Di sini aku nak
cerita lah sikit pasal pengembaraan aku ke salah sebuah pekan kecil yang ada di
negeri di bawah bayu nie. Seronok dapat pegi tengok tempat orang. Bukan selalu
kan..?? Aku dan kumpulan kajian aku tu bergerak kira-kira dalam jam 5 petang
macam tu. Jadi, sampai ke tempat yang kami nak buat kajian tu kira-kira
dalamjam 8 malam. Sebab banyak transit bah kan.. aku pegi situ masa 22 hb 10,
2011 hari tu.hari sabtu..dam kembali semula ke kk pada keesokkan harinya 23hb
10.2011.lepas jak habis aktiviti kokum, aku terus pulang ke bilik nuntuk
packing barang. Jarak perjalanan dari kk ke situ sebenarnya cuma mengambil masa
setengah jam je..tapi, faham-faham lah kan,kami pegi jalan-jalan dulu..pegi
beli makanan untuk makan malam. Lepas tu, carik van/bas untuk ke bandar kk.
Carik lagi van dari kk ke daerah tu..
Setelah sampai ke pekan tu, kami kena bejalan lagi sepanjang
4 km ke rumah salah seorang daripada ahli kumpulan aku tu. Siti Aishah nama
dia. Tapi macam laki-laki perangainya. Dipanggil
virus. Nama glamour gitu.. Dengan nakal nya tu. Tapi dia baik. Itulah menarik
aku untuk mahu berkawan dengannya. Sepanjang perjalanan kami tu, kami lalu
landasan kereta api. Dengan keadaan kampung itu jugak..memang nampak macam
pedalaman. Yang nampak macam pedalaman tu, pada mula ja..tapi kalau dah masuk
ke dalam lagi, jumpa pulak beberapa baris rumah teres. Dah la sepanjang
perjalanan kami tu, aku dengar macam-macam. Tak taula, mungkin cuma mainan
perasaan aku saja. Takut aku dibuatnya.
Lepas makan malam, berehat.., kami pun mula lah berbincang
mengenai tugas masing-masing. Kembali kepada tujuan asal kakmi ke tempat tu.
Habis bincang, kami pun mula ber,main “killer=killer”. Aku lah yang jadi
pembunuh professional dalam permainan tu..haha.., syiok tau..kawan-akwan aku
tak tau pun yang peranan aku dalam permainan tu sebagai pembunuh. Last
main,mereka kata muka aku macam baik-baik ja.., lepas tu, kami pun main
luah-luah perasaan. Sedikit sebanyak semua permainan itu membantu aku untuk
mengenali mereka. Sampai je turn aku, aku dapat soalan daripada kawan-kawan aku
dim man amereka bertanya pandangan aku mengenai mereka, apa aku ada couple ke
tidak. Mana ada masa aku untuk semua tu.. aku terus terang ja. Yang aku nie tak
da couple. Aku nie malu dengan lelaki. Tambah lagi di kelas aku sememangnya
kurang bercakap dengan coursemate aku sendiri. Huhu..susah la jadi aku kan?
Pendiam, pemalu lagi..lepas tu ada kawan aku tu dia cakap akunie jenis yang tak
kan tegor budak lelaki. Tapi kalau orang
dah tego aku, tak aku masih nak diam.ya tak?
Keesokanngya, kami terus dengan kerja kami. Habis je keja,
kami pun jalan-jalan pegi bundle, pasar tani.. sampai ke kk kami makan lagi.
Then sambung lagi jalan-jalan pusing bandar kk..dah tak larat nak bejalan, baru
lah kami ambik keputusan untuk pulang ke asrama..
P/s: banyak lagi sebenarnya yang aku nak cerita. Tapi,masa
tu terhad..kita kena bijak uruskan masa.cheehh..!!