Syukur ke hadrat ilahi. Atas limpah kurnia- Nya aku dah
berjaya selesaikan masalah yang selama ini membelenggu hidup dan perasaan aku. Hari
nie 3 Januari 2012. Lega nya.. rasa ringan sangat perasaan dan hati aku
sekarang. Rasa senang sikit nak focus dengan peperiksaan akhir semester tak lama lagi.
Urusan apa?? Laa.. urusan saman laa.. syukur, surat rayuan
ku diterima. Tadi aku pegi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kepayan, dekat dengan
Terminal 2. Lapangan Terbang Mas tu. Tak jauh sangat dari Lapangan Terbang Air
Asia di Terminal 1 tu. Cubaan ini merupakan cubaan yang kelima aku, bagi urusan
saman sahaja. Akhirnya, Allah perkenankan usaha aku tu. Alhamdullilah.. kali
nie aku ditemani oleh kawan ku dari Sarawak. Memang dah masak lah.. teman kan
aku pegi ulang alik ke Tuaran, ke Kota Kinabalu, ke bandar lah tu.. ada je lah
benda yang kami nak urus. Walaupun
berhujan tadi.. hohoho. Memang terbaeekk lah kawan-kawan aku nie. Nama dia..??
Syer, Afzan dan Bazilah (roommate aku).
Sebenarnya, selain tu kan, aku ke sana atas tujuan nak
tukarkan tarikh penerbangan aku ke Sarawak. Nak tau tak..??hehehe..keja aku..??
lalai sangat. Cuai. Tak tengok betol2 masa beli hari tu. Bengong nya aku kan.
Nahh, kan dah melayang duit RM123 aku semata-mata nak tukar tarikh tu kembali
kepada tarikh yang asal. Insya allah, aku akan pulang ke Sarawak 15 Januari
2012 (Ahad). Dalam tiket aku yang aku tengok dalam email yang aku dapat kan,
tarikh nya bukan main jauh. 15 FEBUARI 2012 (hari rabu). Dan aku return smula ke
Kota Kinabalu pada 20 FEBUARI 2012 (isnin). Bayangkan lah, kalau aku tak
perasan yang tarikh sepatutnya aku bebrangkat ke Sarawak tu semalam. Kan jadi
haru..!! errrgggghhh.. aku stay lah di asramanie sorang-sorang sampai 15
Febuari tu. Tambahan, kalau aku ikutkan tarikh yang sedia ada tu,aku cuma ada
di Sri Aman 5 hari je..!! mana cukup..!!??
Itu pun tadi kan, roommate aku bermurah hati pinjamkan duitnya RM100
dekat aku. Katanya, dia tak nak tengok aku stay sorang-sorang di asrama nie
haa..
Adooiii.. jadi menyusahkan pulak. Apa-apa pun, TQVM Nur
Bazilah Ghazali..!!
Satu lagi berita yang mengembirakan, lampu dan kipas di
bilik aku dah kembali berfungsi seperti sedia kala. Seperti 1 minggu yang
lepas. Nah.., ini baru bez belaja. Terang haa.. Happy Gilerrr aku dengan
roommate aku yang tiga orang tu. Norizati, Monjia dan Bazilah tadi. Hahaa..
Macam mana pulak sambutan tahun baru korang..?? seronok..??
walaupun dah berlalu 3 hari yang lepas, aku tetap gak nak cerita pasal
pengalaman aku sambut tahun baru di tempat orang dengan keadaan yang tak
bergitu menyenangkan, tapi sangat bermakna..!! haaa… nak tau..??
Macam nie, malam tu hanya aku, Zati dan Mon sahaja di bilik.
Kami sambut tahun baru dalam gelap. Tengok bunga api yang dimainkan dari jarak
jauh, hanya di bilik. Terasa rindu sangat dengan Sri Aman kalau pasal sambutan
tahun baru nie. Meriah… tapi, tahun nie.. aku sambut di Kota Kinabalu. Di
kampus lagi tu. Dengan roommate ku 2
orang tu. Aku sanggup berjaga. Caranya, aku tengok laa movie. Malam tu,
aku layan movie “Aku Bukan Tomboy”. Syok jugak laa filem melayu sekarang nie.
Gelak habis lah aku.. mana bisa tahan..!!
Eh2, melelat pulak ke sambutan tahun baru. Okey U’ oll.. tu ja kot yang aku nak share setakat
nie. Nanti2 aku cerita lagi pasal luahan hati aku. Hehehe.. Assalam.. ^_^!
No comments:
Post a Comment