Selamat Datang ke Blog saya..!!

Saturday, 10 March 2012

:: Mencinta diam2 ::






Bila hati bersuara,
Bibir  seakan-akan ingin berkata..
Jiwa pula gundah gulana,
Mencari-cari di manakah dia..

Saat hati mula terusik..
Angin seakan didengari gemersik..
Masa itu seakan mahu dikembalikan..
Untuk mengubah semula keadaan..

Jika  masa dapat dihentikan..
Sama ada boleh diputarkan..
Akan aku cuba kumpulkan keberanian..
Untuk aku lafazkan..
Segala apa yang terkandung dalam perasaan..

Wahai engkau jejaka pujaan..
Cuba engkau dengarkan..
bisikan perasaan..
Yang telah lama aku simpan..
Menungu saat untuk aku luahkan..

seMemangnya sukar untuk dimengertikan..
Kisah yang hanya
Bertepuk sebelah tangan..
Moga suatu hari nanti
 ada kesempatan..
segala-galanya dapat terluahkan..



hai pembaca-pembaca blog saya..!! ~amboiii..!! ape lah berita2 sensasi dalam list sekarang nie kan?

lame dah aku tak menulis lagi di blog nieh. sekembalinya aku di Kota Kinabalu untuk meneruskan perjuanganku buat semster ke-2. 

apa pulak yang bakal terjadi untuk semester kali nie??
aku berserah ja.. tapi still berharap nak dapat result yang lebih memuaskan nanti. Insya allah..

cuti semester 1 yang lalu akumanfaatkan sepenuhnya. ada khabar yang mengembirakan, malah ada khabar yang menyedihkan telah berlaku. 

ok, kita mula sekarang..,
pertama sekali al-fatihah kepada nenda Dayang Siti binti Awang Tra yang juga merupakan adik kepada nenek aku yang telah kembali ke rahmatullah pada 27 Januari yang lalu. Bersamaan hari Jumaat. semoga rohnya dicucuri rahmat sentiasa. Aminn..

suratan atau kebetulan.., aku sempat menziarahinya ketika dia sedang sakit sehinggalah dia kembali ke rahmatullah.. sama sekali aku tidak menyangka pemergiannya secepat itu. nenda meninggal disebabkan berlakunya komplikasi pada kedua-dua buah pinggangnya yang telah lama gagal berfungsi. Di samping, dia juga mengidap penyakit paru-paru berair.

lupakan seketika kesedihan itu..
sekembalinya aku ke Universiti membawa perubahan yang besar dalam diri. aku rasa aku semakin pandai berdikari. Aku berangkat dari Kuching International Airport (KIA) ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA) seorang diri.. percaya tak..?? hehehe..

lantas dari KKIAaku terus ambik teksi ke UMS. mula-mula tu memang rasa tak keruan.. nervous.. kalau aku takbelajar dari sekarang, sampai bila aku nakbergantung kepada orang lain kan?

ok, sepanjan perjalanan aku tu, aku sempat berkenalan dengan seorang budak yang kebetulan pada masa  itu dia jugak nak ke UMS bagi pendaftaran Kursus Perguruan Lepasan Diploma (KPLD). jadi, dia mintak tolong aku untuk tunjukkan jalan ke Uni aku tu. oleh sebab aku nie seorang yang baik hati, ececehceh.. aku pun tolong dia tunjukkan jalan. budak lelaki tu aku bawak sekali sama teksi dengan aku memandangkan kami menuju ke tempat yang sama. apa salahnya kan..??

lepas je aku selesai turunkan dia di UMTP, satu-satunya unit multimedia di tempat nie, terus aku tak nampak lagi kelibat dia sehingga hari nie. Walaupun dia sama sekolah dengan aku di SekolahPendidikan dan Pembangunan Sosial, tapi susah nak jumpa lah.

apa yang lebih kesal lagi, aku tak tau pun nama dia. apatah lagi nak simpan nombor telefon dia.. al-maklumlah.. aku nie bukannya suka sangat berkenal-kenalan nie. niat aku ikhlas nak tolong dia. semoga Allah memberkati apa yang buat. Insya allah.. walaupun aku tak tau nama dia. tapi, ingat lah muka dia sikit.. kebetulan jugak dia senegeri dengan aku. cuma dia orang Sibu. sedangkan aku pulak dari Sri Aman.

ok, tu je kot yang aku kongsi setakat nie.  kalau ada masalagi, aku update lah entri di blog nie. maklumlah.. sekarang nie memang musim assigment tengah berlambak2 mintak diselesaikan. baik aku pegi kerjakan benda yang patu dulu.  

Satu lagi, puisi tu aku tulis sendiri. kebetulan ada ilham. dan aku teringatkan dia.. hee~



No comments:

Post a Comment