Selamat Datang ke Blog saya..!!

Tuesday 31 July 2012

selesai, ramadhan kembali..

Assalam.. selamat menjalani ibadah berpuasa untuk hari yang ke 12 (hari ini) dan seterusnya..
selang 2/3 minggu, aku akan update blog untuk sekali. walaupun jarang2, aku rasa tak nak biarkan penulisan ini terhenti maca tu ja. sekadar hobi, tak salah menulis. walaupun tak banyak yang membacanya. yang penting, "baca blog aku untuk kenali aku..".


 persis yang aku katakan sebelum ini, aku lebih senang menulis daripada berbicara. entah kenapa, hati aku masih belum terbuka untuk mengenali orang lain dengan lebih rapat. mungkin sebab aku tidak bersifat terbuka untuk berhubungan lebih serius. terutamanya pasal "cinta".


usia aku kian mencapai 21 tahun. seusia ini, aku sama sekali tidak mengenali apa itu "cinta" macam temanku yang lain. yang aku tahu, aku sayang keluarga, teman-teman dan yang paling utama cinta akan sang pencipta dan rasulnya. entahlah, mungkin masa itu akan tiba suatu hari nanti.


sebenarnya, buka soal cinta yang akan aku coretkan kali ini. tetapi, pasal hidup aku. tentang perkara-perkara yang berlaku kebelakangan ini. beberapa minggu yang lepas, aku telahpun mendapat keputusan sama ada untuk terus mendiami kolej kediaman mahupun tidak. dan jawapan yang pasti aku terima adalah "permohonan anda untuk kolej kediaman sesi 2012/2013 DITOLAK". haiiiiiiii.... hampa nya hati..!!
jadi mulai sekarang, aku kenalah belajar berdikari sepenuhnya di negeri orang. terutamanya di kampus. kena cari rumah sewa lagi. tapi, aku ada lah jugak cari inisiatif lain. macam.., pergi cuba hantar surat rayuan permohonan untuk kolej kediaman lain. nama kolej tu USIA. terletak di luar kampus UMS. harap-harap diproses lah permohonan aku secara manual tu. huhuu..


lain dari tu, aku sekarang giat berusaha membuat biskut untuk raya yang bakal tiba tak lama lagi. punyalah bz. nanti aku post untuk tatapan korang eh. terutamanya popia lah. buat masa nie, aku berjaya gulung 3 bungkus besar kulit popia beserta intinya dalam masa 3 hari. waduuhh2.., cepat kan? pencapaian rekod terkini tuuuu.. orang rumah pun, kalau gulung 1 bung makan masa 2/ 3 hari. hehehee..
kena lah cepat kan., supaya aku boleh teruskan dengan usahaku untuk buat biskut lain pulak. nak2 lagi sekarang, kakak aku yang kedua tu dah beli oven. sibuk sekali aku pergi search di internet resipi2 biskut yang simple, yang aku boleh try buat untuk masa terdekat nie. tu la kerja aku buat masa sekarang. bukan sahaja jadi baby sitter. tapi, dah macam suri rumah pulak..?! erkk..??


berbalik kepada cerita sang pangeran aku. beberapa hari yang lepas, aku terserempak la dengan dia di bazaar ramadhan.. tapi, malangnya aku tak tegor dia pulak dahhhh.. haiiiiiiissshhhh..!! geram aku dengan diri aku nie. aku nerves la pulak. aku sememangnya selalu terserempak dengan dia. tapi tu la, masalah yang sama juga. aku tak tegor. kenapa sekarang, aku rasa 1 situasi yang lain sangat dari dulu. kalu dulu aku sangat senang untuk bertegur sapa dengannya. kenapa tidak sekarang. aku macam rasakan ada 1 jurang yang luas antara aku dan dia .rendah dirinya aku nie kan. aku rasakan, kalau lah aku angkap dia macam teman dan kawan yang lain, semestinya dan haruslah aku tak kan rasa janggal macam sekarang.


main badminton
nak dijadikan cerita, aku suka sangat dengan game badminton dengan adik beradik aku. kami siap lawan-lawan lagi. konon nak jadi macam Datuk Lee.. tapi, asyik kalah je aku nie.nak2 lagi bila dah berlawan dengan adik aku. huuuu.. pukulan dia kuat oooo.. adik aku tu dah lah lelaki. dibuatnya smash dekat aku berkali2, memang tak menang tangan la aku nak smash balik. kebetulan pada satu hari tu, pangeran R ada ke rumah saudaranya. siap memerhati.. aku hanya memandang melalui ekor mata. huhuu.. tak sampai 10 minit, aku terus ambil keputusan balik rumah. sebab rasa tidak senang diperhatikan dengan lebih lama. phewwwiiitt...

k lah, nanti aku cerita dengan panjang lebar lagi eh, aku nak tengok rancangan masakan dekat tv dulu. mamang aku tak tinggal lah program masak memasak bulan posa nie. huhu Wassalam. :)
























Friday 6 July 2012

kembali lagi ~~!

assalamualaikum..

agak lama aku tak update blog nie. memang pun, dekat jugak sebulan lebih. aku bz dengan kerja.. banyak sangat benda nak dibuat.cuba teka? sekarang aku ada di mana? yeaahaha.. aku di kediaman tercinta. di kampung daa.. sekarang kembali cuti semestter. kali ini cuti untuk semester 2. agak lama lah jugak. besar kemungkinan aku akan kembali ke Kota Kinabalu pada 1 September untuk melanjutkan semester yang ketiga. lama kan??Insyaallah..
sempat laa nak berpuasa dan beraya di sini.. :)


dah tiga minggu di Sri Aman. rasa.. seronok, happy jer dapat jumpa family. makan pun best2. maklumlah.., makanan negeri sendiri. dah sebati dengan lidah kita. haruslah sedap kan. aku pulang pada 16hb 6. 2012 (sabtu). ececece.. cakap jugak. berangkat jam 0750 pagi. selamat mendarat di Kuching International Airport (KIA) jam 0925 pagi. aku punya exam tamat pada 15hb 6 petang jumaat. kertas terakhir sejarah malaysia hingga pra kemerdekaan. hari tu jugak aku selesai dengan assignment terakhir aku iaitu aplikasi psikologi dalam pengajaran. gitu2 lah bunyi nyer..  check out daripada kolej kediaman malam tu jugak. selesai packing barang, kemas bilik..
semuanya selesai dalam 1 hari, alhamdulillah.. :)
rasaaaaaaaa lapang sangat bercuti tanpa gamacu (gangguan masa cuti). hahaa


kadang-kadang kita lebih senang untuk menulis daripada berterus terang. betol tak?
hati sukar diungkap dengan kata. :)
aku nampak dia di sini..
tai, tidak berbicara


ok, sambung lagi,
memang banyak benda yang berlaku dalam semester ini. tapi tak sehebat itu aku diduga semester 1 yang lalu. semester ni aku lebih banyak munasabah diri. betulkan apa yang silap. alhamdullilah.. semester 2 kan, aku takda kajian lapangan, aku tak disaman dan lain2 lagi.hehehe.. sampai sekarang aku masih menyimpan rahsia itu. mak bapak aku, adik beradik yang lain tak tahu pasal tu. hanya ada 2 orang sahaja yang tahu. 
tambahan pulak, semester 2 nie kan, 1 jangka masa yang pendek aku rasakan. bayangkan, aku melaluinya lebih kurang hanya 4 bulan. 1 bulan lebih awal daripada semester 1.


semester depan, aku mengorak langkah ke tahun yang kedua. harap2 dapat melaluinya dengan lancar dan sempurna. memang aku ada 1 harapan. tapi biarlah, aku simpan untuk memotivasi diri aku sendiri. seronok tengok kawan2 berjaya. tapi, pada masa yang sama, kita pun mengharapkan bahawasanya untuk mendapat ganjaran yang sama. mungkin usaha aku belum cukup untuk mencapai ke tahap itu. harap2 satu hari nanti tercapai jua. :)


hari nie, hari permuafakatan PIBG di sekolah lama aku. SMK SRI AMAN... sedangkan hati sangat rindukan sekolah. dengan guru-guru lagi.. teringin sangat nak jumpa. tapi macam ada 1 halangan yang sangat besar si depan aku. susahlah macam nie.. jadi, aku batalkan hasrat aku untuk ke sekolah hari nie. bukan aku mengalah, tapi biarlah. (ada mak cik aku tu dekat sekolah lah..) tambahan pulak, aku ada benda nak dibuat hari nie. temankan kakak aku pergi mencari kerja. :) harap2 dipermudahkan urusan hari ini. amin..

ok, setakat nie je kot aku nak bercerita. nanti kalau ada masa aku untuk menjengah semula di blog nie, insya allah aku akan update lagi. banyak nya perubahan dah berlaku. ok, see ur soon..?! k bye.