Kenapa hati aku panas setiap kali tengok gamba dia dengan
perempuan lain..? betul ke aku sukakan dia?? Mmm. Pedih aku sedih.. rasa
kecewa. Macam cinta dikhianati pulak. ( macam laa aku pernah bercintan cintun
sebelum nie). Tapi, aneh bah perasaan nie..
Ke aku yang syok sendiri? Ya.. betul la. Aku syok sendiri
punya kes laa nie.. isshh2. “Cuba lah beringat sikit tujuan asal kau datang ke
sini. Kau tu datang sebab nak menuntut ilmu. Bukan menuntut cara nak belak. Waima
perasaan tu kau dah semai dari kau masih di Sri Aman lagi.”
Iyerr.. dia yang telah membuat aku jatuh hati 4 tahun yang
lalu. Agak lame kan aku jadi pemendam perasaan?? Aku sabar menanti benda aku
sendiri tak tau bila akan jadi pasti.
Aku kenal dia masa aku sekolah lagi. Aku form 4 masa tu. Dia
pulak form 6. Dia tu orang terdekat ku ja. Anak buah jiran sebelah rumah aku di
Sri Aman. Ingat lagi, masa kecik2 dulu aku salu gak tengok dia. Tapi kami tak
kawan laa.. mana lah aku pandai nak suka2 orang kan. Kan aku budak lagi masa
tu. Aku start berkawan dengan dia 4 tahun baru2 nie.
Masa dia nak pegi belaja di U dulu, entahlah kenapa hati aku
rasa berat nak lepaskan dia pergi. Aku takut, dia akan jumpa orang lain dan
lupakan aku di Kampung. Aku rasa tak perlu kot aku mention sapa dia. Cukup sekadar
aku cerita siapa dia dalam hidup aku. Istimewanya dia.. masa dia dapat tawaran
ke Universiti Pendidikan Sultan Idris tu kan, dia tak bagi tau aku pun. Korang nak
tau macam mana kisah aku dapat tau benda nie?? Mak dia.. Ibu Salmah masa tu ada
buat sedikit kenduri doa selamat (sedekah dekat masjid). Mamandangkan aku
dengan orang rumah aku bukan orang kuat pegi masjid. Jadi kan, ada laa kawan
mak aku yang bercerita dekat mak aku. Dipendekkan cerita, aku dapat tau dari mak aku daa..punya panjang kan
rantaian cerita nie. Aku diam2 ja masa tu. Dalam hati berbisik, hanya tuhan
yang tahu..
Mesti korang heran kan? Kenapa aku panggil mak dia Ibu? Bukan
ibu mertua ku. Bukan.. jangan salah faham dulu. Aku panggil ibu sebab itu gelaran
bagi orang yang berpangkat sharifah. Mak dia sharifah.. ya, Sharifah Salmah. Oleh sebab aku nie seorang yang
berbudi lagi berbahasa, jadi mak aku ajar aku supaya panggil mak dia tu dengan
panggilan Ibu. Panggilan tu istimewa bagi orang macam aku. Dan berharap dia
akan jadi ibu mertuaku.. isshh.. apa pulak ke situ nie. Melalut pulak..
sayangnya aku hanya bertepuk sebelah tangan.
Sambung lagi..
Masa tu hati aku dah.. tak tau macam mana nak explain. Pengalaman
jadi pemendam perasaan dengan dia nie. Isshhh.. susah laa nak cakap. Takda orang
yang faham barangkali. Aku selalu tau,kongsi cerita nie dengan kakak aku. Yang paling
rapat dengan aku tu. Yang nombor empat.. aku ada jugakk arr cerita dengan kakak
aku yang ketiga. Dia pun sporting gilerr.. walaupun dia seorang tomboy. Tetapi,
dia boleh salami perasaan aku. Sama macam kakak aku nombor empat tu.
Dari aku sekolah menengah, aku simpan perasaan. Bayangkan aku
dapat bertahan sampei aku belaja di U. punya lamak.. sebab aku nie jenis tak
mudah nak suka kat orang. Kalau dah suka, aku akan betul2 suka. Mungkin aku nie
seorang yang setia kot.huahua.. sepanjang tempoh 4 tahun nie,
macam2 aku alami. Kuat mental dan fizikal aku tahan perasaan aku tengok
dia di sana. Bayangkan lah korang, aku Cuma bertemu dengan dia masadia
cutisemester je. Itu pun..mmm.. faham2 je lah. Kadang-kadang dia datang rumah
aku. Tapi bukan la nak ajak aku kelua pun.just nak hantar barang (sedekah) dari
Wa (mak long) dia ja.. dan padamasa tu, adik lelaki aku dan kakak aku akan
riuh, bising..suruh aku yang sambut. Astaga.. malu pulak aku nak cerita nie..
aku simpan perasaan nie sejak aku sekolah menengah lagi. Masa
aku form 4. Bayangkan, aku mampu bertahan sampai sekarang perasaan tu. Sampai
aku belaja di U, aku masih setia sukakan dia. Punya laa lama..
Bila dia dah belaja di UPSI. Kami jarang. Eh, sangat
jarang..memang tak ada kot bermesej macam dulu. Aku sedih tau.. paling tidak
pun kami akan bermesej masa dia cuti semester. (siapalah aku kan..) . aku kalau
boleh tak nak ganggu pengajian dia di U masa tu.jadi, setiap kali bermesej,
jangan harap la dia yang akan mulakan. Asyik aku ja.. tapi tak pa, kan aku yang
suka dia. Jadi, wajar laa kalu aku yang hantar dulu. Nak tau, walaupun dia reply
dengan pendek, ringkas je, macam tak nak layan.., aku tak kisah. Malah aku rasa
happy, bahagia pulak. Pelik kan..??
Semester nie adalah semester terakhir dia di UPSI. Dan sekarang
aku tau, dia mesti busy dengan kerja final dia. Tesis lagi, assignment lagi
kan. Dan aku doakan dia lulus dengan segulung ijazah dengan kepujian.. Jauh di sudut hati aku, aku rindukan dia. Dan
aku tahu, tidak akan berbalas pun.
Kalau lah dia boleh dengar isi hati aku kan.. walaupun suatu
masa nanti dia akan bersama orang lain. Aku ok kot.. asalkan dia bahagia. Sekarang..,
aku hanya tengok dia dari jauh. Sama sekali tidak berhubung. Tapi, dia selalu
dekat di hati aku. Aku juga akan selalu rindui dia. Walaupun aku tak tahu isi
hatinya terhadap aku. Mungkin dia anggap aku hanya teman biasa sahaja.
:: kitak, kamek harap kitak jangan lupakkan kamek k. jaga
dirik kitak bait2 di tempat orang. Dan kamek doakan sentiasa kebahagiaan dalam
hidup kitak. ( walaupun kitak, sik tauk isi hati kamek).
"dan jika kitak mempunyai perasaan yang sama macam apa yang kamek rasa. kamek harap kitak setia macam kamek nunggu kitak selamak 4 tahun dolok. mun ada jodoh, bertemu lah kita gik.."
~sekali lagi menangis dalam diam.
No comments:
Post a Comment