Selamat Datang ke Blog saya..!!

Friday, 6 January 2012

selamat menjalani peperiksaan ..

hari nie paper pertama aku untuk kursus di bawah Pusat Penataan Ilmu Bahasa di UMS. kursus yang aku duduki tadi, kursus Kemahiran Berunding..haa.. ini merupakan kali kedua aku menjejakan kaki ke Dewan Kuliah Peperiksaan tu. gila tak nervous. kali pertama aku pergi hari tu kalau tak silap aku baru 2 minggu di Universiti nie. aku ditemani rommate aku tu. Monjia namanya. etnik dia Kadazan Dusun.

Ingat lagi.., masa tu kami berdua siap berlenggang-lenggang nak pergi ke DKP tu. bukan main lagi. tup-tup baru sampai di pintu depan dewan, ada sekumpulan anjing yang sedang berehat- rehat dekat tempat parking kereta. aku pun terkejut lah. sebab ternampak dengan tiba-tiba. aku tak sangka pulak ada anjing di situ. bila aku terkejut, anjing tu terus laa bagi respon seakan-akan nak kejar. aku apa lagi, cabutlah.. belum sempat aku nak lari jauh, si Mon pun tarik beg aku. dan cuba tenangkan aku. pucat lesi muka aku weii.. rasa nak tercabut jantung aku ne. Mon jugak cuba tenangkan anjing tu masa tu. Yang heran nya, bila aku berhenti nak lari kan, anjing tu kembali semula ke tempat asal dia mula-mula berehat tadik. Si Mon siap bersiul lagi, kononnya nak buat kita nampak relax depan anjing tu. magic nya..!!

sejak dari hari tu, aku langsung tak pijak lagi tempat tu. aku fikir-fikir balik, kalau boleh aku tak nak ambik kelas yang akan dibuat (diadakan) dekat situ. sebab kisah tu lah. udahlah aku nie memang sekian takutkan anjing, dikejarnya lagi. rasa nak pengsan pun ada.

sama jugak dengan asrama aku nie haa.. anjing boleh naik sampai aras tiga. itu lah, kalau nak kelua siang tu pandang-pandang, nak keluar malam-malam, dengar-dengar jugak. kot-kot dia ada lepak kat luar pintu bilik aku nie. tak ke naiya aku kalu digigit nya nanti. setakat nie, yang paling terok aku rasa kena kejar lah. bab-bab gigit nie mintak jauh.

selalu gak lah aku dengar dan nampak ada pelajar yang kena kejar, lepas tu sampai cedera digigit nya. gila kan itu anjing..!! meroyan tu.., sebab anak nya dah diangkut/ dialih ke tempat lain hari tu. lagi satu, kalau anak dia ada di sisi kan, dia lagi garang. garang dia sebab nak protect anak nya tu. sedangkan kami, jangan nak sentuh anak dia. nak tengok pun tak nak lah..!! dia yang perasan. macam lah kita heran sangat dengan anak nya tu. huhu.. (eh2, jangan riak dayang..!!)

bikin panas jak anjing tu kan..!! ^^!
moralnya kan, sedangkan binatang pun sayang anak dia sampai macam tu sekali, tapi manusia..?? anak dibuat macam sampah..!! dibuang sana sini. isshhh.. aku pun heran kuagak. terpikir jugak aku mana silapnya sebenarnya di situ.

apa pulak mengarut sampai ke kisah anjing. kan aku sepatutnya cerita pasal peperiksaan kan. ayoyo..!!

No comments:

Post a Comment