assalamualaikum..
agak lama aku tak update blog nie. memang pun, dekat jugak sebulan lebih. aku bz dengan kerja.. banyak sangat benda nak dibuat.cuba teka? sekarang aku ada di mana? yeaahaha.. aku di kediaman tercinta. di kampung daa.. sekarang kembali cuti semestter. kali ini cuti untuk semester 2. agak lama lah jugak. besar kemungkinan aku akan kembali ke Kota Kinabalu pada 1 September untuk melanjutkan semester yang ketiga. lama kan??Insyaallah..
sempat laa nak berpuasa dan beraya di sini.. :)
dah tiga minggu di Sri Aman. rasa.. seronok, happy jer dapat jumpa family. makan pun best2. maklumlah.., makanan negeri sendiri. dah sebati dengan lidah kita. haruslah sedap kan. aku pulang pada 16hb 6. 2012 (sabtu). ececece.. cakap jugak. berangkat jam 0750 pagi. selamat mendarat di Kuching International Airport (KIA) jam 0925 pagi. aku punya exam tamat pada 15hb 6 petang jumaat. kertas terakhir sejarah malaysia hingga pra kemerdekaan. hari tu jugak aku selesai dengan assignment terakhir aku iaitu aplikasi psikologi dalam pengajaran. gitu2 lah bunyi nyer.. check out daripada kolej kediaman malam tu jugak. selesai packing barang, kemas bilik..
semuanya selesai dalam 1 hari, alhamdulillah.. :)
rasaaaaaaaa lapang sangat bercuti tanpa gamacu (gangguan masa cuti). hahaa
kadang-kadang kita lebih senang untuk menulis daripada berterus terang. betol tak?
hati sukar diungkap dengan kata. :)
aku nampak dia di sini..
tai, tidak berbicara
ok, sambung lagi,
memang banyak benda yang berlaku dalam semester ini. tapi tak sehebat itu aku diduga semester 1 yang lalu. semester ni aku lebih banyak munasabah diri. betulkan apa yang silap. alhamdullilah.. semester 2 kan, aku takda kajian lapangan, aku tak disaman dan lain2 lagi.hehehe.. sampai sekarang aku masih menyimpan rahsia itu. mak bapak aku, adik beradik yang lain tak tahu pasal tu. hanya ada 2 orang sahaja yang tahu.
tambahan pulak, semester 2 nie kan, 1 jangka masa yang pendek aku rasakan. bayangkan, aku melaluinya lebih kurang hanya 4 bulan. 1 bulan lebih awal daripada semester 1.
semester depan, aku mengorak langkah ke tahun yang kedua. harap2 dapat melaluinya dengan lancar dan sempurna. memang aku ada 1 harapan. tapi biarlah, aku simpan untuk memotivasi diri aku sendiri. seronok tengok kawan2 berjaya. tapi, pada masa yang sama, kita pun mengharapkan bahawasanya untuk mendapat ganjaran yang sama. mungkin usaha aku belum cukup untuk mencapai ke tahap itu. harap2 satu hari nanti tercapai jua. :)
hari nie, hari permuafakatan PIBG di sekolah lama aku. SMK SRI AMAN... sedangkan hati sangat rindukan sekolah. dengan guru-guru lagi.. teringin sangat nak jumpa. tapi macam ada 1 halangan yang sangat besar si depan aku. susahlah macam nie.. jadi, aku batalkan hasrat aku untuk ke sekolah hari nie. bukan aku mengalah, tapi biarlah. (ada mak cik aku tu dekat sekolah lah..) tambahan pulak, aku ada benda nak dibuat hari nie. temankan kakak aku pergi mencari kerja. :) harap2 dipermudahkan urusan hari ini. amin..
ok, setakat nie je kot aku nak bercerita. nanti kalau ada masa aku untuk menjengah semula di blog nie, insya allah aku akan update lagi. banyak nya perubahan dah berlaku. ok, see ur soon..?! k bye.
No comments:
Post a Comment