Selamat Datang ke Blog saya..!!

Tuesday, 24 April 2012

:: entah..::

ya.., aku tak tau apa yang aku rasa sekarang. rasa sedih, kecewa dengan diriku sendiri. apa nak jadi. tak kan dah hidup di alam Universiti dekat setahun, kesedaran nak dapat keputusan baik tu belum ada.. geram dengan diri sendiri.

baru-baru nie, aku dah dapat keputusan bagi subjek aku yang sangat bermasalah tu. risaunya.. aku cuma dapat separuh sahaja yang betul. mana tak aku tak kecewa. aku cuma dapat 15/30. bayangkan.., apa yang aku nak buat dengan result itu. dengan masalah penulisan assignment yang dah genap kali ketiga. masih kena tolak.. bila semua nie akan berakhir. kalau dah ditambah tolak, berapa sangat lah yang aku dapat kan.

aku bertambah down saat member aku tu dapat 24/30. iya, memang salah aku jugak kan. tak fokus dengan exam. tak dengar arahan, dan lagi.. entah. kusut aku memikirkan semua tu. ditambah lagi dengan lagak nya yang   cakap dengan semua orang pasal apa yang dia dah dapat. sekali dengan apa yang aku dapat. mana tak aku malu dengan diri sendiri.

lantas, kemarin, perjumpaan kali terakhir dengan pensyarah tu. aku ditanya, berapa keputusan yang aku dapat. aku hanya berterus terang tanpa melebar-lebarkan kata. muka pensyarah tu pulak. terkejut.., alaa.. janganlah terkejut sangat. saya bukan pelajar awak yang paling teruk. saya cuma tersilap sikit.

apa yang aku rasa sekarang.., aku nak tembak betul tepat dengan sasaran yang aku nak untuk semester nie. aku harap aku boleh. Insya allah..

kepada awak, rakan saya yang disayangi.. please lah, jangan bukak apa2 masalah saya kepada orang lain. apa yang awak buat nie betul2 menampakkan awak bukan jenis seorang kawan yang boleh menyimpan rahsia kawan.. harap awak faham. tak perlu awak gebang pasal diri saya.sekian..

No comments:

Post a Comment