Kehadirannya benar-benar memberi sinar dalam hidup ku.syok tau dapat jadi baby sitter tetap kepada 2 orang budak nie..haha. Aku mula menjaga mereka setelah aku menamatkan pengajian ku di tingkatan 6 dan kini sedang menunggu keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang aku impi-impikan dari dulu. Di menara gading..Insya allah, kalau ada rezeki tak kemana..cepat atau lambat,aku mesti tunaikan impian aku itu.
Dari mana nak mula.Ohh ya, kita bermula dari budak yang bernama Nur Shazryn nie.kami gelar dia "dedek". Kenapa digelar "dedek"?? Sebab masa dia kecik lagi,kami dah set nama tu untuk dia.Biar nampak lebih manja gitu. Ok,kita panggil Nur je lah ye..supaya senang di ingat. Nur nie sebenarnya anak kakak aku yang sulung. Nur nie rapat sangat dengan adik-beradik sebelah maknya jika dibandingkan dengan keluarga sebelah bapaknya. Sebab tu lah dia rapat dengan aku. Genap 10 July adalah tarikh lahirnya.Nak tengok muka Nur..??
Apa macam?? kiut kan..??haha..
Kita beralih pulak bercerita mengenai Nur nie. Sekarang, kita cerita pasal baby sorang nie..Nurain Sumayyah namanya.. Indahkan nama tu?? Untuk baby sorang nie,kita gelarkan dia sebagai Ain je..nama manja. Mak ayah Ain panggil Sumayyah. Saje aku panggil dia Ain. Supaya dia tak confuse nanti sama ada aku atau mak ayah dia yang panggil. Ain nia anak cikgu aku sendiri. Aku sukarela nak jaga dia sebab aku memang sukakan bebudak..Nak tengok Ain..?? Jom..
Aku mula jaga budak nie beberapa bulan yang lalu..Macam yang aku cakap tadi, sementara aku tunggu result untuk kemasukan ke Universiti, aku buat kerja nie. Jadi baby sitter. Seronok..haha. Walaupun budak-budak nie banyak kerenah, suatu masa nanti, kerenah budak-budak nie jugak yang menjadi pengubat rindu aku. Kalau berjauhan dengan budak berdua nie, mesti aku rasa janggal. Sebab dah biasa bersama kan..??
Pernah gak aku terpiker kalau-kalau satu masa nanti aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti, apa agaknya yang bakal terjadi kepada mereka berdua. Nanti, hidup aku akan kembali sepi, macam dulu-dulu. Sebelum kehadiran 2 insan bertuah nie dalam hidup aku. Sebenar nya aku tak reti bercinta macam orang lain. Jadi aku curahkan seluruh kasih sayang aku kepada 2 orang nie. Pelik kan??tetibe je rasa tu muncul.
Hrmm..tu je kot yang aku boleh kongsi setakat nie..
P/s: Ain & Nur, yak sayang kitak 2 gilak-gilak..Arap kitak 2 jangan lupak yak mun dah besar kelak. Jadi orang berguna ok?? ikut jejak yak,masuk U juak oww.. ^_^ luv u.
No comments:
Post a Comment