Selamat Datang ke Blog saya..!!

Thursday, 26 April 2012

:: kecik ati ::

Assalam.. apa khabar GHS..?? bagus ka? sorry ya, kali tuk entry aku berbunyi selenk Serawak ikit. sebab mun di tulis make bahasa nok dipaham semua orang,  sik dapat lah aku nak meluah abis2 nak.. selalu sik nenga urang kadang-kadang meluah bukan dari mulut, tapi di hujung pena.. auk, wujud urang macam ya. antaranya, aku.. aku lebih suka meluah make tulisan2 aku mun nak dibanding kelaka macam urang lain. lalu.. dipendekkan cerita..

 ok, macam tuk kisah eh..

awal pagi tadik, aku bangun awal.. adalah dalam jam 4 lalu pia. kata hati maok print keja nak dipolah aku pake presentation siang tuk. lalu solat Subuh sekali.. habis jak semua keja aku polah, aku pun print.

bila jak aku nak print..

maklumlah nak, tali printer kita nie lah panjang sedepa. minak besar kangkang kerak jak. lalu, aku pun ambik lah extention wayer di bilit aku ya. sorry lah,  mun ejaan aku sik betol cikit. arap kitak urang paham lah apa maksud aku tuk.

ok, sambung..
lepas aku ambik tek nak, lalu kipas duduk ya dipadam lah. bukan lamak nie jak pun aku mok make nak barang ya.. kejap jak. bukan nya aku sik bayar juak masa beli dolok. nak ya barang kongsi nak. iboh lah kita pia gilak. kecik ati ku.. sak mun sidak make barang aku, ambik, pake kain  tudung aku indah, sik da aku berkira. senang ati jak aku jamek. walaupun, jauh di sudut hati.. rasa riso barang rusak. semua ya aku tepis. ngenang kawan. dijadikan cerita, iron aku berapa kali gugok pecah retak entam cdak. sik da ku bunyi. agik wak aku jamek waima barang2 abis patah jejah oleh sidak. bukan nak ngungkit, aku cuma berkenang jak.

auk, dah aku print tek nak. sik sengaja lah aku tek.. sebab aku nak make ya bentar jak bah. sekejap... jak. lalu nak, ya nya bisin. auk, nya.. roommate aku urang meno juak. cam tuk bunyi eh : kipas, kipas..kipas..!! nie kipas tuk? makin kuat, makin nyerin sora nya ku denga. lerap-lerup jak ny. bunyi manas.. lalu, apa rasa kitak urang mun dipolah urang pia. tersinggung sik? tersinggung nak.. dah aku nenga nak pia tek, aku pun nyaut : auk, kejap zilah. lak gik kamek mukak kipas gk. kamek agik make wayar tuk. terus masam muka nya.


 kecik bena ati aku dipolah nya pia.. sedangkan aku, sik kalak,sik mudah nak meninggi sora ngan urang. nie gik nak kelaka kasar. tapi, pagi tadik, sik nyangkak ku, nya dah ngeso belang.. mungkin lamak tuk nya ada sik rajin ngan aku.nie lah kita tauk nak.. ati urang. mungkin nya pernah tersinggung dengan tingkah laku aku. dalam aku manusia biasa, aku sik lepas dari molah kesilapan juak.

kawan, andai kamek ada menyinggung ati dan perasaaan kitak, maafkan kamek..
kamek sik sengaja mok ngaco tidor kitak subuh tadik. bena-bena kamek sik terniat pun. kamek cuma nak make kejap jak. lepas ya kamek sambung balit.  = (

habis jak aku print2 nak diperlu ya tek, aku mintak tolong roommate aku nak sorang ya pegi sambung balit wayar kipas nya.

" kadang-kadang kita susah bena nak puaskan hati urang, nak-nak gik dengan sebala kita mpun. kadang-kadang juak, urang yang kecik ati selalu ( macam aku) juak, sik mudah madah terus terang apa dikemaok nya. sebab aku lebih senang berdiam diri. walaupun aku, memerlukan sesuatu.. dalam diam" berfikir sejenak..


ok, tuk jak dari aku. rasa lega, tenang lepas semua kesal aku diluahkan.. Alhamdullilah..

Tuesday, 24 April 2012

:: entah..::

ya.., aku tak tau apa yang aku rasa sekarang. rasa sedih, kecewa dengan diriku sendiri. apa nak jadi. tak kan dah hidup di alam Universiti dekat setahun, kesedaran nak dapat keputusan baik tu belum ada.. geram dengan diri sendiri.

baru-baru nie, aku dah dapat keputusan bagi subjek aku yang sangat bermasalah tu. risaunya.. aku cuma dapat separuh sahaja yang betul. mana tak aku tak kecewa. aku cuma dapat 15/30. bayangkan.., apa yang aku nak buat dengan result itu. dengan masalah penulisan assignment yang dah genap kali ketiga. masih kena tolak.. bila semua nie akan berakhir. kalau dah ditambah tolak, berapa sangat lah yang aku dapat kan.

aku bertambah down saat member aku tu dapat 24/30. iya, memang salah aku jugak kan. tak fokus dengan exam. tak dengar arahan, dan lagi.. entah. kusut aku memikirkan semua tu. ditambah lagi dengan lagak nya yang   cakap dengan semua orang pasal apa yang dia dah dapat. sekali dengan apa yang aku dapat. mana tak aku malu dengan diri sendiri.

lantas, kemarin, perjumpaan kali terakhir dengan pensyarah tu. aku ditanya, berapa keputusan yang aku dapat. aku hanya berterus terang tanpa melebar-lebarkan kata. muka pensyarah tu pulak. terkejut.., alaa.. janganlah terkejut sangat. saya bukan pelajar awak yang paling teruk. saya cuma tersilap sikit.

apa yang aku rasa sekarang.., aku nak tembak betul tepat dengan sasaran yang aku nak untuk semester nie. aku harap aku boleh. Insya allah..

kepada awak, rakan saya yang disayangi.. please lah, jangan bukak apa2 masalah saya kepada orang lain. apa yang awak buat nie betul2 menampakkan awak bukan jenis seorang kawan yang boleh menyimpan rahsia kawan.. harap awak faham. tak perlu awak gebang pasal diri saya.sekian..

Wednesday, 18 April 2012

:: sekuntum bunga dari pensyarah: erk..?? part 2

assalamualaikum dan salam sejahtera,
saudara-saudari,
cikeboom, cikeboom, boom..!

just imagine kalau kita  tengah berpidato, mukadimah kita berbunyi boom2 gitu..!? lucu.

apa khabar pembaca sekalian.. amboii..! macam lah banyak sangat orang yang sudi membaca kan..?

ok, mari kita teruskan dengan apa yang sebenarnya benda yang paling aku tunggu-tunggu selama seminggu nie. ehehehe.. pasal perjumpaan/ perbincangan ke-2 assignment kumpulan aku bagi subjek tu. ala.., yang itu tuu..
macam biasa.., aku tak kan mention subjek apa. bagi yang tahu tu, diam2 ya.. haha

pertama sekali, syukur alhamdullilah, tak dapat bunga daa..hehe. tapi, assignment tu memang kaw2 laa kena conteng. sampai aku pun tak reti nak baca. se-italic mana pun tulisan aku, lagi italic tulisan dia. eeuuww.. paling manang la ko..

temujanji kumpulan aku dengan pensyarah itu tepat jam 2.50 petang hari Isnin. memang kami dah decide ambik setiap hari isnin. selama 3 kali berturut-turut. sebab cuma waktu tu kami free, tambahan pula hanya tinggal beberapa kotak kosong untuk diisi dan kotak itu adalah hari isnin.

ecehceh.. nervousnya perjumpaan yang kedua. kalau diingat balik, mungkin orang nampak muka kami bertiga kelihatan pucat masa tu. habiiisslllaa..

ok, dengan rasa beratnya kaki melangkah menuju ke pejabatnya hari tu. lepas je kami 3 masuk. member aku terus on kan recorder untuk rakam semua perbualan kami. sama macam aku buat pada minggu lepas. "Merakam". Rakaman tu bukan untuk apa, ini adalah untuk kami dengan semula apa yang dia cakap. kalau dah rakam tu, boleh la dengar sampai pekak pun tak pe. haha

lalu..

perjumpaan kali nie tak lah teruk sangat. kalau kerugian tu, bila dah dihitung-hitung tak lah merugikan sangat kalau nak dibandingkan dengan kerugian pada 2 minggu yang lalu. jadi bunga kan?? kalau korang masih ingat.

ok, apa lagi yang berlaku pada kali ni ialah.. emmm.., korang tengok ye gambar-gambar terkini lagi hot tu. hot lah sangatt..!!




   bagi student yang ambik subjek yang sama, tengok muka depan pun dah dapat agak nama subjek nie.




                                                             senyum, tak perlu kata apa2..




                                                                                lagi..




dan lagi..


hehe.. dah, tamat di sini buat sementara waktu. nantikan sambungannya pada perjumpaan yang ketiga. apa yang bakal terjadi seterusnya? mungkinkah tugasan ini akan diterima..? aku pun tak tahu. susah nak diduga. apa2 pun, tunggu je lah sambungannya nanti, nanti.. 

mood: sekarang giat memperbetulkan semula tugasan tu. supaya nanti, dapat bunga pun tidak, diconteng pun kalau boleh aku tak nak. uuii.. "tingginya harapan, setinggi gunung".



Saturday, 14 April 2012

Hidup si dia laksana artis..


Ramai orang suka.., minat, walaupun si dia hanya dalam kalangan yang biasa-biasa sahaja. Siapa aku untuk meminatinya. Sedangkan hati  ibarat dihiris melihat  fotonya dengan orang lain. Sememangnya antara kami tak banyak benda yang boleh diceritakan. Hati aku kian diselubungi dengan rasa cemburu, rendah diri, sedikit  bersyukur dengan nikmat Allah. Walaupun hidup tidak diisi dengan insan bernama ******  
- Allah sentiasa bersamaku..insya allah.

Ya allah, jika dia benar untuk ku..
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Jika dia bukan milikku..
Redhakanlah hati ku dengan ketentuanmu..

Ikhlas,
-Hamba yang bersyukur
~kelembutanku bukan kelemahan~

Friday, 6 April 2012

percutian 6 malam 5 hari di Bumi Kenyalang..

hehehe.. syiok pulak kan aku punya entri punya tajuk ini..?? macam la betul2 pergi bercuti. ok, apa yang aku nak story kali nie pulak pasal lawatan yang akan kami buat pada hujung minggu nie bersempena dengan cuti pertengahan semester di Universiti Malaysia Sabah. jadi, course aku HT 17 Pendidikan Dengan Sains Sosial pun adalah buat satu lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Sarawak nie. antaranya, tempat yang nak dilawati tu ialah pusara pejuang Sarawak iaitu Rosli Dhobi dan yang lain, Muzium Sarawak dan lain-lain lagi. alaa.. pokoknya pasal tempat sejarah je lah. aku pun bukan nya reti sangat dengan sejarah-sejarah nie.

lawatan nie jugak adalah untuk kajian lapangan bagi subjek Sejarah Sabah dan Sarawak. assignment tu..  al-maklumlah, sains sosial tak boleh lari daripada sejarah mahupun georgafi. pensyarah aku cakap, kalau join pegi, automatik dapat 10%. banyak tu..hehehe. sambil2 tu kenalah buat jugak esei bertulis kalau mau markah lebih kan..

ok, perjalanan dijangka akan bermula dari pukul 7.oo pagi esok. kena ready awal la nie.. lalu bergerak terus ke Limbang Sarawak sebelum melimpas negara Brunei Darussalam lalu ke Miri. perjalanan juga dijangka mengambil masa 1 hari lebih.. mak aii, lamanya..!! itu lah word yang aku sangat selalu dengar kelua meniti bibir kawan-kawan aku yang bukan asal Sarawak dan mungkin ini adalah pengalaman pertama mereka menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang bertuah itu. alaa.., aku pun menjawab.., "Sarawak tu besar, sangat besar. memang lah kita makan masa kalau nak melawat seluruh bandar-bandar utama dia". kalau pakai flight, baik kita tak payah buat lawatan kan..?? pejam mata ja terus sampai di bandar. padahal tertidur di flight rupanya.. kih3. aku selalu buat benda tu. tak sengaja kan. habis tu tak kan nak duduk terpaku je sejam lebih. nak ajak orang sebelah menyebelah bercakap, sudi ke..?? alahai..




(gambar semasa di Jabatan Imegresen cawangan Kota Kinabalu)



kemudian, perjalanan juga dijangka diteruskan pada hari keduanya.  kami akan berangkat dari Miri lepas melawat tempat-tempat bersejarah di sana lalu le Sibu, Sarawak. dan bergitu lah seterusnya..sampai lah ke bandaraya Kuching, Sarawak. bergitu lah setakat nie tentatif program setakat ini yang bakal dilaksanakan bermula besok pagi 7 April 2012 (Sabtu).

apa yang aku rasa sekarang, exited.. bukan senang nak round 1 Sarawak. waima aku yang dari bumi kenyalang tu pun belum tentu sudah habis aku lawat. pergi Kuching pun ambik masa 4 jam kalau dari Sri Aman. jadi, daripada buang masa, buang tenaga, lagi buang minyak kereta, kami hanya akan pergi bila ada urusan penting je. sebab tu lah aku exited nak pergi menjelajah ini. nak-nak lagi pergi satu rombongan kos aku.

p/s aku..?? :: untung dan seronoknya belajar di Universiti.. :)

Tuesday, 3 April 2012

fiesta cahaya 2012..

banyak cakap pulak aku kebelakangan nie kan. sebab banyak benda aku nak story.. macam2 yang terjadi. tapi beh2 belako.. ok, baru-baru nie aku ada berkunjung ke satu program a.k.a fiesta yang dianjurkan oleh budak-budak India di Kampus aku nie. dengan bayaran RM6  untuk harga 1 tiket, aku dengan roommate aku pun ikut lah sekali tengok macam-macam persembahan yang ada.

malam tu, hampir-hampir jugak ahh nak dapat tiket bertuah. tapi sayang, nombor tiket bertuah aku terbalik pulak. nasib tak baik kan.. nak cakap ape lagi kan. rezeki orang.. padahal terkilan sikit. hahaha.. tapi, enju=oy laa dengan persembahan malam tu. tahniah kepada para penggerak program tu. memang syiok lah.. rasa macam tengok teater hindustan pulak. jom tengok gambar2 aku masa hari tu.., tapi tak banyak lah.. buat cuci2 mata cukup lah..



yang nie persiapan sebelum nak ke fiesta cahaya tu..  dari kiri, Zati, aku di tengah dan sebelah kanan bazilah. dua2 nie roommate aku. ada sorang lagi, tapi tak de pulak gambar dia di sini.


tergamam habis aku bilatengok persembahan student nie.. menarik..!!


nie laa tiket aku tu. nombor bertuah tu 2807 kalau tak sialp. memang angka tu ada dekat aku, sayangnya, terbalik pulak..









ok, tu je kot setakat nie.. bye, aku nak tido pulak, dah lewat sangat da nie.. gudnite kawan-kawan ku..

:: musim assignment bertimbun ::

benda normal lah.. bila dah dekat2 nak cuti mid sem nie. tekanan dari assignment tu memang kita tak dapat tepis laa.. sangat banyak, belum lagi ditambah dengan perjumpaan berkumpulan ke sana ke mari. naik pening jugak kepalak aku. hehe.. belum lagi dikira sekali dengan persediaan menjelang mid term.ok, student2 di luar sana, jangan strees ya..

sepening-pening mana pun, sempat jugak kan aku nak update perkembangan GHS aku nie. ahhakkss.. itu lah, study smart orang cakap.. kalau lah dah duduk 24 jam mengadap buku, laptop, memang lah kita tak tahan kan..?? biasalah tu, zat badan kita nie kan lemah. ada tempoh expired dia.. nak kena servis selalu. kena sayang diri kita dulu.., sebelum sayang orang laian. kalau dah jatuh sakit tu, sapa nak nolong.., kalau tak diri sendiri jugak..? katakan boleh pada diri sendiri.. hehe.. meja belajar aku jangan cakap lah.., memang semak berabis dah tu. tak percaye tengok bawah nie..,


sebab belum ada masa yang aku betul-betul free.. busy dengan perbincangan, dengan kelas lagi. aku rasa malas sebab, nanti kalau aku dah kemas, karang bersepah balik.. jadi, aku biarkan je "Si Luncai dengan Labu-labunya" nie..



tengok, padat kan. takberkurang pun temujanji sana sini, bertambah lagi adalah..

harap-harap keadaan nie cepat reda, naik semak mata aku memandang..
"berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"
sesuai kerr ayat tu..?? aku antam2 saja..




:: Sekuntum bunga dari pensyarah..erkk..?? ::


Ehh.. mesti korang ingat aku nak cerita macam-macam kan sekarang..?? hahaha.. bukan tu lah.. bukan macam yang korang sangka tu. Sama sekali tidak. mesti korang tengah bayangkan.. ermmm.., biar aku teka. korang ingat aku dapat bunga yang betul2 tu kan..??  hah.., tak pernah2 pun orang bagi. ini lah kali pertama, secara berkumpulan lagi tu. dan atas sebab-sebab yang aku tak pernah terbayangkan sebelum nie.

Sebenarnya aku nak cerita pasal bunga sekuntum yang aku dapat baru-baru nie a.k.a semalam. Setengah lucu, setengah rasa BIKIN PANAS..!! lagi aku rasa patut kot dapat sekuntum, daripada kumpulan aku dapat berkuntum-kuntum..?? naahh.. lagi la teruk. nak jawab apa nanti..?

Kecewa, sengsara, merana, di jiwa.., BERGELORA.. amboooii..!! teruknyee..
dasyat gilerr ayat aku kali nie..

Ok, kita mula,
Di suatu petang yang hening, disertai dengan hujan renyai2. Haahh..!! gitu.. bukan main lagi. Group aku adalah buat temujanji bagi satu subjek nie. tak nak lah mention subjek ape. kalau yang di UMS tu tau lah kot. nak2 lagistudent yang selalu sama2 satu kelasdengan aku.

 lalu.., bincang punya bincang kan.., dalam masa yang sama, tetiba assignment group aku tu kena koyak lalu dijadikan "sekuntum bunga" oleh pensyarah tu. punya panjang esei yang kami buat tu. gila butul..!!udahlah makan masa berminggu-minggu kami peram assignment tu. astaga.. kawan aku cakap kan, rasa macam dihina pun ada. punya malu..

lagi satu kan, aku print bah kertas tu. mahal tau. dengan keadaan PTPTN aku yang belum masuk. RM1.80 pun dirasakan banyak. hahaha.. kalaulah assignment tu aku fotostat tak pe gak. murah sikit. paling2 pun tak sampai 30sen.

word yang aku paling ingat dia sebut: "apa yang awak belajar di sekolah dulu..?? david becham?? justin bieber?? cuba kamu cerita dengan saya..!!" (dalam hati aku, ya rabbii..maluunyaaa.. + lucu pun ada gak). aku tengok muka kawan, kawan aku pulak, balik-balik tengok muka aku. masa dia bercakap tu, tangan pensyarah tu sibuk menganyam assignment tu menjadi bunga. mata kami asyik terpandang kertas kami hancur dikoyak, diikat lalu distaple. nak tengok rupa dia..?? tu hah, ada di bawah..





 gila tak terkejut kan..?? buat malu je. tapi memang aku tangah malu pun masa tu. keluar je dari bilik pensyarah tu, alahaiii.. tak tau nak cakap apa dengan member aku 2 orang tu. tak habis2 kami bercerita benda tu saja. berulang-ulang lagi tu. first time geng..!! aku dapat pengalaman nie. pengalaman laa sangattt kan..!!




nie aku dengan salah seorang dari kawan aku yang satu group dengan aku. Rosari nama dia. merangkap coursemate aku jugak. sorang lagi nama dia connie. pun sama, kami ambik kos yang sama, dan ini subjek tambahan yang sama jugak. alaa.., sama2 terkenak. lalu, bergambar2 d tangga. yang sorang lagi tu jadi tukang gambar. alaa.., dia tak nak join pulak masa sesi bergambar dengan rakan taulan nie. ahaakkkss..!! lucu pulak aku rasa.

lagi satu word yang aku ingat apa yang pensyarah tu cakap, "idea itu ibarat bunga, jadi bawa bunga nie, bajakan dia." mak aii.., gramatis lantas menusuk ke hati punya word dia pakai. terasa betul aku. 

dan sekarang, kami dah pun siapkan assignment ke2 bagi subjek tu. habiskan dalam 1 malam. harap2 diterimalah kali nie.

lalu kisah ini BERSAMBUNG.. nantikan story aku yang seterusnya 2 minggu dari sekarang.
aku akan update benda nie bersiri. macam drama2 tu..,

P/s: kepada Con & Rosari.., hehehehe.. paling manang la kita ini. malu berabiiss nie saya. harap2 karang kita hantar lagi esei yang terbaru, esei kita tidak dibuat jadi itu bunga. jangan jugak jadi objek atau benda2 yang seangkatan dengannya. ataupun tu kertas jadi *******. pun saya tidak mau cakap tu.hehehe
ngeee~~