Selamat Datang ke Blog saya..!!

Wednesday, 30 November 2011

Sambungannya, pasal assigment esei pulak~

lepas tu kan, semalam kan due nak hantar assigment berkumpulan tu. senang je.. kami disuruh buat yang semula tajuk perbentangan tu, tapi dalam bentuk esei. maka, dijadikan cerita..

sebelum aku pergi trip ke Kota Belud untuk kajian aku yang seterusnya.. aku dah bahagi2 kan apa yang patut aku buat, dan juga bahagian mereka yang patut mereka settlekan. aku siap post kan d fb si Mai tu lagi dan aku tag nama Zila tu. tapi, sia2..macam x makan dek tutur kata manusia tu. aku punya lah geram.
aku bahagi lah.. memandangkan pensyarah tu nak 20 muka surat.jadi aku mintak la, seorang buat 6 muka surat. ngam lah kan?? sorang buat 6. bila 6 x 3= 18. kalau dah termasuk muka depan serta rujukan bibiliografi.. nah, kan dah cukup 20.
 yang aku terkilannya, aku dah bagi tempoh lama untuk siapkan kerja bahagian diaorang tu. bertapa aku mengharapkan mereka bantu aku dalam buat assigment. bagi sumbangan dalam kerja kumpulan tu. tapi apa?? macam nie diaorang buat aku. korang tau apa jadi??

macam nie, seawal jam 6 pagi hari rabu. budak yang bernama Mai tu ketuk pintu bilik aku . bagi maklumat assigment untuk aku editkan. dan jawapannya..mereka yang 2 kepala hanya menyiapkan 3 muka surat sahaja. itu pun hasil copy & paste dari internet. aku punya kecewa...
1 hari sebelum tu, aku sms dengan diaorang cakap yang esei merekayang dah siap, email je dekat aku.nanti aku editkan. Besar harapan aku sebelum turun ke kelas malam selasa tu..harap mereka dah siap. lepas tu kan, balik ja aku dari kelas malam tu, aku check mesej d hp aku. kot2 mereka akan cakap dah sent email. tapi, ssesuatu yang mengejutkan Zila tu cakap macam nie dlm sms tu : APA YANG AKUDAN MAI PERLU BUAT. ya allah.. luluh hati aku membacanya. . tinggal beberapa jam lagi nak hantar, mereka boleh tanya aku apa yang nak dibuat.aku ap lagi, bengang laa..!! tak kan semua benda aku nak cover diaorang. Aku penat tau..!!sakit hati..!! kecewa..!! semua ada.. dengan aku menangis teresak-esak hari tu.. sedangkan aku, nak buat 6 muka  surat tu pun aku makan masa berhari-hari, siang malam berjaga nak siap. macam mana aku nak cover muka surat mereka berdua tu??12 muka surat lagi tu... ya allah, masa tu aku rasa aku sangat lemah, aku putus asa. aku hanya dapat menangis..sebab benda tu kerja kumpulan. jadi, buat pun dalam kumpulan lah.. aku tak nak, aku yang penat lelah berjaga buat assigment tu.. tak kan mereka senang-senang nak dapat markah. AKU TAK NAK JADI KAMBING HITAM LAGI..!! asyik aku yang jadi mangsa keadaan. setia apa yang mereka tak buat, aku x sanggup nak cover. cukup lah dengan kerja persentation tu aku dah buat.
 subuh tu aku dah rasa pelik, dengan email pun masih belum dapat.. dan tiba2...lepas subuh.. (macam biasa aku akan on9)..
Mai tu datang ketuk pintu bilik aku, aku memang tak tido lagi laa lepas tu. dan aku ambik jugak hasil kerja mereka berdua tu tanpa membaca terlebih dahulu. copy terus ke laptop aku. lepas je dia balik, aku terus je nak edit benda tu. sekali....... aku terkejut sangat2. kerja yang mereka buat udahlah cuma 3 muka surat. dengan perkataan nya semua bersambung2..spacing lari semua berbagai.. SUMPAH..!! aku benci dengan kerja yang mereka buat. (aku rasa, kalau student aku suatu masa nanti masa nanti buat macam tu, memang aku koyak habis kerta dia) sekali lagi aku menangis. aku tertekan, aku tak tau nak buat apa.,aku berserah denga yang esa dalam keadaan aku diduga macam tu.
aku cuba, cuba nak cover maklumat bahagian diorang tu . tapi..!! sesungguhnya allah maha besar. dengan kuasa-nya..aku terjumpa satu blog yang sebijik dengan kerja yang mereka bagi dekat aku. 100% hasil COPY AND PASTE. aku rasa aku tak kuat masa tu.. dan hanya teresak-esak..aku cerita lah dengan kawan terdekat aku pasal benda tu. rata-rata mereka memberi semangat dan cacangan supaya aku bagi tau je dengan pensyarah pasal nie. alhamdullilah ya allah, setakat nie, aku ada dipertemukan dengan beberapa orang hambanya yang sangat memahami keadaan aku.aku nangis berjam2.. x pandai berhenti.sampai bengkak mata aku.

Jam 11 pagi..
aku dengan kawan karibku nak hantar assigment individu. kerja mudah.. alhamdullilah.. allah bagi petunjuk. aku nak hantar assigment tau, sekali gus aku nak bagitau pasal keadaan aku dengan pensyarah tu. dia dah keluar rupanya pada jam 11 tu..aku tak kira, aku nak jugak jumpa dia. aku tunggu dia dari jam 11 sampai jam 2 petang. aku sanggup tunggu..sebab aku dah tak tahan dimain-main oleh budak 2 orang tu. at last, aku berjumpa dengan pensayah aku tu. dengan cepat aku berlari ke arah pensyarah. dia pada masa tu tergesa-gesa nak pergi meeting..mujur dia mau mendengar apa yang aku nak luahkan. dan pensyarah itu sememangnya memahami. dia juga bagi semangat dekat aku masa tu. alhamdullilah ya allah,dipermudahkan..

lepas je aku ceritakan dengan pensyarah tu, hati aku rasa tenang sangat...tidak ada benda yang berat sangat untuk aku fikirkan lagi.

No comments:

Post a Comment