Selamat Datang ke Blog saya..!!

Saturday 12 May 2012

ten, ten, ten, teater marii..!!

Assalam semuanya.. apa yang aku nak cerita kali nie pasal teater yang tengok baru-baru nie d resital UMS Kota Kinabalu. tajuk teater tu "Rasuah Tuhan"..aku, kalau benda free2 nie memang cepat. nak2 lagi banner teater tu tertulis " MASUK ADALAH PERCUMA". nah, pegi je lah. bila lagi kan.., bukan selalu. tambahan akku free 1 hari tu. hari rabu.. so, aku ajak lah member aku 2/ 3 orang pegi tengok.

boleh tahan bakat anak-anak  muda Sekolah Pengajian Seni mementaskan teater berunsur ketuhanan. walaupun tema nya kurang sikit di tangkap dengan baik, tapi ok. biasalah kan, kita kan sama2 belajarbenda baru. benda yang baru kita belajar, tak semestinya kita  dapat  dizahirkan dengan sempurna. tengok lagi di bawah, ada koleksi gambar-gambar semasa pementasan dibuat. tapi sebelum tu, soory lah dariaku sebab gambar tu x clear sangat..






ps: aku tak lain, memang suka tengok pementasan2 cam nie. tambahan assignment sudah 78% siap. jadi boleh la luangkan masa tengok teater ni..

Monday 7 May 2012

Butakah Hatiku..?



Assalam.. 

sebenarnya..,
kalau korang nak tahu kan, hobi aku di masa lapang..
meh aku kasi tau..
aku suka menulis puisi. ramai yang tak tau nie. 
bah, sekarang aku bagi tau ya..
dan kebetulan..aku dapat idea,

~ dari apa yang batinku ingin utarakan, 
namun, tak siapa yang mendengar teriakannya..
walaupun hati seakan berkecai dengan apa khabar yang baru diterima
tanpa diundang, sebak menyelubungi dada..
kecewa akhirnya..

bila ja aku rasa sunyi kan,
idea tu akan datang.. 
idea sama macam angin,
kalau tak ditangkap, 
berlalu tanpa berucap bila tak digilap..

sama seperti bakat,
yang hadir cuma sesaat,
kalau tak diasah, 
tak akan terasa..


aku pasrah senantiasa
andai ini takdir darinya
aku akan menulis di hujung pena
sehingga ke hujung nyawa..

******************************************

Mengapa harus diusik hati yang telah dimiliki..
Walaupun sungguh engkau tidak mengetahui..
Sayang sekali..
Biarlah rasa dan masa berlalu pergi..
Jika rasa itu sudah menjadi suatu yang terlarang..

Jangan engkau mengharapkannya lagi..
Jika itu sudah takdirmu..
Lupakan segala yang berlaku..
Mulakan langkah barumu..

“Butakah aku selama ini..
Sebodoh apa jua aku ini..,
Sama sekali tidak menyedari
Sandiwara yang berlegar dalam sanubari..”

Lakonan apa yang kalian pentaskan,
Dan tanpa aku sedari..
Sehebat ini tamparan aku rasakan..
Hati mana yang tidak terkecewakan..
Bila kasih putus di tengah jalan..

Pergilah,
Pergilah engkau mencari kebahagiaanmu..
Akan ku titipkan doa buatmu..
Semoga berbahagia selalu..



                                                                                               
 Sayang Selalu,
                                                       
  ~DayangNorrafidah_AbangSahyan


Sunday 6 May 2012

:: SiRi SyaRahan KiNabalu::

Assalam..

serasa aku lah kan, aku belum lagi kongsi pengalaman aku baru-baru nie kan..?? lamenya aku tak update GHS nie. aku bz sangat2.. final dah dekat, tuntutan assignment pulak bayak dalam masa terdekat nie nak kena hantar. ok, kembali ke asal.

baru-baru nie gak lah, ada lah satu program yang diadakan di UMS kampus Kota Kinabalu  nie. satu program bernama "Siri Syarahan Kinabalu oleh YABhg Tun DR. Mahathir Mohamad". huu.. ramai gila yang datang masa tu. termasuk lah aku turut menyemak dewan. gila oooo.. kalau tak pegi tau. bila lagi berpeluang nak tengok bekas pemimpin kita tu. peluang tu mungkin tak kan ada lagi masa depan. percayalah cakap aku neh..?!    banyak lah yang beliau ucapkan pada hari tu. last2 kan, masa beliau nak berangkat pulang, semua orang berpusu-pusu berhimpit sesama sendiri semata-mata nak bersalam dengan beliau. termasuk aku lagi..!! hahaha. aku dari dulu sangat kagum dengan beliau. walaupun dulu, aku masih kecik untuk tahu semua tu. sekali aku pun dapat bersalam dengan beliau.. punyalah bangga tau.
pencapaian terbaru aku tuu..hekhekhek



nie ha.., gamba yang aku ambik masa tengah menunggu ketibaannya di Cansellor Hall, UMS..
masih tak percaya..??
nah, pegi tengok gamba2 setrusnya di bawah...





yang nie pulak, tentatif program..


Dewan Cansellor..



yang nie pulak gamba beliau.. walaupun tak clear.. at least ada oke.. ko ada..??? haaa



nak cerita gak lah, masa tengah berebut tu kan, kaki roommate aku tercedera la pulak. kena pijak. al-maklumlah..orang ramai. kalau kena dengan kaki perempuan yang pakai kasut bertumit tu. memang jahanamlah kaki kita yang tak berapa nak bertumit nie kena pijak. huhu

oke, nie je aku nak cerita.. sebenarnya kan, banyak sangat aku nak story. serasa aku lagi, aku belum lagi share "pasal perjumpaan dengan Mr Purple", " lawatan aku ke Sarawak tanah air"..lagi.. "aku terjumpa sesuatu.." ermm.., "pemberian dari seseorang". memang banyak lah. nantilah, aku tulis lagi apa yang aku ingat. sekarang, masa untuk sambung balik buat assignment yang telah memanggil2..

Wasalam.. :)