Selamat Datang ke Blog saya..!!

Saturday 27 July 2013

alhamdulillah ya allah.. (Ramadhan 18, 1434 H)


Assalamualaikum semuanya.., macam mana puasa hari nie?

alhamdullilah, setakat nie kan, aku belum ponteng lagi tau.

syukur ke hadrat ilahi.. baru2 nie aku baru je dapat keputusan peperiksaan semester lepas. dan keputusannya sangatlah memeranjjatkan. akhirnya aku dapat jugak dean list. aku dapat pointer 3.61 bagi semester 2 tahun 2. secara keseluruhannya  pulak aku dapat 3.35. maksudnya sekarang, aku kena usaha lebih kalau nak dapat pointer secara keseluruhan yang boleh melayakkan aku diserap dalam bidang pekerjaan tanpa melalui temuduga. insya allah.., boleh.

sekarang jugak usaha giat buat biskut raya hebat berlangsung. satu rumah kot tolong aku boat. terutamanya popia dan biskut batang buruk.

ok lah kawan2, nanti kalau ada masa terluang kita update lagi eh blog nie. assalam.. :)



Tuesday 16 July 2013

selamat hari jadi Nur Shazryn Zaini yang ke 4 tahun

Tanggal 10 hb Julai 2013 lalu, genaplah umur anak buah aku yang sorang nie 4 tahun. yang perempuan tu ha. Nur Shazryn namanya. Bukan main lagi dia pilih kek sendiri. walaupun kami satu rumah nie usik kononnya kedai buat kek ditutup, tetap jugak nak kek sendiri. siap paksa makcik-makcik dia pegi buat. alahai budak2 kan, layan je lah kerenah dia.

nie antara gambar-gambar yang sempat diambik. ngam jugak sekali dengan waktu berbuka puasa 1 Ramadhan.


tu la anak buah aku. yang baju merah tu abangnya. nama Sahlan. yang baju hijau pulak kakak aku. Dayang Norratine. yang berbaju putih tu pulak satu-satunya adik aku.


juadah pun ala kadar je. :)




yang mak dia. kakak aku yang sulong. nama dia Dayang Norrame.





haa.., seronok kalau berkumpul satu family. tu la yang aku rasa. aku yakin korang pun sama jugak.


saya kembali lagi

Assalamualaikum, dah sebulan aku di kampung halaman. Ramadhan hari ke-8. Nampaknya,  genap 2 tahun aku menuntut. tinggal lagi 2 tahun (4 semester) sebelum aku mendapat ijazah pertama aku di Uni. apa khabar korang? hehe..,, dekat 3 bulan kot aku tak jengah langsung blog nie kan? okey, direct to the point. nak dibagi alasan takde masa, memang tak logik kan? kita ada 24 jam sehari, cuma kita yang lalai, malas nak urus masa dengan betul.

sambil update blog, sambil tu tengok drama. aku memang suka drama-drama nie. lagi-lagi drama melayu. drama "Taubat Seorang Samseng". banyak pengajaran drama nie tau.lakonan hebat Sofi Jikan yang nak berubah ke arah yang lebih baik tapi dapat tentangan hebat dari penduduk kampung. kadang-kadang aku percaya, manusia boleh berubah. kita cuma perlu bagi mereka peluang. mungkin niat dia betul-betul ikhlas nak berubah. mungkin perlukan masa.

rasanya, nak sharelah beberapa resipi nanti. maklum lah, raya dah dekat. tunggu eh, entri yang seterusnya.

kbai  ~ ~!