ajakan member aku dari Labuan tu akhirnya aku penuhi setelah sekian lama. hahaaa.. sebenarnya, dia dah ajak aku dari beberapa sem yang lalu lagi, aku je yang lembab sikit nak bergerak. maklum la, bajet aku tinggal di alam U nie cukup-cukup makan je. kalau ada duit lebih, barulah makan angin sana sini.
nak dijadikan cerita nya.. kawan aku yang tiga orang nie "mintak puji" la pulak buat suprise berbagai. jauh di sudut hati aku, aku terharu sangat. sebak pulak tetiba time tu tau.
nak sebut la nama diaorang kat sini. TQ EMY, FIKA & ZUHA..
sayang korang sangat2.. moga persahabatan ini kekal ke akhir hayat.. :)
lepas tu kan, mak si Emy nie siap jahitkan nbaju kurung aku tanpa bayaran. untuk hadiah hari jadi katanya. sambutan family dia yang sangat terbuka tu menyebabkan rindu aku terubat sikit dengan kampung. rasa macam rumah sendiri pun ada. lepas tu bapak dia pulak sempat lagi belikan baju cap Labuan untuk kami bertiga. hadiah katanya. buat pengetahuan korang, Fika dan Zuha kawan aku nie orang Terengganu, aku je dari Sarawak yang selalu je sibuk pergi ke tempat orang. samapikan kawan-kawan di kelas tak tahu pun aku orang Sarawak. katanya dari gaya dan percakapan aku, aku dah macam orang sabah. (sabah meh aku..??) yelaa,, boleh aje kalau nak hidup kat sini. "Orang Sabah Baik2 bah". :)
walaupun kecik, tapi hati saya besar bha.. :) |
nie la si kitty.. kawan baru aku. (dah orang bagi, ambik je la buat bela hari) bukan nya kena bagi makan pun. hahaaha :) |
ok lah, setakat nie dulu aku update. karang tak bergerak pulak assignment nie haa.. minggu nie aku banyak keja sikit. agak2 nya tak sempat kot menjengah blog nie untuk masa 2 minggu terdekat nie. aku ada lagi cerita pasal kerja khidmat masyarakat di sekolah, then aktiviti KPG mikro teaching yang gempak pun aku nak cerita gak. tapi, tu la.. tunggu ada masa eh, aku update pasal tu semua .tapi kan, aku musykil jugak la kadang-kadang tu, ada ke orang nak baca blog aku nie hah..??
ke aku yang syok sendiri menulis bagai tak ingat dunia. tapi tak pe la, ada aku kesah..?? hahahaha.. (gelak sorang2 kalau difikirkan balik). aku just nak certita pengalaman hidup dekat korang. kalau-kalau nak kenal saya, boleh baca blog saya dan nilai saya di situ sebab ini blog pribadi saya. rasa2nya aku tak update lagi pasal trip ke Kundasang sem lepas kan. sekali dengan Tambunan.
rasa rugi pulak tak pegi merantau tengok tempat orang. selagi ada peluang aku belajar di sini, aku berazam nak jelajah habis daerah-daerah yang ada kat negeri nie. untuk da[patkan pengalaman katakan.. hihii
ok, setakat nie dulu eh. wassalam..(bukan dari tadi ke aku cakap nak undur diri, tapi tak jugak gerak2). hahahaha ~,_~!