Entri aku kali pulak pasal seorang sahabat aku nie.. lame
dah dia tak hantar khabar berita dekat aku sejak kami sama-sama menjejakkan
kaki ke U nie. Bukan main lagi dia sekarang. Last aku nampak dia masa cuti
semester hari tu. Itu pun dia baru lepas habis solat jumaat. Al-maklumlah,
rumah aku kat kampung nun dekat dengan masjid. Nak2 lagi masjid di kampung aku
tu merupakan masjid yang terdekat dari kediamannya.
Beberapa hari tu, aku ada gak lah terkenangkan dekat kawan
aku nie. Memandangkan kami sama kelas dulu kan. Aku lah antara budak Sarawak
yang rapat dengan dia. Tambah2 kan, dia nie seorang yang boleh masuk jugak
kalau nak dibawa melepak. Tak kering topic aku aku kalau dah bercakap dengan
dia. Walaupun kami nie datang dari lain2 tempat. Dia asalnya semenanjung tanah
air, aku pulak dari Malaysia timur. Kan tak sama tu.. dia sama macam seorang
cikgu yang aku kenal. Pun dari semenanjung gak. Aku mula kenal dia dari aku
form 4. Suka berkongsi cerita dengan aku. Erk..?? Mungkin sebab aku seorang
pendengar yang baik kot.. ecececeh.. masuk bakul, angkat sendiri pulak. Mintak
puji kan aku..?? alaa.. aku mintak puji tak pe gak, daripada aku mintak duit
korang..?? tak ke lain dah tu..
Ok, kita sambung. Sebelum tu, aku mati2 ingatkan dia dah tak
pakai lagi nombor tu sebab dia nie memang kaki tukar nombor lah. Sebab tu lah
aku pun tak nak bermesej lepas je aku ke UMS nie. Even masa aku rapat dengan dia dulu pun, dia
memang suka tukar nombor. Terutamnya dari nombor maxis ke celcom. Lepas tu
celcom ke maxis balik. Kalau tukar tu, tukar pakai guna nombor yang sama, tak
pe gak. Inikan.., nombor lain2. Angka pun lain2. Tapi, setiap kali dia tukar nombor tu, dia
akan kasi tau aku dulu/ bagi nombor baru dia dekat aku. Ingat lagi, salah satu
sebab dia tukar nombor fon sebab ada classmate aku sorang nie selalu kacau dia.
Jadi dia tukar la nombor tu. Aku tau pasal benda nie, sebab dia suka share lah
cerita2 pasal dia nie rimas ke, apa yang dia meluat/ tak suka. Berabis lah
member aku sorang nie. Jadi, yang selalu contact dia pasal apa2 benda dalam
pelajaran, aku lah tu. hehee
Tetiba nie…,
Kadang-kadang aku rindu nak kembali ke zaman sekolah. Aku
rindu cikgu-cikgu aku, aku rindu sangat dekat kawan-kawan aku.. aku rindu
tugas-tugas aku di sekolah.., aku sangat rindu nak pimpin pengakap di sekolah,
aku rindu nak tolong cikgu2 angkat LCD.. aku rindu nak main bola jaring. Yang
paling aku ingat sekali…, masa perhimpunan sekolah. Haiiiisshhh..,memang aku
rindu semua saat tu, buat semua tu. Sampaikan, bila aku on9, aku akan bukak
profile cikgu2 aku, profile kawan-kawan aku.. kalaulah mereka ada baca atau
terjumpa entri aku nie.. hmmm..
Ok, member aku nie mula2 tanya aku apa cite sekarang.. aku
tak tak pernah sangka dia akan hantar mesej terus reply mesej dia dan bertanya khabar.
nak dikatakan banyak topic tu tak lah sangat. Biasalah kan, dah lama tak
contact sesame sendiri. Tambahan kita sama2 ada tekanan dan tuntutan yang perlu
di selesaikan dalam masa nie. Untuk pengetahuan korang, dia sekarang belajar di
Universiti Sains Malaysia (USM). Ambik kos komunikasi media.. nak keja dengan
media prima konon cita-cita dia. Harap-harap dia boleh dapat la keja tu suatu
hari nanti.
Ok kawan, semoga kau baik2 saja d sana. Kita sama2 belaja di
menara gading. Hope kau bila keluar nanti dapat kerjaya yang kau idam-idamkan
selama nie. Kerja dengan salah sebuah syarikat penyiaran yang terkemuka di
Malaysia. Dan satu hari nanti, aku akan sebut.. “ ada gak kawan aku keja di sana..” dengan bangganya. Aku pulak akan teruskan dengan cita-cita aku.
Sorang cikgu geografi dan sejarah .. Insya Allah.. J
No comments:
Post a Comment