assalamualaikum semuanya.. memang sangat lama aku tak update entri-entri baru di blog ne kan? bukan apa, sudah menjadi tuntutan utama sebagai pelajar, belajar. busy memanjang. ke hulu hilir. nak-nak sekarang aku duduk kat luar. tak tinggal kolej dah. malas nak buat rayuan untuk kolej berkali-kali sedangkan keputusannya tetap sama. kan lebih baik kalau kita tetapkan satu misi, kita teruskan untuk capai misi tu, then kita akan jadi tenang.
ok, lupakan sekejap pasal tu. apa yang aku nak cerita kali nie pasal persekitaran aku jugak.
kenapa perlu gusar dengan usaha sendiri, kenapa pula perlu khuatir dengan prestasi sedangkan tidak semua benda anda boleh ingat sekali gus pada masa yang sama ??
kenapa manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka ada? kenapa pula manusi tidak pernah puas? kenapa juga manusia sangat pentingkan diri sendiri? kenapa manusia selalu salah faham? dan kenapa juga manusia tidak jujur?
* baru-baru nie aku ada peperiksaan pertengahan penggal bagi satu subjek nie. rasanya tak perlulah aku nak kata itu subjek apa kan? satu bentuk ujian yang dinilai sepatutnya TANPA perlu ada perbincangan apa pun sesama sendiri daripada pelajar. tapi, yang aku rasa tak adil kat sini, diskusi demi diskusi tetap berlaku. walaupun dicegah.
kalau korang dah baca entri nie, apa eh komen korang? kita sama-sama penat. kita sama-sama memikul satu tanggungjawab yang besar sebagai pelajar. kita sama-sama pikul beban subjek itu walaupun berat. bukakah kita juga sepatutnya berlaku adil sesama sendiri? adilkah tindakan mereka yang tidak jujur sesama sendiri tu? aku selalu denganr ungkapa yang mengatakan bahawa "belajar untuk ilmu, bukan pencapaian". tapi berapa ramai antara kita yang betul-betul belajar kerana ilmu.
belajar demi pencapaian/prestasi sangat-sangat berbeza dibandingkan belajar untuk ilmu. bila kita belajar sebab pencapaian, kita kejar dunia. kita kejar segala-galanya. sehinggakan timbul sengketa dengan sahabat dek kerana menjaga kepentingan diri.
sahabat ibarat tiada nilai. wajarkah bergitu??
sehinggakan hari ini aku rasakan ada satu pertimbangan yang tidak adil di antara kami. ia melibatkan satu kelompok yang boleh aku anggap besar. menipu semasa peperiksaan. walaupun dapat hasil yang memuaskan (sedap didengar bila kita dapat keputusan yang memuaskan), tapi berapa ramai antara kita yang puas dengan pencapaian kita masing-masing?? berapa ramai antara kita yang bersyukur dengan apa yang kita dapat?
tapi kan, bila lepas ja habis exam tu, kami dapat lah markah masing-masing. kelompok yang berbincang tu, dapat markah yang boom2. meletup sana sini. tapi, bila pensyarah tanya kan mereka tak nak mengaku dapat markah tu. mungkin sebab rasa puas dengan prestasi, tapi bukan dengan ilmu yang mereka pelajari.
bukan iri, tapi tidak puas hati. aku rasa tidak adil. selalu aku mendengar keluhan keluar dari bibir-bibir mereka yang mengatakan kononnya mereka tak boleh nak buat, tak boleh nak angkat subjek yang berat. memang, memang kita lain-lain major. tapi, itu bukan alasan untuk kita kata yang kita tak boleh nak buat kan? yang namanya ilmu tu kena cari, walaupunkita jauh ketinggalan, kita kenalah kejar. kita kenalah capai ilmu itu sebaik mungkin. banyak bertanya kalau tak tahu. bukan tahu nak mengarah, macam orang tahu. sedangkan kerja yang dibuat itu salah.
oke lah, banyak pulak aku merapu kan? bukan apa, cuma nak utarakan rasa tidak puas hati ja. kepada yang berkenaan, bawa-bawaklah insaf.. tak guna makah tinggi melambung, sedangkan prestasi dan kedudukan anda itu, menganiaya orang bawahan anda.
No comments:
Post a Comment