Iya.., aku dah di Sri Aman genap harikelima pada hari
ini. Peperiksaan terakhiryang aku duduki
pada 14 hb Januari hari tu kertas Pidato. Habis je paper tu, aku pulang ke
Sarawak pada keesokkan harinya. Segala-galanya berjalan lancer. Cuma pada masa
aku mendarat di KIA hari tu. Mukaaku
nervous sikit. Sebab aku tak nampak kelibat keluarga aku nak menjemput aku di
sana. Aku apa lagi.. udahlah muka memang tak berapa nak seri. Kena lagi dengan
situasi gitu, haa.. pucat ler..
Yang tu pasal macam mana berakhirnya peperiksaan aku hari
tu. Sekarang aku nak cerita pasal berakhirnya kelas demi kelas yang aku ambil
masa di Semester 1. Ok, kita mula. Kelas pada hari isnin, aku ambikkursus
hubungan etnik. Macam mana kelas tu
berakhir agak mengelikan hati aku kalau dikenang-kenang. Aku dengan 2 member
aku boleh salah naik bas.
Macam nie kisahnya..
Malam tu hujan lebat sesangat. Sampai nak berteduh di stesen
bas pun tak nyempat2. Sebab banyak orang kan. Jadi kami berteduh je lah di
payung masing-masing. Masa tu, adalah sekumpulan budak perempuan nie. Sok sek bercakap pasal
bas yang bakal berhenti di depan kami tu. Kononnya bas tu merupakan bas yang
akan ke kampung @ kediaman kami. Kolej Kediaman CD. Aku apa lagi, ditarik oleh
kawan rapatku si Yuyu. Dia yang paling menang nak naik bas tu. Sebenarnya bas
tu bas kediaman E. budak kampung E pun berdiri naik bas. Kami yang dari kampung
CD, tu hah.., duduk terus. Dapat tempat duduk. Haaha..
Dalam perjalanan tu, aku sempat bertanya dengan Yuyu. Aku Tanya,
“yuyu , kamu tak rasa kita salah naik bas ka??” .Malam tu, aku ingat lagi.
Radio yang dipasang menyanyikan lagu Matahari oleh Amuk. Sambil layan lagu tu,
pada masa yang sama aku dah perasan yang bas tu bukan bas kolej kediaman kami.
Adoohhaaii.. udahlah bas tu bukan bas kolej kami. Hujan lebat pulak malam tu.
Sampai je di kediaman E, kami cuba dekati driver bas untuk
mintak dihantarkan ke Kolej Kediaman kami. Aku nampak air muka driver tu macam
meluat, marah je tengok kami bertiga. Aku pun bersuara, kata.. kalau tak dapat
hantar, kami jalan kaki pun tak apa. Lepas tu, driver tu pun hantar lah kami
kembali ke Kolej kami tu. Punya kasar dia.. masa bawak bas tu, dia bawak laju,
lepas tu buat brek mengejut. Takikhlas lah tu.. haa.. sabar je lah.
Kesokkannya, hari selasa pulak, aku ada kelas BI pada malam
nya. Masa siang aku free memanjang. Jadi, masa siang yang ada tu, aku
manfaatkan untuk ke Tuaran. Uruskan soal saman aku tu. Nak kemukakan surat
rayuan. Dengan masalah peda pagi tu, kereta yang hendak disewa tu tak ada. Jadi
aku ambik keputusan untuk ajak roommate aku pegi pada sebelah petang. Ok,
keputusannya tetap sama.. GAGAL..!!
Jadi, kami kembali semula ke kolej jam 5.30 petang. Macam
yang aku katakana tadi, aku ada kelas BI malam tu. Jam 7 malam. Entahlah petang
tu, lepas aku asar kan, aku rasa penat sangat. Jadi aku baring lah sekejap.
Harap-harap dapat hilang kan rasa penat aku tu. Sekali aku terover sleep.. mati
lah.. aku bagun jam 6.40 petang. Sedangkan kelas kami pada hari tu bermula pada
jam 6.30 petang. Kaluaku tak ingatkan nak presentation malam tu, aku rasa aku
takdatang kot kelas tu. Terkejut besar aku masa tu. Dah tak sempat nak buat
apa2. Nak cuci muka pun tak sempat.., apatah lagi nak berus gigi. Jauh sekali.
Bagun je aku dari tidur, aku nampak keadaan di luar tingkap gelap sangat. Aku
pun panic dan bertanyakan kepada roommate aku tu, dah masuk pukul berapa.
Dikatanya jam 6.40 petang. Aku mengelabah, lalu aku tarik terus kain tudung,
beg dengan helaian kertas yang aku perlukan masa presentation tu. Kelam kabut
lah. Sampai je di aras bawah, aku terlupa pulak dengan buku aku. Dah tu, mintak
roommateaku balingkan buku aku tu dari tingkat atas. Sampai je di stesen bas,
bas pulak lambat sampai. Lalu aku didatangi roommate aku tu. Dia nak hantar pencil
box aku pun terlupa sama. Maklumlah, keadaan macam tu. Apa benda pun tak ingat.
Sampai je di tempat kelas aku diadakan tu. Aku berjalan
dengan penuh debaran. Masa terus berlalu. Dah dekat kan.., tetiba..
Pensyarah yang nak ajar kami tu, belum sampai lagi. Huh..!!
lega hati aku masa tu. Then, kelas kami mula tepat jam 7 malam. Ngam2.., tak
lama lepas aku sampai,pensyarahtu pun masuk kelasa gak.
P/s: lain kali tu, biar peka sikit dengan
keadaan. Ingat senag ke nak k
No comments:
Post a Comment