Selamat Datang ke Blog saya..!!

Wednesday, 20 July 2011

Kemanisan Nikmat..

Penantianku berakhir dengan khabar  yang mengembirakan. Aku percaya pada rezeki seseorang itu ditentukan oleh kuasa Tuhan yang Esa. Keputusan UPU yang aku nantikan sekian lama setelah aku tamat pengajianku di tingkatan 6.. Begitu senang hati ku apabila aku mendapat keputusan yang menyatakan bahawa “ Tahniah, sukacita dimaklumkan bahawa anda telah ditawarkan tempat bagi mengikuti Program Pengajian IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (PENDIDIKAN DENGAN SAINS SOSIAL)-HT17……..di Universiti Malaysia Sabah(UMS)”. Wahhh…happy nyerr aku pada tengahari tu.
Imbas semula kejadian pada tengah hari 15 Juai tu..Agak2 nya apa yang aku buat erkk..??
Ehem2..tunggu resut la..aku memang dah inform dekat kawan baik aku, Al-Nazirul supaya tolong aku check result tu..sebab aku tak berani nak hadapi kenyataan sekiranya aku gagal mendapat tempat di Universiti. Bagun pagi tu, aku tak rasa ape-ape. Buat rilek jerr.. Sebenarnya aku sedar itu adalah hari yang bakal melakar sejarah dalam hidup aku. Samada aku mendapat tempat atau tidak,semua itu di tangan tuhan. Aku percaya rezeki itu tetap ada.. aku cuba yakinkan diri bahawa aku akan dapat kos yang aku idam-idamkan tu d Universiti. Waktu terus berjalan. Aku teruskan hidup aku pada hari tu dengan rutin harianku. Pegi pasar basah (pasar tamu,di Sri Aman) laa..
Tepat jam 12 tengah hari. Keresahan tu makin kuat aku rasakan. Tak senang duduk aku dibuatnya..dan aku cuba tenangkan diri. Aku ingat apa yang cikgu aku cakap pada sehari sebelum result upu tu keluar. “Insya allah, dapat tu..kena yakin..”. Semakin aku ingat kata-kata tu, adohhaiiiii…makin bedebar pulak .10 minit kemudian, kawan baik aku tu, sent mesej kat hp aku dan jawapannya, “Tahniah dayang..kau dapat UMS”. Aku tergamam..rasa kecewa pulak. Kenape?? Kenape aku kecewa..?? Sebabnya, aku dah salah faham dengan mesej kawan aku tu..Rupa-rupanya aku dapat kos pendidikan di UMS..Aku salah paham sebab masa aku memohon untuk masuk ke UMS tu,aku ada mintak 2 kos. Yang pertamanya kos Pendidikan dengan Sains Sosial (HT17) dan kos Psikoogi Kaunseling. Setelah aku piker-piker balik, aku dapt kos pendidikan tu kot..Terus aku bagi mak dan bapak aku pasal result yang aku dapat tu,tanpa check terlebih dahulu. Tengok..confident level aku tinggi ooo..haha. Aku confident yang aku lulus temuduga Medsi hari tu.
Khabar tu membuatkan mak aku menitiskan airmata di atas kejayaan aku mendapat tempat di Universiti dalam bidang yang selama ini aku impi-impikan. Ayah ku pulak tumpang gembira di atas kejayaan aku tu. Aku rasa puas sebagai seorang anak kerana telah membahagiakan kedua orang yang paling bererti dalam hidup aku.  Nampaknya, sekarang nie, mereka pulak yang lebih excited daripada aku untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah ( UMS ).
Selepas aku khabarkan kepada orang tua aku, kemudian, aku pun check di web UPU sendiri. Dan ternyata benar, aku dapat kos yang aku cakapkan tadi tu..Berani betul aku  cakap dekat orang tua aku pasal benda yang sebenarnya aku masih ragu-ragu. Aku berani berkata bergitu kerana aku percayakan kawan baik aku. Kerana dia tidak mungkin tipu aku kalau berkaitan dengan benda yang selama ini menjadi impian aku. Di sini aku dapat pengajarannya bahawa kepercayaan terhadap kawan baik itu penting serta keyakinan diri itu amat berguna dalam hidup.
Aku gembira sangat, tak dapat aku nak lakarkan dengan cara apa kebahagiaan itu. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah mengkurniakan nikmat sehebat ini kepada aku. Ahamdulillah ya Allah.. Kini, aku sibuk menguruskan segala hal sebelum aku melangkahkan kaki ke Universiti nanti. Segala urusan harus diselesaikan terlebih dahulu supaya di Universiti nanti, aku tidak dibebani dengan masalah yang belum selesai.
Selepas aku memberitahu khabar ini kepada orang tua aku, kemudian aku khabarkan pulak kepada adik-beradikku yang selama ini telah mengetahui aku sememangnya telah menunggu sekian lama untuk mendapat tempat di Universiti dan juga mendapat tempat dalam bidang yang selama ini aku impikan iaitu profession keguruan.  Lepas tu aku khabarkan pula kepada semua guru-guru yang selama ini telah banyak membantu aku sepanjang aku berada di alam persekolahan..
Tu je kot yang aku dapat kongsi setakat nie..hehehe  J
p/s: Keyakinan sangat penting dalam hidup. Tanpa keyakinan, pasti kita mudah berputus asa daam segala hal yang kita gagal untuk dicapai. Jadi, yakin boleh laa jawabnyerrr.. ^_^!

1 comment: