Selamat Datang ke Blog saya..!!

Tuesday, 20 March 2012

penantian itu satu penyiksaan..!!

punya power title..


tapi betol lah, menyiksa sesangat. sampai aku kering kontang dah nie. sebenarnya,ada masalah sikit je. kecik punya hal bah.., PTPTN aku untuk semester nie lambat masuk lah. ada masalah dalaman sikit. bukan aku sorang je yang tak dapat lagi pinjaman untuk semester nie. malah, semua budak tahun 1 dekat kampus nie belum dapat gak.apa2 pun.. sabar je lah. ok, dan pinjaman tu pulak dijangka akan masuk pada 4hb April 2012. hehe.. tak lame lagi.


bukan apa aku kisah sangat dengan PTPTN nie. sebab aku ada banyak benda nak dibayar. nak bayar baju t-shirt seragam untuk kos aku. al-maklum lah.. kami akan buat lawatan selama 1 minggu ke negeri ku tercinta SARAWAK pada cuti pertengahan semester nie. punya girang hati aku. tapi, pegi kali nie bukan untuk suka-suka. semuanya atas sebab assigment pasal sejarah sarawak. ececece.. iya lah kena buat semua tu. aku kan ambik minor sejarah. malu lah, karang budak2 tanya apa sejarah negeri sendiri, aku tak tau.. nak jawab apa lah kan?


selain tu, nak bayar yuran belaja untuk semester nie lagi, yuran lawatan.. walaupun dah ada sumbangan daripada pihak-pihak yang pemurah. syukur alhamdullilah.. ada jugak yang sudi menaja. tapi, kita kenalah aka backup plan kan. mana tau, dalam perjalanan nanti kita perlu bayar benda lain pulak ke. at least aku dah bersedia dengan sejumlah wang. sediakan payung sebelum hujan gitu.

baru-baru nie, aku dah set untuk ambik subjek geografi sebagai subjek major. insya allah, dengan izin nya.., aku harap dapat kuasai kedua-dua subjek penting nie. iaitu, sejarah dengan geografi. supaya seimbang..

beberapa minggu yang lepas jugak, kos aku drop untuk ambik subjek geografi fizikal. aku terkilan gak lah.kami disuruhdrop kan. kami kena buat macam tu sebab nak bagi laluan dekat seniorambik dulu. sebab mereka pun tertinggal untuk ambik pada semester lepas. pun atas sebab yang sama. senior mereka belum ambik. jadi, masalah itu pun berlarutan..

tu je lah kot setakat nie. nanti2 aku sambung lagi. babai


No comments:

Post a Comment