Selamat Datang ke Blog saya..!!

Monday, 24 October 2011

~~Trip To Kinarut~


Di  sini aku nak cerita lah sikit pasal pengembaraan aku ke salah sebuah pekan kecil yang ada di negeri di bawah bayu nie. Seronok dapat pegi tengok tempat orang. Bukan selalu kan..?? Aku dan kumpulan kajian aku tu bergerak kira-kira dalam jam 5 petang macam tu. Jadi, sampai ke tempat yang kami nak buat kajian tu kira-kira dalamjam 8 malam. Sebab banyak transit bah kan.. aku pegi situ masa 22 hb 10, 2011 hari tu.hari sabtu..dam kembali semula ke kk pada keesokkan harinya 23hb 10.2011.lepas jak habis aktiviti kokum, aku terus pulang ke bilik nuntuk packing barang. Jarak perjalanan dari kk ke situ sebenarnya cuma mengambil masa setengah jam je..tapi, faham-faham lah kan,kami pegi jalan-jalan dulu..pegi beli makanan untuk makan malam. Lepas tu, carik van/bas untuk ke bandar kk. Carik lagi van dari kk ke daerah tu..
Setelah sampai ke pekan tu, kami kena bejalan lagi sepanjang 4 km ke rumah salah seorang daripada ahli kumpulan aku tu. Siti Aishah nama dia.  Tapi macam laki-laki perangainya. Dipanggil virus. Nama glamour gitu.. Dengan nakal nya tu. Tapi dia baik. Itulah menarik aku untuk mahu berkawan dengannya. Sepanjang perjalanan kami tu, kami lalu landasan kereta api. Dengan keadaan kampung itu jugak..memang nampak macam pedalaman. Yang nampak macam pedalaman tu, pada mula ja..tapi kalau dah masuk ke dalam lagi, jumpa pulak beberapa baris rumah teres. Dah la sepanjang perjalanan kami tu, aku dengar macam-macam. Tak taula, mungkin cuma mainan perasaan aku saja. Takut aku dibuatnya.
Lepas makan malam, berehat.., kami pun mula lah berbincang mengenai tugas masing-masing. Kembali kepada tujuan asal kakmi ke tempat tu. Habis bincang, kami pun mula ber,main “killer=killer”. Aku lah yang jadi pembunuh professional dalam permainan tu..haha.., syiok tau..kawan-akwan aku tak tau pun yang peranan aku dalam permainan tu sebagai pembunuh. Last main,mereka kata muka aku macam baik-baik ja.., lepas tu, kami pun main luah-luah perasaan. Sedikit sebanyak semua permainan itu membantu aku untuk mengenali mereka. Sampai je turn aku, aku dapat soalan daripada kawan-kawan aku dim man amereka bertanya pandangan aku mengenai mereka, apa aku ada couple ke tidak. Mana ada masa aku untuk semua tu.. aku terus terang ja. Yang aku nie tak da couple. Aku nie malu dengan lelaki. Tambah lagi di kelas aku sememangnya kurang bercakap dengan coursemate aku sendiri. Huhu..susah la jadi aku kan? Pendiam, pemalu lagi..lepas tu ada kawan aku tu dia cakap akunie jenis yang tak kan tegor  budak lelaki. Tapi kalau orang dah tego aku, tak aku masih nak diam.ya tak?
Keesokanngya, kami terus dengan kerja kami. Habis je keja, kami pun jalan-jalan pegi bundle, pasar tani.. sampai ke kk kami makan lagi. Then sambung lagi jalan-jalan pusing bandar kk..dah tak larat nak bejalan, baru lah kami ambik keputusan untuk pulang ke asrama..
P/s: banyak lagi sebenarnya yang aku nak cerita. Tapi,masa tu terhad..kita kena bijak uruskan masa.cheehh..!!



No comments:

Post a Comment