Selamat Datang ke Blog saya..!!

Tuesday, 12 July 2011

Setiap kejadian ada hikmahnya..

Assalamm…. >_^

Buat pertama kalinya setelah beberapa bulan yang lalu, aku kembali menghantar anak buahku ke sekolah. Kenapa aku cakap macam tu..?? Ini kerana aku masih fobia/ trauma di atas kejadian yang telah menimpa kami berdua pada tanggal 23 May 2011 yang lalu. Percaya tak kalau aku kata yang  kami berdua telah accident motor..?? Tak…bukan kami berdua menjadi pelaku dalam kejadian itu, tetapi sebaliknya. Kami berdua menjadi mangsa di dalam kemalangan itu. Macam nie ceritanya…

Pada petang itu, tepat jam 4.55 petang aku keluar rumah untuk menjemput anak buahku pulang daripada menghadiri kelas fardhu ain di SJK(C) Chung Hua Simanggang. Maklumlah kan, waktu- waktu bergitu memang banyak kereta yang lalu -lalang sebab memang waktu pulang bagi orang yang bekerja kan..??Jadi, aku memandu motor dengan berhati-hati seperti biasa. Aku sentiasa berwaspada terhadap kenderaan yang lalu. Tidak ketinggalan, aku sangat peka terhadap lampu signal motorku sebelum aku masuk dan keluar simpang. Dengan perasaan yang berbaur , aku dengan penuh perhatian memandu motorsikal Honda Wave berwarna merah kepunyaan ayahku itu terus pulang ke rumah.

Setelah aku sampai ke simpang jalan utama kampung kediamanku iaitu Kampung Muhibbah, aku teruskan memandu  dengan perlahan seperti biasa. Sepanjang perjalanan itu, aku dan anak buahku itu membisu seribu bahasa. Mungkin anak buah ku itu letih kerana baru balik daripada kelas kan..?? Biasalah, budak-budak..

Saat yang mencemaskan…!!

Semasa aku ingin masuk ke dalam satu lagi simpang lorong untuk menuju ke rumahku, tiba-tiba aku rasakan belakang motor ku dilanggar. Macam mana aku tau yang motor aku kena langgar..?? Sebab aku dengar bunyi yang kuat datang dari arah belakang, terus mengheret aku dan anak buahku itu terbabas di tepi jalan.

Apa jadi lepas tu…??

Aku dan anak buah ku itu dihempap oleh motor yang aku pandu sehinggakan kami berdua tidak dapat berbuat apa-apa. Anak buahku itu cemas. Kerana kakinya tersepit dihempap motor. Aku..?? Aku juga turut sama dihempap. Kaki ku lebam bermula dari paha ke betis sebelah kanan kaki ku. Colourful gak kaki aku masa tu. Keadaan anak buah ku pulak..?? hrmm..kaki anak buahku itu retak di bahagian pergelangan kakinya. Semasa kami kena hempap tu, aku kesal sangat sebab aku tak dapat menolongnya untuk mengangkat motor tu. Sebab aku sendiri dalam kesakitan..

Siapa yang langgar..??

Nak tau..?? ternyata orang yang melanggar kami berdua ialah seorang wanita yang telah mempunyai dua atau tiga orang anak kalau aku tak silap. Semasa kami digerumuni oleh orang ramai, wanita itu mengaku bahawa dia tergesa-gesa ingin pulang ke rumah. Tergesa-gesa sampai langgar orang..?? Tambahan lagi, di kawasan kampung. Kenapa mesti pandu motor laju-laju di kawasan kampung..?? Rumah dia ada kaki kerr..??boleh lari..?? Sehinggakan dia melanggar kami seperti dia langgar anak ayam..??

Yang menyakitkan lagi, orang tak tanya dia samada mempunyai lesen memandu atau tidak. Orang akan tanya budak yang kecik dulu. Budak yang kecik tu, aku lahh.. Mak aku terus cakap dengan orang ramai tu yang aku ada lesen. Memang aku ada lesen memandu kelas B3. Sudah dekat tiga tahun aku pakai lesen tu.. Akhirnya aku, mak, dan anak buah ku itu terus pulang ke rumah kerana tidak mahu perkara itu berlarutan. Sampai sekarang, aku ingat lagi wajah wanita yang langgar kami berdua itu. Selang beberapa minit aku dan anak buahku sampai di rumah, kemudian wanita itu datang bersama suaminya malawat kami berdua. Entah kenapa, suaminya bemasam muka kepada kami sedangkan si isterinya yang menyebabkan kami berdua macam nie. Satu je yang aku yakin sangat, mungkin isterinya telah putar belitkan cerita pasal kami berdua kat suaminya. Biarlah, sekarang senanglah dia tipu suaminya tu..akhirat nanti dia jawablah dengan tuhan..!!

Kemudian pasangan itu bawa aku dan anak buahku ke hospital untuk diperiksa. Sepanjang perjalanan itu, suaminya tidak bersuara. Bisu kah..??Sebelum  anak buahku diperiksa, pasangan itu kemudiannya beredar dari hospital kerana ada hal yang perlu diselesaikan lalu meninggalkan kami berdua bersama kakakku yang sulung mentah-mentah di hospital itu tanpa menghulurkan apa-apa. Masa tu kami masih menunggu giliran untuk diperiksa. Maksud aku kan, minta maaf..?? ganti rugi atau apa-apa sajalah. Asalkan benda tu tidak menyebabkan aku memandang dia rendah..!! Manusia kan, memang susah nak mengaku kesalahan diri. Apa lagi nak minta maaf. Jauh panggang dari api..

Pada mulanya, kakakku dan suaminya ingin membawa perkara ini ke pihak polis. Tetapi, orang tua kami tak kasi. Biarkan.. tengok, kami yang menjadi mangsa masih tetap hormatkan orang tu. Sedangkan si pelaku tu tak reti-reti nak hormatkan orang. Geram kan..??

Kejadian nie terjadi pada dua hari sebelum aku menghadiri temuduga Medsi. Temuduga yang sememangnya  aku nanti-nantikan. Maklumlah, setelah aku gagal dalam temuduga pertamaku iaitu temuduga KPLSPM (Kursus Perguruan Lepasan SPM) tu, aku amat mengharapkan yang aku terpilih untuk menyertai temuduga Medsi. Pada masa tu, aku hanya ada satu peluang sahaja lagi untuk aku dapat capai cita-cita aku itu..iaitu jadi seorang pendidik laa..

Oleh kerana aku tidak ingin gagal buat kali kedua dalam hidup aku, aku pun mengambil keputusan untuk berjumpa dengan kaunselor sekolah. Dalam keadaan kaki ku yang belum pulih, aku jalan perlahan-lahan ke sekolah asalkan aku dapat berjumpa dengan cikgu Zuriati. Cikgu yang banyak membantu aku dalam temuduga itu. Banyak tau tips yang dia kasi kat aku tau..!! thanks cgu..


Nak tau..??

Semasa temuduga itu, confident level aku bagus sangat. Aku dapat jawab dengan baik setiap apa yang ditanya oleh panel kepada aku kecuali soalan Bahasa Inggeris. Aku dapat soalan yang berbunti : whats is ur favourite food?and why..Apalah aku nie, ditanya pasal soalan tu pun tergagap. Selepas tu aku cover balik dengan jawapan aku dalam Bahasa Inggeris.  Walaupun lintang-pukang aku cakap, tapi panel tu paham..itu yang penting. Aku conffident sangat sehinggakan aku terlupa bahawa aku baru je lepas accident. Pelik kan..?? Mungkin sebab aku terlalu minat terhadap profession nie kot..sehingga semua rasa sakit tu hilang dengan sendirinya. Tapi kita tak tau lagi keputusannya nanti macam mana kan. Sama ada aku layak atau tidak masuk Universiti dengan pointer aku 3.25. Semuanya akan terjawab 15hb nanti. Harap-harap dapat laa..



p/s : tu je kot yang aku kongsi setakat nie. Nanti aku sambung lagi yerrrkk..?? ada kerja nak buat. 

No comments:

Post a Comment