Selamat Datang ke Blog saya..!!

Monday 11 November 2013

Jalan-Jalan Sambil Buat Kerja Lapangan di Labuan

Asssalam kawan-kawan.. nie haa, nak bagitau pasal lawatan aku ke Labuan baru-baru nie sempena cuti hari raya Aidiladha hari tu. punya laa best gilerrr... maklum la, tempat tu adalah satu antara tempat yang aku nak sangat pergi dari dulu.

ajakan member aku dari Labuan tu akhirnya aku penuhi setelah  sekian lama. hahaaa.. sebenarnya, dia dah ajak aku dari beberapa sem yang lalu lagi, aku je yang lembab sikit nak bergerak. maklum la, bajet aku tinggal di alam U nie cukup-cukup makan je. kalau ada duit lebih, barulah makan angin sana sini.
jalan-jalan dipantai dekat rumah Emmy (best gilerrr wooo..!!) hehehe

nak dijadikan cerita nya.. kawan aku yang tiga orang nie "mintak puji" la pulak buat suprise berbagai. jauh di sudut hati aku, aku terharu sangat. sebak pulak tetiba time tu tau.

nak sebut la nama diaorang kat sini. TQ EMY, FIKA & ZUHA..
sayang korang sangat2.. moga persahabatan ini kekal ke akhir hayat.. :)

lepas tu kan, mak si Emy nie siap jahitkan nbaju kurung aku tanpa bayaran. untuk hadiah hari jadi katanya. sambutan family dia yang sangat terbuka tu menyebabkan rindu aku terubat sikit dengan kampung. rasa macam rumah sendiri pun ada. lepas tu bapak dia pulak sempat lagi belikan baju cap Labuan untuk kami bertiga. hadiah katanya. buat pengetahuan korang, Fika dan Zuha kawan aku nie orang Terengganu, aku je dari Sarawak yang selalu je sibuk pergi ke tempat orang. samapikan kawan-kawan di kelas tak tahu pun aku orang Sarawak. katanya dari gaya dan percakapan aku, aku dah macam orang sabah. (sabah meh aku..??) yelaa,, boleh aje kalau nak hidup kat sini. "Orang Sabah Baik2 bah". :)

walaupun kecik, tapi hati saya besar bha.. :)


yeaaa.. dapat kawan baru lagi.. nama dia kitty.. hadiah yang budak bertiga nie bagi laa.. comel sangat. aku sebenarnya jarang dapat hadiah-hadiah nie. takde orang nak bagi selalu nya. tapi, kadang2 tu, aku suka bagi barang-barang dekat orang. buat tanda ingatan kunun laa..

nie la si kitty.. kawan baru aku. (dah orang bagi, ambik je la buat bela hari) bukan nya kena bagi makan pun. hahaaha :)


ok lah, setakat nie dulu aku update. karang tak bergerak pulak assignment nie haa.. minggu nie aku banyak keja sikit. agak2 nya tak sempat kot menjengah blog nie untuk masa 2 minggu terdekat nie. aku ada lagi cerita pasal kerja khidmat masyarakat di sekolah, then aktiviti KPG mikro teaching yang gempak pun aku nak cerita gak. tapi, tu la.. tunggu ada masa eh, aku update pasal tu semua .tapi kan,  aku musykil jugak la kadang-kadang tu, ada ke orang nak baca blog aku nie hah..??

ke aku yang syok sendiri menulis bagai tak ingat dunia. tapi tak pe la, ada aku kesah..?? hahahaha.. (gelak sorang2 kalau difikirkan balik). aku just nak certita pengalaman hidup dekat korang. kalau-kalau nak kenal saya, boleh baca blog saya dan nilai saya di situ sebab ini blog pribadi saya. rasa2nya aku tak update lagi pasal trip ke Kundasang sem lepas kan. sekali dengan Tambunan.


rasa rugi pulak tak pegi merantau tengok tempat orang. selagi ada peluang aku belajar di sini, aku berazam nak jelajah habis daerah-daerah yang ada kat negeri nie. untuk da[patkan pengalaman katakan.. hihii

ok, setakat nie dulu eh. wassalam..(bukan dari tadi ke aku cakap nak undur diri, tapi tak jugak gerak2). hahahaha ~,_~!




:: SRI AMAN BANDAR BENAK MALAYSIA::


Assalamualaikum semua.. 

hari nie entry aku lain sikit. tapi kan, entri nie dah lama aku nak update. cuma masa tak mengizinkan. lagipun aku tak dapat maklumat cukup banyakdan tepat untuk share benda nie. Kebetulan  hari tu ada pameran di Sri Aman sempena sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri. Kemerdekaan Sabah Sarawak dalam Malaysia ke 50 tahun. Sambutan sangat meriah. macam-macam aktiviti yang berlangsung di tempat aku. kebetulan masa tu ada berbaki lagi satu minggu cuti semester aku di kampung. jadi, aku pun tak nak lepaskan peluang dapatkan makluamat sebagai pengetahuan am aku sendiri. nak dijadikan cerita, secara kebetulan aku terjumpa maklumat nie. sumber dari Majlis daerah Sri Aman.

baru-baru nie jugak, dalam bulan Oktober lepas, ada pesta benak ni kat tempat aku. setiap tahun tempat aku akan buat pesta sempena kejadian ombak yang dijangka besar dalam tarikh-tarikh tertentu. nanti aku cerita pulak pasal kejadian pasang surut tu mengikut sains. (aku ada belajar pasal benda nie). rugi la tak belajar benda-benda yang berkaitan denganalam sekeliling kita,

ok, tanpa merapu lagi panjang. kita mula kan sekarang.

 Benak” merupakan istilah yang dituturi oleh orang tempatan di Sarawak bagi merujuk kepada kejadian air pasang yang berlaku dengan alunan berombak. Ia merupakan salah satu kejadian yang berlaku disebabkan oleh keadaan muara sungai yang luas dan dasar sungai yang cetek, di mana permukaan air akan membentuk struktur ombak yang beralun menuju ke bahagian ulu sungai pada ketika air pasang.

Kejadian Benak berlaku di Sungai Batang Lupar, Sri Aman dan ia merupakan salah satu daripada 60 kejadian benak yang berlaku di seluruh dunia.

Benak Sungai Batang Lupar bermula di kawasan Pulau Seduku, di bahagian hulu Pekan Lingga, kira 2 44.6 km dari muara dan 34.5 km dari Bandar Sri Aman. Benak ini juga mengalun dengan kelajuan sehingga 7 km sejam hingga 18 km. malah, fenomena tersebut boleh dilihat oleh pengunjung di tebingan Batang Lupar, Bandar Sri Aman. Benak lazimnya akan berlaku pada setiap bulan mengikut peredaran air pasang besar ataupun dikenali dengan istilah “King Tide”.


Untuk pengetahuan anda, fenomena Benak Batang Lupar juga berada di kedudukan ke-4 dalam senarai kedudukan “Top Ten Tidal Bore”di dunia iaitu:
11.    ARAGUARI POROROCA, AMAPA STATE, BRAZIL
22.    QIANTANG DRAGON, HAINING PROVINCE, CHINA
33.    KAMPAR BONO, SUMATRA INDONESIA
44.   BATANG LUPAR BENAK, SARAWAK MALAYSIA
55.   DORDONGE & GARONNE MASCARET, AQUITAINE FRANCE
66.   SEVERN BORE, GLOUCESTERSHIRE, ENGLAND
77.   COOK-INLET BORE (TURNAGAIN ARM & KNIK RIVERS) ALASKA USA
88.  BAY OF FUNDY BORE (PETITCODIAC, SCHUBENACADIE, SALMON RIVERS), CANADA
99.     BAIE- DU MT ST.MICHEL (SEE, SELUNE, COUESNON) 
110.   TRENT AEGIR, LINCOLNSHIRE, ENGLAND 

(                                               Sumber: Mr.Antony Colas, Peluncur Antarabangsa Negara Peranchis)

Ok, setakat tu dulu masa nie. aku akan share lagi pasal maklumat-maklumat terkini yang aku jumpa dari semasa ke semasa ya. 
wassalam..