sekadar sahaja”, jangan terlalu sayang. Nanti kalau terluka, payah untuk kita terima walaupun jauh di sudut hati kita sangat sayang. Terutamanya dalam persahabatan, adalah satu hal yang sangat susah untuk kita terima kebaikan yang diberi selepas kita terluka. Pesanan aku, manusia kan, kita berbuat baik macam mana pun, kita tak kan dihargai sebaiknya. Malah, akan dibenci jugak akhirnya. Jadi, “baik” tu boleh, tapi jangan “baik sangat”. Ada beza yang sangat ketara di antara “baik” dan “baik sangat” tu.

Dalam persahabatan sepatutnya kita saling menghargai satu sama lain, jujur sesama sendiri, berkongsi suka duka. Tapi berapa ramai kita macam ini? Sering kali material jadi penanda aras. “Aset-aset” yang ada pada seseorang sangat-sangatlah menjadi ukuran. Persahabatan yang didasari dengan sebab-sebab luaran semata-mata. Siapa yang akan meragui? Sebab itulah sekarang, ramai kawan jadi lawan, ramai manusia jadi setan, ramai juga manusia sanggup buat apa saja demi kesenangan, sampai sanggup mempergunakan/ memanfaatkan sahabat sendiri demi kepentingannya. Glamour dikejar, binasa yang menjalar-jalar terjadi. Suka yang dikehendak, benci pulak yang datang. Persahabatan yang bersebab, tak kan lama. Semoga kau sedar akan kebenaran itu.

“Manusia yang selalu merasakan dirinya BAGUS, akan sentiasa memandang manusia lain dari sudut NEGATIF”. Perincian yang rapi, rupa paras, material, kecerdikan sangat-sangat dinilai masa kini.
Okey lah,setakat nie dahulu entri aku. Ada cerita menari pasal fieldwork aku semester ini. Ke mana tujuan aku semester ini? nantikan entri seterusnya dari aku. Pada masa yang sama, tenangkan hari dan perasaan. Hati dan air mata. Sangat sinonim. Apa-apa pun, teruskan membaca entri-entri aku ya.( tak malu memperlawa)..Wassalam. J