Betol.. aku susah sangat nak baring di atas
katil milik aku tu. Sebaliknya aku lebih selesa baring di tilam milik kawan
aku. Tak tahu lah, aku rasa semacam je kalau baring dikatil aku. Aku
teringat-ingat dengan benda yang jadi beberapa hari yang lepas. Yang macam aku ceritakan sebelum nie.
Hari ini hari kelapan, kami bergelap di
bilik. Keadaan yang sama, di aras yang sama. Elektrik kami bermasalah. Dan kami
hanya mengharapkan lampu meja sebagai alat untuk menerangkan bilik kami. Bilik
nie besar.. jadi, cahaya tu merebak pun besar lah. Tapi, jadi samar pulak.
Nak-nak lagi di tempat aku nie hah, lampu meja aku udah lah tak dapat dipakai.
Pun rosak jugak. Apa laa… semua rosak. Rosak sana- sini. Binggung pulak hati aku
kalu benda nie berterusan. Nie ha, pintu bilik nie pulak dah rosak 3 hari.
Kalau kita tutup pintu tu betul2, tutup dengan kita tolak pintu tu jadi
tertutup rapi. Habislah.. terus tak dapat masuk bilik lagi lepas tu. Itu kalau
situasinya kita di luar bilik. Sebab dia terus lock sendiri. Entah kenapa,
sejak kebelakangan nie, macam2 dah terjadi kat sini.
Keadaan aku yang kian takut menjadi-jadi.
Sampaikan, bila aku pejam mata, aku akan terbayangkan benda tu. Bila aku nak
terlelap, maka badan aku akan tersentak sendiri. Aku boleh jadi macam terkejut dengan sendiri.
Sudah 2 hari nie aku try tido lambat.
Kira-kira jam 2-3 pagi macam tu. Sebab takut satu, satu lagi, sebab nak
habiskan ulang kaji aku tu. Kan nak final exam jugak kan..?? habis je kerja aku
tu. Aku akan tidur di tilam kawan aku. Mujur dia seorang yang memahami. Thanks
Zati..!! Paper aku hari jumaat mula..
bermula dengan paper Kemahiran Berunding, kursus PPIB. Dan akan berakhir 14
hari bulan untuk kertas ko-kum.. aku ambik PIDATO.
Dan aku akan balik ke Sarawak pada 15hb.
Kira-kira 13 hari dari sekarang. Aku
berangkat dari Kota Kinabalu jam 8 pagi. Kira-kira dalam jam 9.25 pagi macam tu
aku sampai lah di Kuching. Lepas tu gerak lagi ke Sri Aman. 4 jam dari
Bandaraya Kuching. Jauh jalan aku lepas nie.. tak sabarnya.. kadang-kadang aku
bosan gak lah duduk ditempat orang. Nak-nak lagi situasi macam nie. Kita tak
tau nak buat apa. Terperap je di bilik.
Aku juga harap dapat jumpa dia balik cuti
semester nie.dengar-dengar semester nie jadi semester terakhir dia di UPSI tu.
Hehehehe.. mengharap jekan..?? tak salah.. J
No comments:
Post a Comment