Assalamualaikum sahabat, sangat lah lama aku tak update pasal diri aku di blog nie. hari berganti hari, minggu berganti minggu, berbulan-bulan dah aku senyapje.
ketika ini aku baru selesai dengan cuti semester ketiga yang berjalan selama sebulan. cheewwaahh.. perasaaan aku, happy, boleh tahan la... sebab lame tak balik kan. walaupun tak nampak *si dia*. tapi ada lah kami kirim berita/ hantar khabar. Setakat ini, hubungan kami macam biasa, redup je. panas tidak, hujan pun tak. tapi aku lebih selesa macam nie. tak tau kenapa. komitmen untuk pergi lebih jauh tu tak de lagi.
rasenya dia dah dapat posting kot. sebab senior aku pun baru-baru nie dah dapat keputusan posting tu.
dah 3 minggu keberadaan aku di Kota Kinabalu, rutin harian kembali sibuk. asiignment pulak dah mula diberi. masing-masing ada komen tersendiri pasal assignment. tapi, kita kena kuat kan..?? walau susuah macam mana pun cara nya.
keputusan peperiksaan akhir semester lalu bagi aku satu benda yang boleh aku jadikan pembakar semangat untuk jadi lebih baik pada masa akan datang. keputusan yang aku dapat sederhana je. tapi, ada banyak peniingkatan jika dibandingkan keputusan semester yang lain. aduhaii hati, jangan sesekali iri dengan kejayaan orang lain. :'(
*biar perlahan, tapi kita ikhlas dalam menuntut ilmu* kata member aku sorang tadi. bermakna sungguh perkataan tu kan? okey, may be suatu hari nanti aku dapat gak. kena doa, mintak, usaha, tawakal..
ermm, bagi aku, keputusan yang diperoleh patut dikongsi. bukan nak riak atau ape. habis tu, dah member tu sibuk nak tanya result kita, bila kita tanya dia balik, jawapan dia, *rahsia*. konon..??
orang tanya ja, bukan nya berniat nak canang dekat orang lain pasal diri awak okey. tak nak share, tak pa. mungkin member tu ada sebab tersendiri untuk itu. apa yang aku boleh buat, *JANGAN HERAN SANGATLAH*
okey, macam biasa, bila la bukak je semester baru, harus ada kawan baru, assignment baru, kajian lapangan terbaru, tempat pun lain, masalah yang baru *kot..??* harap-harap berjalan dengan baik. ok, geng, aku tercari-cari gak apa tips nak cemerlang nie. nanti, kalau aku dah dapat, aku share ya.
aku seakan faham ada satu dua mata tengah memandang.. errkk,, bahaya..!! kena dielak. mak cakap, jangan sibuk bercinta macam orang lain time belajar macam nie. sampai hari nie, aku tak pernah bercinta. okey fine, itu rahsia ok. ikut cakap mak.. orang kata, kalau kita dah bercinta, kita mesti bersedia untuk ditinggalkan. gerun pulak aku dengan statement tu.
ok geng, tu ja dari aku, ada masa terluang lagi aku merapu lagi di sini ya. wassalam.. :)
No comments:
Post a Comment