Selamat Datang ke Blog saya..!!

Wednesday, 21 December 2011

entahlah.. cubaan ketiga pun tak berjaya..!! Sabar itu penting.

aku sebenarnya ada urusan dengan pegawai polis daerah Tuaran, Sabah berkenaan dengan hal saman aku tu.bingung dah aku nie. hari nie, adalah hari ketiga aku berusaha untukbertemu dengan. 3 kali jugak laa muka aku turun naik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran. namun, keputusan yang aku dapat mengecewakan. aku gagal lagi, dan gagal lagi untuk bertemu dengan "beliau" yang bakal aku temui itu.

arrrrggghhh.. naik bosan jugak aku di buat nya. tension. macam-macam lagilah yang aku rasa. Pegawai yang aku nak jumpa tu sibuk tadi. mood dia tak bagus. bayangkan dari semalam lagi dia tak balik ke rumah sebab nak settle kan kes. Pihak IPD Tuaran tengah sibuk selesaikan kes kemalangan maut yang melibatkan bas daripada negara Brunei Darussalam sekarang nie.. aku sempat lagi tengok keadaan bas tu. sangat teruk..

 salam takziah kepada keluarga yang telah kehilangan orang-orang yang tersayang.
Al- fatihah..

Masa aku tengok tu pun aku rasa sayu sangat. dari bahagian depan bas sehingga pertengahan bahagian bas tu memang dah hancur teruk.dengan kerusi bas yang sudah patah, hilang, hancur.. cermin bus pulak pecah habis. Kemungkinan besar penumpangnya tak sempat diselamatkan. nama pun dah kemalangan maut kan. lepas tu, aku tengok lagi beg-beg penumpang yang dah hancur, dengan pakaian-pakaian yang telah pun bersepah.jadi, aku faham sekiranya tuan pegawai yang aku nak jumpa tu sangat sibuk kebelakangan nie.

aku jugak dikhabarkan kemalangan tu merupakan kemalangan melibatkan 2 negara. negara kita dengan Brunei. Bas tu merupakan bas persiaran. Ya allah.. meremang bulu roma aku bila mendengar khabar yang aku terima tu.

Dan aku rasa, dugaan yang aku dapat sekarang hanyalah kecik saja. jika nak dibandingkan dugaan yang dialami keluarga mangsa. aku berharap agar masalah aku nie dapat diselesaikan sebelum aku kembali ke Sarawak untuk bercuti. lepas rindu dengan keluarga tercinta di sana.


Nie laa.. aku di kampung.. hehehe. ^^!
Rindunya.. aku dengan kazen mazen aku la nie. lepas tu kakak2 aku.
Ya allah, permudahkanlah urusan ku.. mudah-mudahan aku dapat settle kan benda nie sebelum aku balik Sarawak.

No comments:

Post a Comment