Selamat Datang ke Blog saya..!!

Monday, 23 September 2013

Saja-Saja

assalam semua.. memandangkan petang nie aku free, tengah tunggu kawan habis kelas,baek aku update blog yang dah lame sangat aku tak jengah.

ermm,, nak dijadikan cerita, dah masuk 3 minggu aku balik KK. meneruskan pengajian untuk tahun 3 semester 1. yeaaa.. dah tahun tiga, cabaran pun makin mencabar. bukan ja cabaran belajar, cabaran hidup sebagai pelajar pun boleh tahan. kena pandai jaga diri je lah.

aku masih menyewa di rumah yang sama. rasa takut untuk menghadapi kenyataan akan datang sekiranya aku tidak dapat penempatan kolej lagi. jadi, aku ambik keputusan untuk terus menyewa. mungkin samapi habis belajar, selagi mampu.

semester nie seakan-akan "menggugat perasaan" jugak laa. aku masih sama macam dulu kot. jang lupa diri dek. kita kat dunia nie sementara ja. lagi satu, subjek yang aku ambil pun kaw2 bunyinya. macam hebat. maksud aku teknikal. kalo bahasa budak-budak muda macam aku ne, kita panggil "killer subjek". hihii (mengada kan..??)

takpe, kalau tak belaja sekarang, mana kita nak tahu subjek tu ok ke tak kan? baru permulaan. so far, aku rasa ok. walaupun penerimaan tu masih perlahan. tapi kena cuba jugak.

ok, lagi satu kan, aku sekarang menghitung hari untuk mendapat kunjungan dari orang tua ke KK. sekali dengan kakak aku yang no 2. kedatangan mereka bersempena dengan majlis konvo kakak aku yang akan berlangsung bulan depan. dalam 4-9 hb 9 macam tu. insya allah

hari berganti hari, minggu berganti minggu, rasa-rasanya kami dah berkawan dekat 6 tahun. aku senang hidup macam nie. takpe kalau orang kata aku nie jenis kaku, tak reti nak bukak hati untuk orang lain. tapi kan, buat apa nak kesah apa orang kata. biar kita dengan hidup kita.
lagipun aku kan dah janji, tak nak buat apa-apa hubungan yang lebih serius dalam situasi macam nie. aku kan masih belajar. kalo belajar tu, buat lah gaya orang masih belajar. jangan gatal bole?

ermm.., bila dah bukak cerita pasal nie kan. teringakt kat mak yang kadang-kadang bertanya pasal tu.
macam masa balik cuti semester bulan lepas, mak tanya sama da aku ada kawan lelaki ke tak. dengan muka selumber, aku jawab takde. respon mak..?? terkebil2. alaa mak, takde nak diheran zaman sekarang. nampaknya mak mula tertanya-tanya. punca mak bertanya hari tu selepas aku tak nak ambil bila dia bagi duit untuk topup hp. aku cakap tak payah. lagipun bukannya nak mesej sape2 pun.

lama-kelamaan, mak faham dengan cara aku. hmmm..

kawan-kawan, doakan kejayaan aku di menara gading eh. aku ada impian aku. doakan aku dapat capai impian aku. dan aku harap ianya tak berhenti setakat nie. Insha allah, dengan izin Allah, kalo aku dapat result yang cemerlang suatu hari nanti, aku nak sambung, ambik master pulak dalam bidang nie. insya allah..

ok, setakat nie dulu buat masa nie, nanti kita sambung lagi eh. assalamualaikum.. :)