Assalamualaikum
semuanya,,
“ Kenapa bila
tangan kita terluka, tangan kita mengalirkan darah?
Kenapa pula,
bila hati kita terluka pedih, kita mengalirkan air mata? ”
Sapa boleh
jawab persoalan ini?
Bukan apa,
entri aku kali nie pulak berkisar tentang kejadian yang tak disangka dan tak
diduga sama sekali, yang mana aku rasa luka itu kan, susah nak diubati. Kita
selalu rasa senang bila punyai teman, tapi kita tak pernah bersedia dan menduga
untuk kehilangan kawan/teman itu. betul kan? :’(
Kita selalu
rasa orang akan suka dengan kebaikan yang selalu kita lakukan kan? tapi
pernahkah korang terfikir yang orang akan benci dengan kelakuan kita?
Sejujurnya, aku sedih. Tak pernah aku rasa sesedih ini.mungkin aku belum
bersedia sepenuhnya untuk berhadapan dengan keadaan yang menyulitkan macam ini.
Manusia,
banyak kelemahan dan kekurangan dibatasi dengan kebaikan. Kadang-kadang, kita
baik, tapi tidak dilihat. Tapi, hanya dengan sedikit kesilapan, kita terus
dicap dengan nama-nama yang kita tak dapat diterima. Kebaikan yang disalah
erti.
Manusia
jugak, selalu menilai kita dari sudut buruknya sahaja. Mungkin aku tersilap,
tak mendengar terlebih dahulu kan? Salahkah aku?sedangkan pada masa itu aku
sama sekali sibuk untuk membuat kerja lain. Perlukah dia meninggikan suaranya
dihadapan manusia lain semata-mata untuk memarahi aku. Rasa maruah aku
diinjak-injak di hadapan manusia lain.
Jujur aku
katakan, “manusia biasa tidak akan suka dirinya dikritik apatah lagi dimarahi
di hadapan insan yang lain”. Malah, dia akan rasa sedih, malu, kecik hati,
terkejut dan macam-macam lagi. Terasa maruahnya tidak dihargai sama sekali.
Apatah lagi untuk dihormati. Layakkah dia mendapat penghargaan untuk dihargai
maruahnya?
Kita selalu
berbuat baik dengan orang tanpa ada niat lain sekalipun. Tapi, pernahkah kita
dinilai baik dihadapan orang itu? sekali kita berbuat silap, kita akan terus
dianggap jahat. Ya, mungkin selama ini dia memang tidak menyukai keadaan aku
yang sebergini. Sebab itu, lancang sahaja mulut insan itu mengeluarkan
kata-kata yang menusuk hati aku.
Mungkin juga
aku terlalu sayangkan insan yang lain. Aku tersangat sanyang orang sekeliling
aku tanpa memikirkan kekecewaan yang bakal aku dapat akhirnya memedihkan aku
sendiri. Tapi, salahkah kalau kita sayangkan kawan? Sorry lah, entri aku kali
nie sangat-sangatlah buat korang meluat membacanya. Tak pa, kalauu tak baca pun
tak apa. Aku cuma nak luahkan perasaan ja. Kecewanya aku..
Kita selalu
rasa bahagia tu akan berpanjangan kan? Bila kita happy, kita ketawa
terbahak-bahak kah kah kah, tapi tak ingat kejadian yang bakal kita dapat
selepas itu. kita selau rasa orang akan suka dengan setiap layanan baik yang
kita bagi sebelumnya. Tapi, pernahkah kita terfikir kalau orang dah benci, kita
tidak lagi dikira baik. Bila dan benci tu, memang akan benci. Tapi sampai bila?
Kenapa aku
perlu mengalirkan air mata nie? Sebab hati aku terluka? Ya, aku sangat-sangat
terasa luka itu. pedih sangat. Entah bagaimana akan aku berhadapan dengannya
sepanjang tempoh pengajian aku di sini? Setiap hari akan berhadapan dengan
orang yang sama. Memang benar, kita tak perlu rasa macam itu sesama manusia.
Tapi.., entah. Sensitif sangat kah aku sekarang? Aku macam tak sekuat dulu bila
berhadapan dengan keadaan yang menduga seperti ini. Apa-apa pun aku mesti kuat
kan? Aku mesti cuba. Kan bagus kalau kita bersangka baik selalu.
Kalau kita
optimis, kita positif selalu, mesti kita boleh dapatkan kecekalan itu dengan
sendiri kan? Sudah tiba masanya emosi aku diuji.., semuanya mesti ada sebab.
Mungkin suatu hari nanti, bila sekali lagi aku berhadapan dengan keadaan ini,
aku boleh. Aku boleh jadi kuat, kental hati. Mulai saat ini, aku akan
berpada-pada untuk memilih teman rakan. Supaya tidak dikecewakan, supaya aku
tak terluka, terasa hati, dan tidak sedih.
Berbuat baik
itu memang mudah, tapi keikhlasan kita sering kali dinilai dan rasa diuji. Kita
selau ikhlas, tapi siapa perduli? Siapa nak ambik tahu?
Kita akan
rasa sejuk hati dan lupakan semua kesilapan manusia yang tidak menghargai kita
itu hanya dengan ungkapan “maaf”. Tapi berapa ramai di kalangan kita akan
mempertaruhkan ego masing-masing untuk meminta maaf dengan orang yang telah
kita lukai?
Sanggupkah
kita membiarkan keadaan yang tidak menyelesakan ini berterusan. Jawapan ya bagi
orang yang tidak sanggup mempertaruhkan egonya. Dikhuatiri maruahnya akan
diinjak-injak oleh orang yang telah dia lukai. Tapi, pernahkah korang terfikir,
dengan “maaf” keadaan boleh beubah. Dengan “maaf” juga keadaan akan menjadi
jernih semula. Dengan “maaf” kita boleh berkawan lagi macam dulu. Dengan “maaf”
kita akan lebih menghagai orang lain. Dengan “maaf” jugak, sekali lagi kita
dinilai. Kita jugak akan diragui. Juga melibatkan keikhlasan yang berpanjangan.
Okey, aku
akan positif dalam hal ini. Aku tak boleh jejaskan diri aku sendiri hanya
dengan masalah peribadi macam ini. Aku masti kuat, kental. Lain kali, berbuat
baik tu biarlah kena dengan tempatnya. Jangan terlalu cepat jatuh sayang, jatuh
kepercayaan dekat orang yang baru setahun lebih kita kenal, lalu menyebabkan
kita jatuh air mata, jatuh air muka sebab malu dan jatuh sakit sebab terlalu
memikirkan masalah ini. Ingatlah, walaupun kita kehilangan, kita masih tidak
keseorangan. Kita ada Allah, kita ada
mak ayah, kita ada adik-beradik yang sangat sayangkan kita. Kita ada harapan,
kita ada cita-cita, kita jugak ada angan-angan untuk sesuatu.
Buat apa
bersedih, buat apa menagis?? Biar masa mengubah segalanya. Harap-harap dia
sedar dengan kesilapannya yang telah menyebabkan orang lain terluka. Dan aku
berdoa, supaya dia tak buat lagi kesilapan yang sama dekat kawannya yang lain
pulak.
“ bencilah
sesuatu itu sekadar sahaja, jangan terlalu membenci.” Bila jatuh sayang, susah
nak ditarik balik. Susah nak dibicara soal sayang kan??
“ Dan
sayangkan sesuatu itu pun biar sekadar sahaja”, jangan terlalu sayang. Nanti
kalau terluka, payah untuk kita terima walaupun jauh di sudut hati kita sangat
sayang. Terutamanya dalam persahabatan, adalah satu hal yang sangat susah untuk
kita terima kebaikan yang diberi selepas kita terluka. Pesanan aku, manusia
kan, kita berbuat baik macam mana pun, kita tak kan dihargai sebaiknya. Malah,
akan dibenci jugak akhirnya. Jadi, “baik” tu boleh, tapi jangan “baik sangat”.
Ada beza yang sangat ketara di antara “baik” dan “baik sangat” tu.
Dalam
persahabatan sepatutnya kita saling menghargai satu sama lain, jujur sesama
sendiri, berkongsi suka duka. Tapi berapa ramai kita macam ini? Sering kali
material jadi penanda aras. “Aset-aset” yang ada pada seseorang sangat-sangatlah
menjadi ukuran. Persahabatan yang didasari dengan sebab-sebab luaran
semata-mata. Siapa yang akan meragui? Sebab itulah sekarang, ramai kawan jadi
lawan, ramai manusia jadi setan, ramai juga manusia sanggup buat apa saja demi
kesenangan, sampai sanggup mempergunakan/ memanfaatkan sahabat sendiri demi
kepentingannya. Glamour dikejar, binasa yang menjalar-jalar terjadi. Suka yang
dikehendak, benci pulak yang datang. Persahabatan yang bersebab, tak kan lama.
Semoga kau sedar akan kebenaran itu.
“Manusia
yang selalu merasakan dirinya BAGUS, akan sentiasa memandang manusia lain dari
sudut NEGATIF”. Perincian yang rapi, rupa paras, material, kecerdikan
sangat-sangat dinilai masa kini.
Okey
lah,setakat nie dahulu entri aku. Ada cerita menari pasal fieldwork aku
semester ini. Ke mana tujuan aku semester ini? nantikan entri seterusnya dari
aku. Pada masa yang sama, tenangkan hari dan perasaan. Hati dan air mata.
Sangat sinonim. Apa-apa pun, teruskan membaca entri-entri aku ya.( tak malu
memperlawa)..Wassalam. J