Selamat Datang ke Blog saya..!!

Friday, 6 April 2012

percutian 6 malam 5 hari di Bumi Kenyalang..

hehehe.. syiok pulak kan aku punya entri punya tajuk ini..?? macam la betul2 pergi bercuti. ok, apa yang aku nak story kali nie pulak pasal lawatan yang akan kami buat pada hujung minggu nie bersempena dengan cuti pertengahan semester di Universiti Malaysia Sabah. jadi, course aku HT 17 Pendidikan Dengan Sains Sosial pun adalah buat satu lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Sarawak nie. antaranya, tempat yang nak dilawati tu ialah pusara pejuang Sarawak iaitu Rosli Dhobi dan yang lain, Muzium Sarawak dan lain-lain lagi. alaa.. pokoknya pasal tempat sejarah je lah. aku pun bukan nya reti sangat dengan sejarah-sejarah nie.

lawatan nie jugak adalah untuk kajian lapangan bagi subjek Sejarah Sabah dan Sarawak. assignment tu..  al-maklumlah, sains sosial tak boleh lari daripada sejarah mahupun georgafi. pensyarah aku cakap, kalau join pegi, automatik dapat 10%. banyak tu..hehehe. sambil2 tu kenalah buat jugak esei bertulis kalau mau markah lebih kan..

ok, perjalanan dijangka akan bermula dari pukul 7.oo pagi esok. kena ready awal la nie.. lalu bergerak terus ke Limbang Sarawak sebelum melimpas negara Brunei Darussalam lalu ke Miri. perjalanan juga dijangka mengambil masa 1 hari lebih.. mak aii, lamanya..!! itu lah word yang aku sangat selalu dengar kelua meniti bibir kawan-kawan aku yang bukan asal Sarawak dan mungkin ini adalah pengalaman pertama mereka menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang bertuah itu. alaa.., aku pun menjawab.., "Sarawak tu besar, sangat besar. memang lah kita makan masa kalau nak melawat seluruh bandar-bandar utama dia". kalau pakai flight, baik kita tak payah buat lawatan kan..?? pejam mata ja terus sampai di bandar. padahal tertidur di flight rupanya.. kih3. aku selalu buat benda tu. tak sengaja kan. habis tu tak kan nak duduk terpaku je sejam lebih. nak ajak orang sebelah menyebelah bercakap, sudi ke..?? alahai..




(gambar semasa di Jabatan Imegresen cawangan Kota Kinabalu)



kemudian, perjalanan juga dijangka diteruskan pada hari keduanya.  kami akan berangkat dari Miri lepas melawat tempat-tempat bersejarah di sana lalu le Sibu, Sarawak. dan bergitu lah seterusnya..sampai lah ke bandaraya Kuching, Sarawak. bergitu lah setakat nie tentatif program setakat ini yang bakal dilaksanakan bermula besok pagi 7 April 2012 (Sabtu).

apa yang aku rasa sekarang, exited.. bukan senang nak round 1 Sarawak. waima aku yang dari bumi kenyalang tu pun belum tentu sudah habis aku lawat. pergi Kuching pun ambik masa 4 jam kalau dari Sri Aman. jadi, daripada buang masa, buang tenaga, lagi buang minyak kereta, kami hanya akan pergi bila ada urusan penting je. sebab tu lah aku exited nak pergi menjelajah ini. nak-nak lagi pergi satu rombongan kos aku.

p/s aku..?? :: untung dan seronoknya belajar di Universiti.. :)

2 comments:

  1. bez ada jak... huhu.. k assignmets apa yar??

    ReplyDelete
  2. pake assigment sejarah kamek.. best lah juak. sayang sik singgah Sri Aman.ktk bla gk mauk trip? pg la sabah..

    ReplyDelete