keadaan berlarutan hingga ke hari ini. nie dah hari kelima aras kediaman aku bermasalah. macam aku cerita sebelum nie. ada masalah dengan elektrik yang kian tidak berfungsi sepenuhnya. kami di aras nie hanya bergantung dengan lampu meja saja. dengan berbekalkan kipas yang kami beru beli 2 hari nie. sebab dah tak tahan hidup macam nie. macam mana nak belajar kalau tak selesa kan? korang pun faham macam mana rasanya kan.. gelap.. nak mandi, kada hajat, even nak berwuduk pun naik lah ke aras atas. sebab kat sana rasanya lebih selesa. terang.. jadi, tak lah takut sangat kalau nak buat semua tu.
Berbalik kepada topik utama..!!
apa yang aku nak cerita nie memang betol2 aku tak sangka akan terjadi. benda nie terjadi semalam tau. macam biasa, habis je belajar, aku tidur lah. sebab esok kena bangun awal lagi. bilik aku nie samar2 je. tak lah terang sangat. kebiasaan yang aku buat, nak tido baca doa. memang benda yang aku selalu praktik kan selalu.
roommate aku belum tidor lagi masa tu, masih nak habiskan ulang kajinya. yang sorang lagi tengok movie. jadi mereka berdua lah yang masih terjaga. aku tidur semalam dalam jam 12 malam macam tu.
kira- kira dalam 10 minit lagi nak menuju ke jam 4 pagi. aku mimpi buruk. sangat buruk.. tak tau macam mana nak cerita. aku rasa belakang leher aku dah dikunci rapat. sehinggakan aku tak dapat nak gerakkan badan aku. Masya allah.. aku dalam keadaan sedar masa tu. aku nak mengucap, nak sebut Astargfirullah pun tak lepas. aku terus mencuba lagi. aku sangat2 mencuba baca ayat kursi. korang tau kan, kalau ayat kursi kan bermula Allah hu la illa ha ila.. aku mencuba berkali-kali untuk baca ayat kursi. aku nak sebut Allah aku rasa seakan-akan lidah aku tidak dapat nak sebut. aku gagal jugak.
aku seakan-akan nampak satu lembaga di sebelah aku. dengan tangan nya mara ke bahagian depan. seakan- akan ingin bertindak mengunci bahagian depan leher aku. aku seolah-olah nampak dengan jelas. lembaga tu berkuku hitam. betul-betul dia ada di sebelah aku.
Ya Allah, hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa masa tu. aku sangat takut. oleh sebab aku sudah hilang kemampuan untuk membaca dengan jelas ayat-ayat suci al- Quran. aku cuba lagi bagi isyarat dengan 2 orang roommate aku tu. dengan harapan yang sangat-sangat supaya mereka mendengar aku tengah panggil, mintak tolong untuk dilepaskan. aku bagi isyarat, aku cuba sedaya upaya gerakkan kaki aku supaya mereka nampak. di samping tu aku berusaha membaca ayat-ayat suci al-Quran. aku dalam dunia tu, menangis mintak tolong..
aku dalam keadaan sedar semasa roommate aku macam tengah bercakap-cakap nak kejutkan aku. aku nampak jelas pergerakan mereka berdua masa tu. sangat jelas. mereka dapat isyarat aku tu. setelah mereka toleh 2 kali. aku seperti orang yang mengigau. seakan-akan menangis teresak-esak. dan...
Alhamdullilah, mereka berdua bertindak cepat sebelum tangan lembaga tu sampai bahagian depan leher aku. aku terus lepas dari dikunci. aku bersyukur sangat-sangat lepas dari mara bahaya tu. aku sedar je, aku terus baca ayat-ayat yang aku try nak baca masa aku kena kunci tu. sangat lancar.. tidak macam semasa dalam kejadian tu. bacaan aku tersekat2.
aku bersyukur sangat2. muka aku pucat barangkali semasa peristiwa tu. bila roommate aku tanya, lalu aku mulakan cerita yang aku di pasong oleh lembaga berkuku hitam. roommate aku terkejut sangat,. mujur mereka bertindak cepat. sampai menangis2 aku cerita. aku takut sangat. lepas tu akutak tidur lagi. sampai subuh. katakan lah.., mereka tak endahkan igauan aku malam tadi, tak tau apa yang berlaku hari nie. kita kena ingat, "nak hidup tu Insya Allah.. mati, memang pasti berlaku." jika ditakdirkan aku mati semalam?? apa yang berlaku pada hari ini..?? kita tak tau kan? semua tu di tangan tuhan yang esa.
aku pun ada gak lah tanya, macam mana keadaan aku masa tu. mereka kata, kaki aku goyang2. badan aku kaku macam tu. aku seakan-akan teresak-esak menangis. korang nak tau, masa aku kena tu kan, aku teriak panggil nama mereka berdua. aku cakap, "zati, zilah.. cepat.. tolong kamek. tolong.." aku sebut tu berulang-ulang kali. rupanya, yang mereka dengar hanya esakan dan isyarat dari kaki aku sahaja.
Lepas subuh, sampai jam 7 pagi aku dapat bertahan. dan aku kembali tidur lepas tu.sebab dah siang gak. jadi aku ambik keputusan untuk kembalitidur bila ketakutan aku kembali reda.
P/S: kita kena ingat jugak, kita memang tak nampak makhluk Allah yang itu. memang jugak, tak semua orang dapat tengok. TETAPI, jangan lupa.. dia boleh nampak manusia. dia boleh nampak kita. jadi, jangan sekali-kali cakap besar yang korang tu berani sangat. takabur..
No comments:
Post a Comment