Assalamualaikum semua..
hari nie entry aku lain sikit. tapi kan, entri nie dah lama aku nak update. cuma masa tak mengizinkan. lagipun aku tak dapat maklumat cukup banyakdan tepat untuk share benda nie. Kebetulan hari tu ada pameran di Sri Aman sempena sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri. Kemerdekaan Sabah Sarawak dalam Malaysia ke 50 tahun. Sambutan sangat meriah. macam-macam aktiviti yang berlangsung di tempat aku. kebetulan masa tu ada berbaki lagi satu minggu cuti semester aku di kampung. jadi, aku pun tak nak lepaskan peluang dapatkan makluamat sebagai pengetahuan am aku sendiri. nak dijadikan cerita, secara kebetulan aku terjumpa maklumat nie. sumber dari Majlis daerah Sri Aman.
baru-baru nie jugak, dalam bulan Oktober lepas, ada pesta benak ni kat tempat aku. setiap tahun tempat aku akan buat pesta sempena kejadian ombak yang dijangka besar dalam tarikh-tarikh tertentu. nanti aku cerita pulak pasal kejadian pasang surut tu mengikut sains. (aku ada belajar pasal benda nie). rugi la tak belajar benda-benda yang berkaitan denganalam sekeliling kita,
ok, tanpa merapu lagi panjang. kita mula kan sekarang.
“Benak” merupakan istilah
yang dituturi oleh orang tempatan di Sarawak bagi merujuk kepada kejadian air
pasang yang berlaku dengan alunan berombak. Ia merupakan salah satu kejadian
yang berlaku disebabkan oleh keadaan muara sungai yang luas dan dasar sungai
yang cetek, di mana permukaan air akan membentuk struktur ombak yang beralun
menuju ke bahagian ulu sungai pada ketika air pasang.
Kejadian Benak berlaku di Sungai Batang
Lupar, Sri Aman dan ia merupakan salah satu daripada 60 kejadian benak yang
berlaku di seluruh dunia.
Benak Sungai Batang Lupar bermula di
kawasan Pulau Seduku, di bahagian hulu Pekan Lingga, kira 2 44.6 km dari muara
dan 34.5 km dari Bandar Sri Aman. Benak ini juga mengalun dengan kelajuan
sehingga 7 km sejam hingga 18 km. malah, fenomena tersebut boleh dilihat oleh
pengunjung di tebingan Batang Lupar, Bandar Sri Aman. Benak lazimnya akan
berlaku pada setiap bulan mengikut peredaran air pasang besar ataupun dikenali
dengan istilah “King Tide”.
Untuk pengetahuan anda, fenomena Benak
Batang Lupar juga berada di kedudukan ke-4 dalam senarai kedudukan “Top Ten
Tidal Bore”di dunia iaitu:
11. ARAGUARI
POROROCA, AMAPA STATE, BRAZIL
22.
QIANTANG
DRAGON, HAINING PROVINCE, CHINA
33.
KAMPAR
BONO, SUMATRA INDONESIA
44. BATANG
LUPAR BENAK, SARAWAK MALAYSIA
55.
DORDONGE
& GARONNE MASCARET, AQUITAINE FRANCE
66.
SEVERN
BORE, GLOUCESTERSHIRE, ENGLAND
77.
COOK-INLET
BORE (TURNAGAIN ARM & KNIK RIVERS) ALASKA USA
88.
BAY
OF FUNDY BORE (PETITCODIAC, SCHUBENACADIE, SALMON RIVERS), CANADA
99.
BAIE-
DU MT ST.MICHEL (SEE, SELUNE, COUESNON)
110.
TRENT
AEGIR, LINCOLNSHIRE, ENGLAND
( Sumber:
Mr.Antony Colas, Peluncur Antarabangsa Negara Peranchis)
Ok, setakat tu dulu masa nie. aku akan share lagi pasal maklumat-maklumat terkini yang aku jumpa dari semasa ke semasa ya.
wassalam..
No comments:
Post a Comment