Selamat Datang ke Blog saya..!!

Friday 20 January 2012

Berakhirnya semester 1


Iya.., aku dah di Sri Aman genap harikelima pada hari ini.  Peperiksaan terakhiryang aku duduki pada 14 hb Januari hari tu kertas Pidato. Habis je paper tu, aku pulang ke Sarawak pada keesokkan harinya. Segala-galanya berjalan lancer. Cuma pada masa aku mendarat di KIA  hari tu. Mukaaku nervous sikit. Sebab aku tak nampak kelibat keluarga aku nak menjemput aku di sana. Aku apa lagi.. udahlah muka memang tak berapa nak seri. Kena lagi dengan situasi gitu, haa.. pucat ler..

Yang tu pasal macam mana berakhirnya peperiksaan aku hari tu. Sekarang aku nak cerita pasal berakhirnya kelas demi kelas yang aku ambil masa di Semester 1. Ok, kita mula. Kelas pada hari isnin, aku ambikkursus hubungan etnik. Macam  mana kelas tu berakhir agak mengelikan hati aku kalau dikenang-kenang. Aku dengan 2 member aku boleh salah naik bas.

Macam nie kisahnya..

Malam tu hujan lebat sesangat. Sampai nak berteduh di stesen bas pun tak nyempat2. Sebab banyak orang kan. Jadi kami berteduh je lah di payung masing-masing. Masa tu, adalah sekumpulan  budak perempuan nie. Sok sek bercakap pasal bas yang bakal berhenti di depan kami tu. Kononnya bas tu merupakan bas yang akan ke kampung @ kediaman kami. Kolej Kediaman CD. Aku apa lagi, ditarik oleh kawan rapatku si Yuyu. Dia yang paling menang nak naik bas tu. Sebenarnya bas tu bas kediaman E. budak kampung E pun berdiri naik bas. Kami yang dari kampung CD, tu hah.., duduk terus. Dapat tempat duduk. Haaha..

Dalam perjalanan tu, aku sempat bertanya dengan Yuyu. Aku Tanya, “yuyu , kamu tak rasa kita salah naik bas ka??” .Malam tu, aku ingat lagi. Radio yang dipasang menyanyikan lagu Matahari oleh Amuk. Sambil layan lagu tu, pada masa yang sama aku dah perasan yang bas tu bukan bas kolej kediaman kami. Adoohhaaii.. udahlah bas tu bukan bas kolej kami. Hujan lebat pulak malam tu.

Sampai je di kediaman E, kami cuba dekati driver bas untuk mintak dihantarkan ke Kolej Kediaman kami. Aku nampak air muka driver tu macam meluat, marah je tengok kami bertiga. Aku pun bersuara, kata.. kalau tak dapat hantar, kami jalan kaki pun tak apa. Lepas tu, driver tu pun hantar lah kami kembali ke Kolej kami tu. Punya kasar dia.. masa bawak bas tu, dia bawak laju, lepas tu buat brek mengejut. Takikhlas lah tu.. haa.. sabar je lah.

Kesokkannya, hari selasa pulak, aku ada kelas BI pada malam nya. Masa siang aku free memanjang. Jadi, masa siang yang ada tu, aku manfaatkan untuk ke Tuaran. Uruskan soal saman aku tu. Nak kemukakan surat rayuan. Dengan masalah peda pagi tu, kereta yang hendak disewa tu tak ada. Jadi aku ambik keputusan untuk ajak roommate aku pegi pada sebelah petang. Ok, keputusannya tetap sama.. GAGAL..!!
Jadi, kami kembali semula ke kolej jam 5.30 petang. Macam yang aku katakana tadi, aku ada kelas BI malam tu. Jam 7 malam. Entahlah petang tu, lepas aku asar kan, aku rasa penat sangat. Jadi aku baring lah sekejap. Harap-harap dapat hilang kan rasa penat aku tu. Sekali aku terover sleep.. mati lah.. aku bagun jam 6.40 petang. Sedangkan kelas kami pada hari tu bermula pada jam 6.30 petang. Kaluaku tak ingatkan nak presentation malam tu, aku rasa aku takdatang kot kelas tu. Terkejut besar aku masa tu. Dah tak sempat nak buat apa2. Nak cuci muka pun tak sempat.., apatah lagi nak berus gigi. Jauh sekali. Bagun je aku dari tidur, aku nampak keadaan di luar tingkap gelap sangat. Aku pun panic dan bertanyakan kepada roommate aku tu, dah masuk pukul berapa. Dikatanya jam 6.40 petang. Aku mengelabah, lalu aku tarik terus kain tudung, beg dengan helaian kertas yang aku perlukan masa presentation tu. Kelam kabut lah. Sampai je di aras bawah, aku terlupa pulak dengan buku aku. Dah tu, mintak roommateaku balingkan buku aku tu dari tingkat atas. Sampai je di stesen bas, bas pulak lambat sampai. Lalu aku didatangi roommate aku tu. Dia nak hantar pencil box aku pun terlupa sama. Maklumlah, keadaan macam tu. Apa benda pun tak ingat.

Sampai je di tempat kelas aku diadakan tu. Aku berjalan dengan penuh debaran. Masa terus berlalu. Dah dekat kan..,  tetiba..
Pensyarah yang nak ajar kami tu, belum sampai lagi. Huh..!! lega hati aku masa tu. Then, kelas kami mula tepat jam 7 malam. Ngam2.., tak lama lepas aku sampai,pensyarahtu pun masuk kelasa gak.
P/s: lain kali tu, biar peka sikit dengan keadaan. Ingat senag ke nak k

Friday 13 January 2012

Kawan atau sahabat..??


Tak sama tau.
.
Kawan tu ada bila satu-satu situasi saja. Berbeza dengan sahabat yang sentiasa ada walau apa pun keadaan kita.apa pun jadi, sahabat tu memang akan sentiasa ada untuk kita.  Apa yang aku nak cerita kali nie, kisah seorang kawan dan seorang sahabat.

Dulu kan, aku ada 2 orang kawan rapat. Rapat sangat.. sampaikan kami kan, semua nak sama. Termasuk baju, selipar, gelang, rantai , stoking.. alaah.. terlalu banyak benda nak aku cakap. Pokoknya, memang kami nak semua sama. Kami ada 3 orang semuanya. Aku kenal mereka berdua masa aku di form 1 lagi. Huhuu..
Masa tu kami sangat akrab. dah macam isi dengan kuku.. Amboi~.. betul lah tu. Bila salah sorang dari kami yang sedih, macam yang dua2 tu pun akan terasa sama. Cubit paha kiri, paha kanan yang  terasa. Pada masa tu, aku pun ada berkawan dengan seorangbudak lelaki nie. Aku labelkan nama dia G jelah eh. Ok,  yang kawan aku sorang tu aku label E. yang sorang lagi A. apa macam..?? boleh? Boleh je lah..
Ok, kita mula. Biasalah kan, budak masih form 1 nie kerenah tu lain sikit. Kejutan budaya barangkali. Maklumlah, sebelum nie asyik terbelenggu di sekolah rendah je. Bila dah naik gred macam tu. Up lah sikit. Gedik pun bertambah. Dasyat giler.. mujurlah aku tak hanyut jauh sangat.

Betul  lah apa yang orang tua selalu kata. Sangat benar.. Kalau kita dah mula sayangkan kawan, hubungan yang sangat rapat tu. Mesti akan bermasalah jugak. Jadi, hati2 lah pilih kawan eh. Aku dah ada pengalaman dalam berkawan nie. Macam2 ada.. kawan makan kawan. Sedap sangat ke makan kawan? Dah tak kenyang makan nasik??  Sayangnya.. hubungan kami tak bertahan lama. Apa yang aku ingat.., kami putus kawan sebab seorang di antara kami yang bermasalah. Entah siapa yang jadi  batu api jugak masa tu. Hubungan tu cuma bertahan untuk tempoh masa setahun lebih ja. Lepas tu,retak. Aku sangat kesal..

Sebelum keretakan hubungan tu terjadi kan, kawan aku si G tu pulak berpindah sekolah. Sebab sekolah yang sedia ada tu jauh sikit dari rumahnya. Jadi, maknya yang juga merupakan seorang guru nak anaknya tu pindah lah. Sejak dari hari tu, aku hilang jejak dia. Sehingga lah aku jumpa dia balik lepas setahun. Masa tu nak masuk form 4. Hujung tahun 2006 aku terserempak dengan dia. Dan kami masih berhubung sampai sekarang. Walaupun kami berlainan university. Tapi, sahabat tu tetap ada. Dia sentiasa ada walau macam mana keadaan aku. G nie lah kawan baik aku kini.

Ok, kita berbalik kepada benda yang aku nak cerita mula2 tadi. Hubungan kami bertiga A dan E kian renggang. Cuma E yang setia dengan aku. A pulak “hilang” entah ke mana. Bertapa aku rindu dengan hubungan kami masa tu. Hmmm.. kenapa lah kami tak cuba baiki hubungan tu kan? Sedangkan kami 1 kelas. Nak bercakap tu, memang tak jadi halangan kot.

Bulan berganti bulan, tahun pun berganti sama. Masuk tahun 2006. Masa tu kami masing2 di form 3. Masih dengan renggang, tegang. Tak da siapa yang nak baiki perhubungan tu. Macam yang aku cakap tadi. Hanya E di sisi. Tanpa G.

PMR pulak makin dekat. Aku pulak tak cover apa2 benda yang aku banyak tinggalkan sepanjang tempoh aku di Form 1 dan form 2. Aku cuba usaha cover pelajaran aku masa nak dekat PMR tu. Tapi, aku gagal. Aku gagal dalam hidup aku. Aku sedih sangat. Muka mak bapak aku jelas kecewa dengan result aku. Result si E ok sikit lah dari aku. Math dia dapat C. malah aku pulak dapat D. Bahasa Inggeris dia pulak E. dan  aku pulak. Ngam lah tu 2X5@ 5X2@ 5+5 = 10. Adooohhhaiiii..

Hidup diteruskan. Aku pulak ditempatkan di kelas. Tengok result lah.. “AKU ADALAH PELAJAR YANG TERPILIH, SETELAH DIPILIH-PILIH.”

Boleh faham tak dengan ungkapan tu..? ya, betul lah tu. Aku di kelas ketiga hujung. Mana E..?? hmm.. E dapat kelas aliran sains di kelas ketiga terbaik di sekolah aku masa tu.subjek yang aku belajar di kelas ketiga hujung tu, BM, BI, MM ,SC, GEO, K.MELAYU, SEJARARAH ,PEND. ISLAM dan PENDIDIKAN  SENI. Subjek yang E ambik aku tak tau pulak. Lupak..

Start dari itu, aku dan E jarang bertemu. Dia sibuk dengan kelas nya. Aku pulak, masih dengan hidup yang pada mulanya terumbang –ambing masa tu. Aku berazam kuat, aku nak dapat A masa SPM. Ini lah aku katakan, aku mendapat kesedaran.

Bila SPM, aku dapat cemerlang. Antara yang cemerlang jugak lah.. sama2 dengan member dari kelas terbaik. Kelas A.. yang kelas ujung tu, aku sorang je.. hehehe.Alhamdullilah.. masuk jugak muka aku dalam majalah sekolah masa tu. Walaupun muka aku kecik, gamba pulak hitam putih. Tapi tak pa, aku bangga. Aku dapat cemerlang. Masa tu lah aku Nampak sinar di muka orang tua aku. Semakin tu lah aku bersemangat untuk bahagiakan mereka.

Kecemerlangan kian aku raih dengan beberapa pencapaian. Habis je spm aku pun masuk lah ke form 6. Sayangnya E tidak menjejakkan kaki nya bersama aku. Haluan pilihannya ke kolej swasta di Kuching. Tapitak lama. Dia mula datang mencari aku. Katany, nak masuk form 6. Aku masa tu sangat alu-alukan dia. Malah, aku happy dia nak sama kelas dengan aku.

Ok, permohonannya untuk ke form 6 diterima oleh cikgu. Tetapi, keputusannya tu, hanya bertahan sampai 2 minggu masacm tu je. Kemudian dia kembalimencari kolej lain yang ada di kuching. Masa tu lah dia bertemu dengan suaminya kini. Suami..?? ya.. E sudah bernikah. Tanpa aku diundang ke majlisnya. Sekali lagi aku sedih dan…

P/s: nanti aku sambung lagi eh..nak sambung study nie..!! last paper aku bah. hahaha.. then, balik sarawak lah..

Thursday 12 January 2012

Saya tidak pandai, tapi saya rajin..

hmm.. apa yang aku nak cerita pulak kali nie pasal kisah aku pada zaman sekolah. haha.. dulu aku lembab tau. serious..!! aku selalu dengar orang sebut perkataan keramat lagi berbisa iaitu B.O.D.O.H. kalau dah piker2 balik kan, tak baik tau kata orang bodoh. mungkin dia cuma tersilap pada satu-satu masa saja. bukan selamanya dia akan sentiasa macam tu. dia cuma tersilap je. janganlah, kita terus nak kata dia dengan perkataan tu hanya kerana kesilapannya.

ok,lets play the game..!!amboi~

apa yang mendorong aku sampai ke Universiti? kalau aku seorang yang dikatakan bodoh satu masa lalu, apa yang menyebabkan aku boleh sampai kat sini? nah.., itulah yang korang tau. orang yang selalu terkenak macam aku kan, ada semangat yang tinggi tau. betul aku cakap nie.

tak.. di situ kita tahu, malah kita berfikir. tuhan itu maha adil. orang yang banyak bersabar pasti akan dapat ganjaran darinya. macam kenak buli pulak kan? benda nie aku nak cerita bila ada ilham beberapa hari yang lepas. masa study week lagi nie. aku dengan roommate aku belek2 lah sijil2 zaman sekolah. punya lah.., adess.. aku nak cakap apa erk.result aku kot yang paling ting tong. haha.. merh, aku bukak rahsia..!!

result upsr aku #B!C@D!E. cuba check balik di laptop dan buat analisis sendiri. hahaha.. lagi, pmr aku.., aku dapat @B #C $D. nah.., ada simbol duit. apa maksudnya..?? haha.. lu pikerlah sendiri (word nabil).

okey, bila lepas pmr kan, aku dapat kesedaran tau, sudah tiba masa nya untuk aku berubah. perubahan aku sangat mendadak. sampaikan aku sendiri pun tak percaya dengan keadaan tu. waa.. amazing kan..?? haha.. semangat tu.., itu lah yang membawa aku sampai ke tahap nie. result spm aku, aku dapat %A@B!D!E. tapi, tak da yang G. nah, ok kan..? bila dah stpm, aku dapat result yang sederhana ja. aku dapat @A-, ! B+ dan !C+. alhamdullilah.. aku nampak senyuman terukir luas di bibir mak bapak aku. bahagianya..!!

bila abis ja stpm, aku terus la aply UPU. korang yang memang follow setiap cerita aku dari dulu, mesti tau macam mana aku.. dari aku aply apa, dapat apa, macam mana.?? lantas bagaimana..?? aisseehhmen.. pulak dah.. macam la ada orang nak sangat baca blog aku nie kan..? tapi, tak pa lah.. janji aku dah luah apa yang aku rasa. kan3..??

pesanan aku dekat korang di luar tu, jangan lah cepat sangat nak putus asa. memang perit bila gagal. tapi, susah tu, Allah tak kan kasi lama2. percayalah.. korang gigih lah berusaha. mungkin kejayaan yang bakal korang dapat tu, memerlukan pengorbanan. oke? hadapi dengan senyuman. : )



yang nie memori kolej kediaman aku buat aktiviti. kalau aku tak silap, dan yang aku ingat.., yang nie program "larian merdeka raya"

dari sebelah kanan, zila ( budak sarawak). orang yang pertama aku jumpa selepas roommate aku kat sebelah kiri anda. Monjia namanya. haha.. pasti nie akan jadi satu kenangan yang terindah suatu masa nanti kan. sweetnya.. : )


yang nie pulak masa Minggu Suai Mesra. pun di kampus. yang nie, pasti.. pasti menjadi benda yang paling akan ku kenang. kali pertama aku menjejakan kaki di Universiti. akulah yang di sebelah kanan anda.. dari kiri tu, roommate aku jugak Norizati Murdin namanya. yang di tengah tu si Mon.



saja aku nak kasi tunjuk. yang nie semua roommate. hasil daripada +-x dan / tadi. yang depan sekali nie Bazilah namanya. pun budak Sarawakian jugak. hehe




**sebenarnya seronok belajar di Uni kalau kita rajin. bila orang cakap kita pandai, jangan lah terus nak angkat diri. up sangat. tapi, semakin orang puji, semakin tu kita merendah diri. sebab, itu tandanya kita "tauk dirik" kata orang Sarawak. - sedar diri bah maksudnya..ayyoooo..




Friday 6 January 2012

selamat menjalani peperiksaan ..

hari nie paper pertama aku untuk kursus di bawah Pusat Penataan Ilmu Bahasa di UMS. kursus yang aku duduki tadi, kursus Kemahiran Berunding..haa.. ini merupakan kali kedua aku menjejakan kaki ke Dewan Kuliah Peperiksaan tu. gila tak nervous. kali pertama aku pergi hari tu kalau tak silap aku baru 2 minggu di Universiti nie. aku ditemani rommate aku tu. Monjia namanya. etnik dia Kadazan Dusun.

Ingat lagi.., masa tu kami berdua siap berlenggang-lenggang nak pergi ke DKP tu. bukan main lagi. tup-tup baru sampai di pintu depan dewan, ada sekumpulan anjing yang sedang berehat- rehat dekat tempat parking kereta. aku pun terkejut lah. sebab ternampak dengan tiba-tiba. aku tak sangka pulak ada anjing di situ. bila aku terkejut, anjing tu terus laa bagi respon seakan-akan nak kejar. aku apa lagi, cabutlah.. belum sempat aku nak lari jauh, si Mon pun tarik beg aku. dan cuba tenangkan aku. pucat lesi muka aku weii.. rasa nak tercabut jantung aku ne. Mon jugak cuba tenangkan anjing tu masa tu. Yang heran nya, bila aku berhenti nak lari kan, anjing tu kembali semula ke tempat asal dia mula-mula berehat tadik. Si Mon siap bersiul lagi, kononnya nak buat kita nampak relax depan anjing tu. magic nya..!!

sejak dari hari tu, aku langsung tak pijak lagi tempat tu. aku fikir-fikir balik, kalau boleh aku tak nak ambik kelas yang akan dibuat (diadakan) dekat situ. sebab kisah tu lah. udahlah aku nie memang sekian takutkan anjing, dikejarnya lagi. rasa nak pengsan pun ada.

sama jugak dengan asrama aku nie haa.. anjing boleh naik sampai aras tiga. itu lah, kalau nak kelua siang tu pandang-pandang, nak keluar malam-malam, dengar-dengar jugak. kot-kot dia ada lepak kat luar pintu bilik aku nie. tak ke naiya aku kalu digigit nya nanti. setakat nie, yang paling terok aku rasa kena kejar lah. bab-bab gigit nie mintak jauh.

selalu gak lah aku dengar dan nampak ada pelajar yang kena kejar, lepas tu sampai cedera digigit nya. gila kan itu anjing..!! meroyan tu.., sebab anak nya dah diangkut/ dialih ke tempat lain hari tu. lagi satu, kalau anak dia ada di sisi kan, dia lagi garang. garang dia sebab nak protect anak nya tu. sedangkan kami, jangan nak sentuh anak dia. nak tengok pun tak nak lah..!! dia yang perasan. macam lah kita heran sangat dengan anak nya tu. huhu.. (eh2, jangan riak dayang..!!)

bikin panas jak anjing tu kan..!! ^^!
moralnya kan, sedangkan binatang pun sayang anak dia sampai macam tu sekali, tapi manusia..?? anak dibuat macam sampah..!! dibuang sana sini. isshhh.. aku pun heran kuagak. terpikir jugak aku mana silapnya sebenarnya di situ.

apa pulak mengarut sampai ke kisah anjing. kan aku sepatutnya cerita pasal peperiksaan kan. ayoyo..!!

Tuesday 3 January 2012

Alhamdullilah.. Ya Allah.


Syukur ke hadrat ilahi. Atas limpah kurnia- Nya aku dah berjaya selesaikan masalah yang selama ini membelenggu hidup dan perasaan aku. Hari nie 3 Januari 2012. Lega nya.. rasa ringan sangat perasaan dan hati aku sekarang. Rasa senang sikit nak focus dengan peperiksaan akhir semester  tak lama lagi.

Urusan apa?? Laa.. urusan saman laa.. syukur, surat rayuan ku diterima. Tadi aku pegi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kepayan, dekat dengan Terminal 2. Lapangan Terbang Mas tu. Tak jauh sangat dari Lapangan Terbang Air Asia di Terminal 1 tu. Cubaan ini merupakan cubaan yang kelima aku, bagi urusan saman sahaja. Akhirnya, Allah perkenankan usaha aku tu. Alhamdullilah.. kali nie aku ditemani oleh kawan ku dari Sarawak. Memang dah masak lah.. teman kan aku pegi ulang alik ke Tuaran, ke Kota Kinabalu, ke bandar lah tu.. ada je lah benda  yang kami nak urus. Walaupun berhujan tadi.. hohoho. Memang terbaeekk lah kawan-kawan aku nie. Nama dia..?? Syer, Afzan dan Bazilah (roommate aku).

Sebenarnya, selain tu kan, aku ke sana atas tujuan nak tukarkan tarikh penerbangan aku ke Sarawak. Nak tau tak..??hehehe..keja aku..?? lalai sangat. Cuai. Tak tengok betol2 masa beli hari tu. Bengong nya aku kan. Nahh, kan dah melayang duit RM123 aku semata-mata nak tukar tarikh tu kembali kepada tarikh yang asal. Insya allah, aku akan pulang ke Sarawak 15 Januari 2012 (Ahad). Dalam tiket aku yang aku tengok dalam email yang aku dapat kan, tarikh nya bukan main jauh. 15 FEBUARI 2012 (hari rabu). Dan aku return smula ke Kota Kinabalu pada 20 FEBUARI 2012 (isnin). Bayangkan lah, kalau aku tak perasan yang tarikh sepatutnya aku bebrangkat ke Sarawak tu semalam. Kan jadi haru..!! errrgggghhh.. aku stay lah di asramanie sorang-sorang sampai 15 Febuari tu. Tambahan, kalau aku ikutkan tarikh yang sedia ada tu,aku cuma ada di Sri Aman 5 hari je..!! mana cukup..!!??  Itu pun tadi kan, roommate aku bermurah hati pinjamkan duitnya RM100 dekat aku. Katanya, dia tak nak tengok aku stay sorang-sorang di asrama nie haa..

Adooiii.. jadi menyusahkan pulak. Apa-apa pun, TQVM Nur Bazilah Ghazali..!!

Satu lagi berita yang mengembirakan, lampu dan kipas di bilik aku dah kembali berfungsi seperti sedia kala. Seperti 1 minggu yang lepas. Nah.., ini baru bez belaja. Terang haa.. Happy Gilerrr aku dengan roommate aku yang tiga orang tu. Norizati, Monjia dan Bazilah tadi. Hahaa..

Macam mana pulak sambutan tahun baru korang..?? seronok..?? walaupun dah berlalu 3 hari yang lepas, aku tetap gak nak cerita pasal pengalaman aku sambut tahun baru di tempat orang dengan keadaan yang tak bergitu menyenangkan, tapi sangat bermakna..!! haaa… nak tau..??

Macam nie, malam tu hanya aku, Zati dan Mon sahaja di bilik. Kami sambut tahun baru dalam gelap. Tengok bunga api yang dimainkan dari jarak jauh, hanya di bilik. Terasa rindu sangat dengan Sri Aman kalau pasal sambutan tahun baru nie. Meriah… tapi, tahun nie.. aku sambut di Kota Kinabalu. Di kampus lagi tu. Dengan roommate ku 2  orang tu. Aku sanggup berjaga. Caranya, aku tengok laa movie. Malam tu, aku layan movie “Aku Bukan Tomboy”. Syok jugak laa filem melayu sekarang nie. Gelak habis lah aku.. mana bisa tahan..!!

Eh2, melelat pulak ke sambutan tahun baru. Okey  U’ oll.. tu ja kot yang aku nak share setakat nie. Nanti2 aku cerita lagi pasal luahan hati aku. Hehehe.. Assalam.. ^_^!

Sunday 1 January 2012

Aku jadi penakut selepas peristiwa itu.


Betol.. aku susah sangat nak baring di atas katil milik aku tu. Sebaliknya aku lebih selesa baring di tilam milik kawan aku. Tak tahu lah, aku rasa semacam je kalau baring dikatil aku. Aku teringat-ingat dengan benda yang jadi beberapa hari yang lepas.  Yang macam aku ceritakan sebelum nie.
Hari ini hari kelapan, kami bergelap  di bilik. Keadaan yang sama, di aras yang sama. Elektrik kami bermasalah. Dan kami hanya mengharapkan lampu meja sebagai alat untuk menerangkan bilik kami. Bilik nie besar.. jadi, cahaya tu merebak pun besar lah. Tapi, jadi samar pulak. Nak-nak lagi di tempat aku nie hah, lampu meja aku udah lah tak dapat dipakai. Pun rosak jugak. Apa laa… semua rosak. Rosak sana- sini. Binggung pulak hati aku kalu benda nie berterusan. Nie ha, pintu bilik nie pulak dah rosak 3 hari. Kalau kita tutup pintu tu betul2, tutup dengan kita tolak pintu tu jadi tertutup rapi. Habislah.. terus tak dapat masuk bilik lagi lepas tu. Itu kalau situasinya kita di luar bilik. Sebab dia terus lock sendiri. Entah kenapa, sejak kebelakangan nie, macam2 dah terjadi kat sini.
Keadaan aku yang kian takut menjadi-jadi. Sampaikan, bila aku pejam mata, aku akan terbayangkan benda tu. Bila aku nak terlelap, maka badan aku akan tersentak sendiri. Aku  boleh jadi macam terkejut dengan sendiri.
Sudah 2 hari nie aku try tido lambat. Kira-kira jam 2-3 pagi macam tu. Sebab takut satu, satu lagi, sebab nak habiskan ulang kaji aku tu. Kan nak final exam jugak kan..?? habis je kerja aku tu. Aku akan tidur di tilam kawan aku. Mujur dia seorang yang memahami. Thanks Zati..!!  Paper aku hari jumaat mula.. bermula dengan paper Kemahiran Berunding, kursus PPIB. Dan akan berakhir 14 hari bulan untuk kertas ko-kum.. aku ambik PIDATO.
Dan aku akan balik ke Sarawak pada 15hb. Kira-kira 13 hari dari sekarang.  Aku berangkat dari Kota Kinabalu jam 8 pagi. Kira-kira dalam jam 9.25 pagi macam tu aku sampai lah di Kuching. Lepas tu gerak lagi ke Sri Aman. 4 jam dari Bandaraya Kuching. Jauh jalan aku lepas nie.. tak sabarnya.. kadang-kadang aku bosan gak lah duduk ditempat orang. Nak-nak lagi situasi macam nie. Kita tak tau nak buat apa. Terperap je di bilik.
Aku juga harap dapat jumpa dia balik cuti semester nie.dengar-dengar semester nie jadi semester terakhir dia di UPSI tu. Hehehehe.. mengharap jekan..?? tak salah.. J