Selamat Datang ke Blog saya..!!

Friday, 26 August 2011

Berpisah dengan Nurain Sumayyah

Memang rasa sakit.. tersentuh hati aku bila bertemu dengan Nurain Sumayyah. Baby yang telah aku jaga selama 4 bulan. Mungkin selepas ini aku akan rasa sepi tanpa suara tangisan darinya. Rasa sunyi tanpa senda dan senyumannya. Ain demam.. sudah 2 hari. Sebab itu dia tak datang jumpa aku. Aku sememangnya bersedia dengan semua yang akan berlaku hari ini. Aku berpisah dengannya kerana aku akan melanjutkan pelajaran lepas raya ni. Sebak hati aku mendengar tangisannya buat kesekian kali tengah hari tadi. Entah bila aku akan berjumpa dan memeluk Ain sekali lagi. Agaknya nanti, dia mungkin tidak mengenali aku lagi. Ain akan membesar di samping jagaan orang lain pulak. Walaupun jangka masa 4 bulan yang dirasakan singkat, tetapi aku sangat menghargainya. Setiap saat itu akan aku pahat kuat di ingatan. Ain akan berangkat ke Sabah untuk beraya bersama dengan keluarga sebelah papanya.Selamat Tinggal Nurain Sumayyah..!!
- Menitis Air mata..

No comments:

Post a Comment