Selamat Datang ke Blog saya..!!

Wednesday, 30 November 2011

Sambungannya, pasal assigment esei pulak~

lepas tu kan, semalam kan due nak hantar assigment berkumpulan tu. senang je.. kami disuruh buat yang semula tajuk perbentangan tu, tapi dalam bentuk esei. maka, dijadikan cerita..

sebelum aku pergi trip ke Kota Belud untuk kajian aku yang seterusnya.. aku dah bahagi2 kan apa yang patut aku buat, dan juga bahagian mereka yang patut mereka settlekan. aku siap post kan d fb si Mai tu lagi dan aku tag nama Zila tu. tapi, sia2..macam x makan dek tutur kata manusia tu. aku punya lah geram.
aku bahagi lah.. memandangkan pensyarah tu nak 20 muka surat.jadi aku mintak la, seorang buat 6 muka surat. ngam lah kan?? sorang buat 6. bila 6 x 3= 18. kalau dah termasuk muka depan serta rujukan bibiliografi.. nah, kan dah cukup 20.
 yang aku terkilannya, aku dah bagi tempoh lama untuk siapkan kerja bahagian diaorang tu. bertapa aku mengharapkan mereka bantu aku dalam buat assigment. bagi sumbangan dalam kerja kumpulan tu. tapi apa?? macam nie diaorang buat aku. korang tau apa jadi??

macam nie, seawal jam 6 pagi hari rabu. budak yang bernama Mai tu ketuk pintu bilik aku . bagi maklumat assigment untuk aku editkan. dan jawapannya..mereka yang 2 kepala hanya menyiapkan 3 muka surat sahaja. itu pun hasil copy & paste dari internet. aku punya kecewa...
1 hari sebelum tu, aku sms dengan diaorang cakap yang esei merekayang dah siap, email je dekat aku.nanti aku editkan. Besar harapan aku sebelum turun ke kelas malam selasa tu..harap mereka dah siap. lepas tu kan, balik ja aku dari kelas malam tu, aku check mesej d hp aku. kot2 mereka akan cakap dah sent email. tapi, ssesuatu yang mengejutkan Zila tu cakap macam nie dlm sms tu : APA YANG AKUDAN MAI PERLU BUAT. ya allah.. luluh hati aku membacanya. . tinggal beberapa jam lagi nak hantar, mereka boleh tanya aku apa yang nak dibuat.aku ap lagi, bengang laa..!! tak kan semua benda aku nak cover diaorang. Aku penat tau..!!sakit hati..!! kecewa..!! semua ada.. dengan aku menangis teresak-esak hari tu.. sedangkan aku, nak buat 6 muka  surat tu pun aku makan masa berhari-hari, siang malam berjaga nak siap. macam mana aku nak cover muka surat mereka berdua tu??12 muka surat lagi tu... ya allah, masa tu aku rasa aku sangat lemah, aku putus asa. aku hanya dapat menangis..sebab benda tu kerja kumpulan. jadi, buat pun dalam kumpulan lah.. aku tak nak, aku yang penat lelah berjaga buat assigment tu.. tak kan mereka senang-senang nak dapat markah. AKU TAK NAK JADI KAMBING HITAM LAGI..!! asyik aku yang jadi mangsa keadaan. setia apa yang mereka tak buat, aku x sanggup nak cover. cukup lah dengan kerja persentation tu aku dah buat.
 subuh tu aku dah rasa pelik, dengan email pun masih belum dapat.. dan tiba2...lepas subuh.. (macam biasa aku akan on9)..
Mai tu datang ketuk pintu bilik aku, aku memang tak tido lagi laa lepas tu. dan aku ambik jugak hasil kerja mereka berdua tu tanpa membaca terlebih dahulu. copy terus ke laptop aku. lepas je dia balik, aku terus je nak edit benda tu. sekali....... aku terkejut sangat2. kerja yang mereka buat udahlah cuma 3 muka surat. dengan perkataan nya semua bersambung2..spacing lari semua berbagai.. SUMPAH..!! aku benci dengan kerja yang mereka buat. (aku rasa, kalau student aku suatu masa nanti masa nanti buat macam tu, memang aku koyak habis kerta dia) sekali lagi aku menangis. aku tertekan, aku tak tau nak buat apa.,aku berserah denga yang esa dalam keadaan aku diduga macam tu.
aku cuba, cuba nak cover maklumat bahagian diorang tu . tapi..!! sesungguhnya allah maha besar. dengan kuasa-nya..aku terjumpa satu blog yang sebijik dengan kerja yang mereka bagi dekat aku. 100% hasil COPY AND PASTE. aku rasa aku tak kuat masa tu.. dan hanya teresak-esak..aku cerita lah dengan kawan terdekat aku pasal benda tu. rata-rata mereka memberi semangat dan cacangan supaya aku bagi tau je dengan pensyarah pasal nie. alhamdullilah ya allah, setakat nie, aku ada dipertemukan dengan beberapa orang hambanya yang sangat memahami keadaan aku.aku nangis berjam2.. x pandai berhenti.sampai bengkak mata aku.

Jam 11 pagi..
aku dengan kawan karibku nak hantar assigment individu. kerja mudah.. alhamdullilah.. allah bagi petunjuk. aku nak hantar assigment tau, sekali gus aku nak bagitau pasal keadaan aku dengan pensyarah tu. dia dah keluar rupanya pada jam 11 tu..aku tak kira, aku nak jugak jumpa dia. aku tunggu dia dari jam 11 sampai jam 2 petang. aku sanggup tunggu..sebab aku dah tak tahan dimain-main oleh budak 2 orang tu. at last, aku berjumpa dengan pensayah aku tu. dengan cepat aku berlari ke arah pensyarah. dia pada masa tu tergesa-gesa nak pergi meeting..mujur dia mau mendengar apa yang aku nak luahkan. dan pensyarah itu sememangnya memahami. dia juga bagi semangat dekat aku masa tu. alhamdullilah ya allah,dipermudahkan..

lepas je aku ceritakan dengan pensyarah tu, hati aku rasa tenang sangat...tidak ada benda yang berat sangat untuk aku fikirkan lagi.

~ masalah berlarutan~

~aku sesungguhnya benci dengan situasi ini. benda nie lah yang menjadi kelemahan kalau buat kerja dalam berkumpulan. aku marah+ benci+ geram sampai nangis2. Ya Allah.. bertapa aku rasa lemah pada masa tu..~

 macam nie kisahnya...
 assigment punya hal nie. semua jadi berantakan. aku ada group dalam subjek minor aku nie. subjek sejarah. ada 3 orang semuanya. dan ketiga-tiganya dari Sarawak. mula-mula dulu akuingatkan mereka boleh bagi komitmen yang bagus laa dalam group tu. entah apa silap aku masa laulu dengan orang pun tak tau. sampai aku boleh dapat group yang menyebabkan aku menangis, geram, kecewa. kesal.. semua ada. aku sedih tau. sangat sebenarnya...
Bayangkan kerja kumpulan tu, pensyarah aku dah bagi dekat 2 bulan yang lepas. semalam due assigment tu untuk dihantar. maka, jawapannya.. assigment  kumpulan aku tu tak lengkap. hanya bahagian ja yang siap. kecewa nya aku. mungkin aku terlupa nak cakap ada story yang menyakitkan hati aku sebelum ne.
ok, kita mula dari awal ya..
dalamkerja kumpulan tu kan, kami kena buat presentation tau. kemudian, buat assigment bertulis sebanyak 20 muka surat.

ok, kita mula dengan cerita masa nak buat assigment perbentangan tu. disebabkan masa nak bentang makin dekat, aku pun sibuk laa mencari maklumat di internet. sebab aku tak da buku sejarah yang berkaitan dengan tajuk tu. di library pun x da juga. dah ada orang pinjam. dah buku tu x da, aku pun ambik la keputusan nak cari maklumat sebannyak boleh daripada internet untuk membuat perbentangan.dah.. aku dah cari sebanyak mungkin  bahan tu. aku siap highlight lagi apa yang aku rasa penting dan berkaitan. itu kisah seminggu sebelum perbentangan. lepas tu, lebih kurang tinggal dalam dua hari nak bentang mereka berdua decide laa nak buat itu assigment. nah, aku pun setuju laa.. sebab maklumat dah ada. kemudian aku bagi laa dengan budak yang sorang tu. Zila nama dia.. yang sorang lagi t, Mai..(budak iban, taoi ckap BM..pelik betol..!!) ok, lepas tu kan, aku anggap kerja tu dah siap untuk esok. sebab kumpulan kami kumpulan yang pertama.

malam tu, zila ada cakap nak ke bilik aku untuk buat assigment tu. nah, aku punya penat menunggu.. sampai tido2. benda tu sepatutnya aku tak payah sibuk2 nak buat lagi sebenarnya. sebab aku dah cari maklumat. tak kan nak buat slide pun aku jugak. agak2 la weiiii....

keesokannya...
aku memang, kalau ada kelas pagi, aku tak kan tido lagi lepas subuh. aku harap kerja dah siap untuk perbentangan.
tepat jam 8 pagi...
budak yang nama zila tu kol aku. dan dia kata:  DAYANG, KAU TURUN KE BILIK AKU SEKARANG, SLIDE KITA TU BELUM SIAP LAH. ya allah.. luluh hati aku masa tu..walaupun markah perbentangan tu cuma 10% ja. tapi penting bagi aku budak yang lemah sejarah nie. kemudian aku  pun bergegas dengan paniknya, takutnya, berbaur2..aku pun turun bawah dan buat kerja tu. kerja tu kan, kerja COPY & PASTE saja dari maklumat yang aku dapat tu. rupa-rupanya kan, dia tak baca pun  maklumat yang aku dapat tu. aku rasa kan hati aku masa tu, pedih sangat..sakit tau rasa dia. sebab kita kecewa lah kan..
then, masa perbentangan.. bertapa kelam kabut aku masa tu dibuatnya. dengan kerja yang aku rasakan, kerja yang paling teruk yang aku pernah buat. itu lah dia.. udahlah masa perbentangan tu, slide yang aku buat tu tak d layan budak yang bernama mai tu. buat penat aku buat..ya, si mai tu tak buat kerja.tapi suka mengomel ke hulu hiler. jaja cerita kononnya dia tu hebat apa semua berbagai. dia nak baca juga bahagian sejarah yang dia dapat. punya panjang blog tu. habis dibacanya. pensyarah masa tu buat muka BOSAN. lepas tu, saat pensyarah bagi kritikan pulak. dan jawapannya: TIDAK MENJAWAB SOALAN.aku punya laa bengang masa tu, aku berjalan kaki tau, dari sekolah (fakulti aku sampai nun... di koperasi kampus.) tanpa aku endah dengan cakap budak 2 ekor tu..


P/s: nah, tergantung kan?? aku ada kelas pagi nie.. mau mandi. nanti aku sambung lagi part assigment berkumpulan pulak. itu lagi dasyat..tak cukup masa aku nak sambung lagi.

Sunday, 6 November 2011

Cinta vs. Suka

Hayatilah, ini pun hasil copy and paste..Lepas baca, saya pun terfikir bahawa ada kebenarannya di situ..

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.





jom baca.!! dan nilai diri sendiri..


untuk dikongsi bersama. benda baik kan..

(hasil copy and paste) PENGURUSAN STRES MENGIKUT CARA ISLAM

Oleh: DATO' AIDIT BIN GHAZALI, PERUNDING UTAMA, AKADEMI AIDIT

--------------------------------------------------------------------

APAKAH ITU STREsS?
Respons seseorang terhadap sesuatu tekanan yang wujud.
Tekanan ini mungkin sesuatu yang:
- wujud tanpa dicari.
- wujud sebab kita mencari.
- wujud sebab kita lemah.

DI MANA TERLETAK KELEMAHAN KITA SEHINGGA KITA BOLEH BERTINDAK
NEGATIF TERHADAP STRES?
- Kelemahan rohani.
- Kelemahan jasmani.
- Kelemahan akli.
- Kelemahan emosi.


APAKAH UKURAN-UKURAN UMUM KELEMAHAN 4 DIMENSI MANUSIA INI?
KELEMAHAN ROHANI
- Hubungan dengan Allah SWT rapuh.
- Akhlak kita buruk.

KELEMAHAN JASMANI
- Sering uzur dan lemah.
- Daif ekonomi.

KELEMAHAN AKLI
- Lembab fikiran.
- Jahil segi ilmu bermanfa'at.

KELEMAHAN EMOSI
- Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur tidak sihat.
- Mudah melayan sifat-sifat keji dalam diri sendiri.

APA YANG BERLAKU PADA JASAD KITA?
1. Kadar degupan jantung meningkat.
2. Tekanan darah meningkat.
3. Otot-otot mengeras dan tension.
4. Proses penghadaman lebih perlahan.
5. Perut mengeluarkan lebih banyak asid.
6. Kolestrol dan lemak lebih menyerap dalam saluran darah.
7. Penafasan semakin cepat sebab paru-paru cuba menerima lebih banyak oksigen.


APAKAH KESAN ATAS ROH KITA?
1. Lebih lemah.
2. Lebih mudah ditembusi dengan unsur-unsur jahat termasuk iblis dan
makhluk halus.
3. Lebih terdedah untuk melakukan mudarat ke atas pihak-pihak lain dan diri sendiri.
4. Lebih kerap melakukan perbuatan yang menunjukkan sikap memberontak kita terhadap Allah SWT.


TANDA-TANDA AMARAN STRES
1. KESAN TERHADAP JASMANI DAN KESIHATAN
-Kerap gigit bibir.
-Mulut dan tekak mudah kering.
-Kerap jilat bibir.
-Sering ketap gigi dan geraham.
-Jika ketapan ini berlaku ketika tidur, geraham akan rasa sakit atau sengal.
-Menarik nafas lebih dari yang perlu, hingga membawa pada banyak sendawa atau perut kembung.
-Menarik nafas secara pendek dan singkat disebabkan perasaan gusar.
-Mudah selsema, demam, sakit kepala, gastrik dan panas dalam dada.
-Tekanan darah meningkat.
-Lemak cepat berkumpul di bahagian perut.
-Nadi laju.
-Susah lelap untuk tidur.
-Mudah letih.
-Suka mengetuk-ngetuk meja dengan jari.
-Percakapan laju.
-Menggigit kuku.
-Kerap mengkebil mata.
-Mata atau kening mata sering bergerak.
-Ketawa tidak menentu.
-Suka menghentak lantai dengan kaki.
-Buang air besar tidak menentu.
-Kerap buang air kecil.
-Pusingan haid yang tidak menentu.

2. KESAN ATAS GAYA MAKANAN

-Kuat makan.
-Selera untuk gula-gula meningkat.
-Mudah hendak mendekati arak.
-Mirip untuk mengambil ubat-ubat yang bersifat dadah.

3. KESAN ATAS HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
-Mudah membenci.
-Sukar hendak mempercayai orang lain.
-Hilang minat dalam hubungan kelamin.
-Sukar meni'mati keakraban.
-Lebih mudah berkonflik dengan ahli keluarga.
-Lebih mudah membuli mereka yang lebih muda atau lebih rendah jawatan berbanding kita.
-Tidak selesa dalam majlis-majlis sosial.



4. KESAN A
TAS PERKARA-PERKARA YANG MUDAH DIBENCI
-Bunyi pintu ditutup dengan kuat.
-Bunyi telefon berdering.
-Bunyi wang syiling.
-Bunyi kunci.
-Suara orang lain mengeluh.
-Bunyi kertas bergesel.


5. KESAN ATAS EMOSI DAN SIKAP
-Bersikap negatif dan pesimis.
-Mudah sedih dan gusar.
-Terbawa-bawa dengan mimpi yang tidak baik.
-Hilang arah hidup.
-Merasa seolah-olah hidup tidak ada makna.
-Merasa bakhil.
-Tidak kasihan terhadap orang lain.
-Mudah tersinggung.
-Mudah bimbang.
-Sukar memberi tumpuan.
-Mudah merasa malu.
-Mudah merasa salah.
-Mudah merasa tercabar.

-Kurang sabar.
-Hilang maruah dan martabat diri.
-Mengelak berjumpa orang, pergi pejabat dan pergi majlis.


PENCERMINAN DALAM BAHASA TUBUH SEGI TANDA-TANDA STRES
-Bahu meninggi dari biasa.
-Kaedah bernafas bertukar dari normal menjadi lebih pendek.
-Tangan mudah menggigil.
-Pergerakan lebih laju dan lebih spontan dari biasa.
-Pergerakan bergegas tanpa tujuan jelas.
-Mengerut kening.
-Sentuhan leher atau dahi yang lebih kerap dari biasa.
-Meniup angin dari mulut ke hidung, dengan bibir bawah terkeluar.
-Sekali sekala menarik nafas dengan dalam.
-Menggenggam tangan sambil bercakap.
-Lengan menyilang perut.
-Tangan tidak boleh berdiam.
-Buat kerja dengan gerakan bising.
-Kelipan mata yang lebih laju.
-Kurang senyum.

APA PENDIRIAN ISLAM DALAM MENGHADAPI MASALAH?
Mencegah adalah lebih baik dari menangani. Kata ulama': "Menutup segala pintu yang membawa pada kerosakan."
Jika perlu pada menangani apabila masalah telah wujud, usahamencegah tetap berjalan serentak.


FORMULA 1O T
1. TADABBUR
Erti: Mendalami pemikiran tentang tajuk tertentu sampai pada tahap
menjadi lupa pada perkara yang lain.
Maksud yang diinginkan: Tadabbur Al-Qur'an yakni memahami, mendalami
dan menghayati isi kandungannya - dapat melahirkan ketenangan jiwa.

2. TAFAKKUR
Erti: latihan dalaman yang menghasilkan perkembangan pemikiran dan
ia adalah pengetahuan yang mendalam/ renungan/ memikirkan sesuatu.
Maksud yang diinginkan
: Tafakkur alam yakni merenung, memikirkan tentang penciptaan alam - menghasilkan ketenangan jiwa.

3. TAWADDHU'
Erti: membasuh anggota-anggota khusus dengan tertib berserta niat.
Maksud yang diinginkan: mengambil wudhu' apabila berada dalam
keadaan stres - menghasilkan ketenangan jiwa.

4. TAQARRUB
Erti: mendekatkan diri.
Maksud yang diinginkan: mendekatkan diri kepada Allah SWT sehingga
dapat menduduki tempat yang terhormat dan mulia disisiNya dengan
cara mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.


5. TAHAJJUD
Erti: bangun untuk solat malam.
Maksud yang diinginkan: mengorbankan ni'mat duniawi demi merai niat menyembah Allah SWT.


6. TAKALLAM
Erti: berbicara/berkata-kata.
Maksud yang diinginkan: berbicara atau berkata-kata perkataan yang
baik dan diredhai Allah SWT.


7. TADZKIR
Erti: ingat.
Maksud yang diinginkan: mengingati Allah SWT dengan cara berzikir.

8. TAWAKKAL
Erti: berserah diri, mempercayakan diri atau mewakilkan.
Maksud yang diinginkan: mempercayakan diri kepada Allah SWT dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, berserah diri di bawah perlindunganNya pada waktu menghadapi kesukaran.


9. TADBIR
Erti: menguruskan sesuatu
Maksud yang diinginkan: menguruskan kehidupan.

10. TASYKUr
Erti: berterima kasih.
Maksud yang diinginkan: berterima kasih kepada Allah SWT
**Sumber: Diterima melalui kiriman e-mail daripada seorang sahabat.

Saturday, 5 November 2011

gara2 tak mangantuk, aku update diari digital~~

aduuiii..kenapa dengan aku nie..tak dapat lelapkan mata. esok raya la weii..layu lah wahai mata..lelaplah. esok subuh lagi wajib bangun. solat subuh..permudahkan aku  ya Allah di waktu subuh. habis orang aku tanya balik kampung halaman ke tidak. sebab aku pun perantau kan..jadi, geng laa dengan perantau-perantauan yang lain tu. rupa-rupanya si dia juga tidak balik ke kampung halaman..ek'eeh2 sama laa..hahaha. syok sendiri pulak aku nie kan. Astargfirullah.. bawa2 bertenang  bah..! dush2!!

Mood~
hmm..tak mau cakap banyak, sedih, rindu.., fikiran melayang-layang, mau pulang.. tambah lagi kawan aku tadi bukak lagu raya. mau tak bergenang air mata aku mendengarnya.huhuu..
sedih laa tak dapat pulang cuti raya kan.. walau pun raya haji di tempat aku tu tak semeriah tempat2 yang lain. tapi masa2 berharga dengan keluarga tu yang aku  nak..saat kami memasak sesama, makan sesama, buat kuih raya pun sesama..
tapi, kali nie lain pulak rasanya..tadikan, aku  main laa..edit2 gamba di photoscape tu.. tetiba je air mata aku meleleh..(menangis). masa tu aku tengok gamba anak buah aku yang 2 orang tu..rindu pulak..

P/s: Ok lah, mau try lelap dulu nie..kalau bole secepatnya..tak laa mengantuk sangat esok. walaupun tak da kelas kan..assigment tu yang setia menunggu untuk disiapkan. tabahan pulak, aku final kursus geografi manusia 14hb Novnie.. wish me luck okaiiyy!!

Thursday, 3 November 2011

apa yang patut dibuat bila bosan..??? !_!

hmm..betul2 aku bosan malam nie tau..maklumlah cuti mid semester dah tiba. jadi, roommate aku pun balik arr ke rumah diaorang musim cuti nie. sabahan kan.+_~ borink nya aku.. pecah palak kata sarawakian.. tak tau nak buat apa.mesti masa itu seakan-akan ku rasa lambat berlalu kelak. dah la keseorangan di tempat orang. semua nya kena buat sorang2. aku tak pulang sarawak sebab alang2 kan.. lagipun cuti sem pun tak lama lg. bulan 1 oh bulan 1..tak sabarnya.. macam lah yang berlaku di tempat orang,benda yang kita sama sekali tak duga, tak sangka pun berlaku. semua tu jadi pengalaman.

Errkk..!!no komen..

Astargfirullahhalazimm.. kenapa aku berdebar setiap kali memandangnya. bukan nya yang real pun.gambar je kan.. ok, fine..,no komen..!! ape aku buat nie..tak patut nya.. dia bukan milik kau lah..[ hanya mampu mencintai dalam diam]..macam tu lah bunyi blog yang aku baca sejak dua menjak nie. hari tu lagi teruk aku punya rasa tak keruan tu..sampaikan aku tak dapat tidur dengan lena. aku bingung.. masa tu kan, aku da la cakap sama dengan kakak ku yang aku nak cuba lupakan nya dan fokus kepada pelajaran aku di seni. semenjak itu lah, aku rasa tak dapat nak fokus..asyik2 terkenang.. ya allah berilah petunjuk kepada hamba mu ini ya ..lepas tu kan, aku baca di wall ny.. dia juga merasakan benda yang sama. tapi adakah aku orang yang membuatnya tidak keruan?? sedarlah dari lamunan...bangkitlah..!!dia bukan untukmu..percayalah, dia ada pilihannnya sendiri.serahkan kepada  Alllah yang maha mengetahui siapa jodohmu. dia akan tentukan sesuatu yang terbaik buatmu.. Sabar ekk..kau kan masih muda. kejar cita-cita mu dahulu. mak bapak di kampung mengharapkan enkau belajar disini.., bukan bercinta. !! INGAT TUUUU...!!

cincai kan blog aku kali nie..?? aku tulis ikut mood bahh..haha..direct saja bah nie.
sejak aku di sini, gaya bercakap pun kena jugak ikot slank mereka..sebab kalu kita cakap bm yag biasa tu kan, mereka kurang paham. terpaksa pulak nak repeat 2/3 kali..haha..boleh la bah kalau sa cakap sabahan..haha.mintak puji nya dayang..

salu gak lah kena gelak dengan geng. sebab salah sebut kan. nak2 lagi bahasa dusun. hancur bahasa mereka aku kerjakan. [longadon oku dika]- aku rindu kamu.. i like..haha

p/s: ok lah, nanti aku share lagi pengalaman dan cerita2 yang aku rasa patut dikongsi untuk hilangkan resah gelisah hati nie..aaiissehhmennn...!!haha.. Assalam..