Selamat Datang ke Blog saya..!!

Monday, 3 October 2011

Ada peluang, tapi kena lepaskan.. Rasa sayang??

Yaa..sekali lagi aku nak luahkan perasaan dengan blog nie. tau..tak da yang baca pun kan..mungkin hanya antara aku dengan blog nie saja yang tau.ha~..*_*!
Aku dapat kol dari ibunda tercinta hari nie..rasa happy,excited sangat..sebab rindu kan..? Dia kol untuk bagi semangat supaya aku tidak meninggalkan hidup d Universiti nie. Ya mak.., sememangnya tidak ingin aku tinggalkan hidup indah yang bakal mewarnai masa depan ku nanti.. Insya allah, aku akan menjadi seorang pendidik pada masa akan datang. Mak dan bapak sememangnya menyokong setiap apa yang aku lakukan asalkan ia bertepatan dengan hala tuju hidup sebenar dan cita-cita aku. Mereka tau, aku dah mencuba berkali-kali untuk capai citi-cita ku ini. Sememangnya, bukan senang nak senang, bukan susah nak menjadi susah. Aku percaya itu.. Ingat lagi, masa tu aku gagal dalam temuduga bagi kos Pendidikan Seni di IPG. aku kecewa sangat.. dan hari ini, aku bangga, mak dan bapak ku itu berjaya menghantar anaknya ini di Universiti..

Mak aku kol sebab aku dah lulus temuduga bagi jawatan Pembantu Makmal gred C17 yang aku jalani pada beberapa bulan lepas bersama-sama kakakku Dayang Norsuhana. Dia terlebih dahulu mendapat keputusan temuduga dan jawapannya, dia gagal dalam temuduga itu. Sedangkan aku, kini sudah berada di Universiti mendapat panggilan untuk melapor diri di salah sebuah Wisma di Kuching pada 10 Oktober 2011.
Inilah yang aku katakan, peluang kerja sudah  ada di depan mata. Tetapi aku mesti lepaskannya bergitu sahaja. Aku redha..kena berfikiran positif, rasional.. percaya, rezeki ada di mana-mana. Sesungguhnya Allah telahpun merancang dan menentukan sesuatu yang terbaik buat aku.

Moralnya di sini.., bersyukur dengan apa yang ada. Jangan sia-sia kan peluang yang telah dapat. Kalau dah termasuk dalam profesion nie, jangan la pandai-pandai nak tukar pulak yerr..*_@!

No comments:

Post a Comment