Assalam semuanya..
sedihnya aku dari semalam tak habis lagi. sebab hp aku hilang kenak curi oleh "penyeluk saku". silap aku jugak kot. cuai sangat dengan barang sendiri. samapi orang ambik pun aku tak sedar.dah laa benda penting. hp tu aku anggap macam nyawa aku sendiri.
benda tu terjadi semalam. masa aku attend to kps meeting at foyer spps ni haa.. sebab ahli kelas yang lain mintak kami semua hadir untuk buat RPH sama-sana. jadi sebagai seorang yang berwawasan sangat,, aku pun datang la untuk meeting tu..
malang tak berbau.."bergitu lah flashback saya"
hampir-hampir aku hilang arah semalam sebab aku tak tahu nak hubungi sesiapa lepas je kejadian tu. tapi aku bersyukur jugak la, bukan dompet aku yang hilang. ye la, kalau nak dibandingkan nilai hp dengan dompet, aku rasa dompet lagi jauh bernilai kot. apa tak nya, semua item ada di dalam dompet. dengan ic nya, kad ATM, kad pelajar, duit lagi.. haiiisshh
buat sementara nie, aku guna nombor hp yang baru la. sementara aku renew balik no hp aku yang lama tu. ye la.., tu la antara benda yang aku palig sayang selain laptop. nombor hp tu besar makna nya buat aku. bagi korang, mungkin itu cuma no. tak kurang jugak kawan-kawan yang kata, nombor boleh dibeli. memang la nombor boleh dibeli baru.
tapi, nilai/ kenangan yang ada dekat nombor hp lama tu, aku tak kan dapat dekat mana-mana pun. ye la, aku dah guna no tu sejak aku di bangku sekolah lagi. masa aku di form 2 lagi tau. lama kan? sebab tu laa esakan tangis aku lain macam je semalam. agaknya, mesti kawan-kawan aku heran dengan perangai aku yang mulanya ceria bertukar muram, suram lepas tu satu-persatu air mata aku menitis. sedihnya ya allah..
tu la kan, Allah rindu nak dengar tangisan hambanya yang satu ni. aku leka sangat dalam hidup nie. patut la mak selalu marah, dia cakap aku kurang cergas a.k.a lembab la tu. aku selalu balas dengan sengihan yang berjela-jela kalau mak dah mula berkata bergitu. rasa lucu pulak. ya allah..,, rinrindunya dekat mak. urmm, bagi aku kena positif la, anggap barang tu bukan lagi hak aku, hp boleh dibeli. tp, kalau nyawa yang jadi galang ganti? lagi la aku kena tabah. lagi la haru biru aku dibuatnya. Allah bagi sikit ja ujian tu. Sabar la wahai hati.. (sekali lagi air mata menitis).
teringat lagi dengan pesan sorang kawan aku bernama Nasruh tengah hari tadi. dia bertanya khabar aku. aku ok ke tak. aku jawab aku rindu dengan hp tu. pada mulanya, dia menegur, sebagai buah bicra dia tanya samada aku nangis tak lagi kalu pakai hp yang aku guna sekarang. aku hanya membalasnya dengan senyuman. sedangkan dalam hati, hanya Allah yang tahu bertapa aku terkilan. selain tu, dia bagi la kata semangat menyebabkan aku sedar benda yang aku alami sekarang kecik ja. dengan selumber dia bagitau, "nanti Allah akan ganti dengan yang lebih baik, baru". aku hanya tersenyum dan mula terima hakikat. cakap banyak pun, benda tu tak kan kembali dekat aku. semua kenangan berkubur bersama hilangnya hp itu semalam.
perkara yang membuatkan aku sayang sangat sebab hp tu hadiah dari kakak aku yang paling aku sayang. kak tinie sempena hari jadi aku dua tahun lepas. sebab tu lah, aku punya sedih tu lain macam sikit. sebak rasa hati aku bila dia pujuk aku semalam. "barang tu bukan lagi hak kita" katanya. mesej yang rigkas, tapi sangat bermakna.
kena banyak-banyak bersabar.pujuk hati untuk terima ketentuan illahi ini.
#didik hati untuk terus bersabar.
k lah, setakat nie dulu erk. lega rasanya dapat luah kat sini. esok lusa aku update pulak pasal lawatan aku ke Labuan dan lain. tak lupa jugak pasal aktiviti aku di kampus nie. hihii :)