Selamat Datang ke Blog saya..!!

Saturday, 12 May 2012

ten, ten, ten, teater marii..!!

Assalam semuanya.. apa yang aku nak cerita kali nie pasal teater yang tengok baru-baru nie d resital UMS Kota Kinabalu. tajuk teater tu "Rasuah Tuhan"..aku, kalau benda free2 nie memang cepat. nak2 lagi banner teater tu tertulis " MASUK ADALAH PERCUMA". nah, pegi je lah. bila lagi kan.., bukan selalu. tambahan akku free 1 hari tu. hari rabu.. so, aku ajak lah member aku 2/ 3 orang pegi tengok.

boleh tahan bakat anak-anak  muda Sekolah Pengajian Seni mementaskan teater berunsur ketuhanan. walaupun tema nya kurang sikit di tangkap dengan baik, tapi ok. biasalah kan, kita kan sama2 belajarbenda baru. benda yang baru kita belajar, tak semestinya kita  dapat  dizahirkan dengan sempurna. tengok lagi di bawah, ada koleksi gambar-gambar semasa pementasan dibuat. tapi sebelum tu, soory lah dariaku sebab gambar tu x clear sangat..






ps: aku tak lain, memang suka tengok pementasan2 cam nie. tambahan assignment sudah 78% siap. jadi boleh la luangkan masa tengok teater ni..

Monday, 7 May 2012

Butakah Hatiku..?



Assalam.. 

sebenarnya..,
kalau korang nak tahu kan, hobi aku di masa lapang..
meh aku kasi tau..
aku suka menulis puisi. ramai yang tak tau nie. 
bah, sekarang aku bagi tau ya..
dan kebetulan..aku dapat idea,

~ dari apa yang batinku ingin utarakan, 
namun, tak siapa yang mendengar teriakannya..
walaupun hati seakan berkecai dengan apa khabar yang baru diterima
tanpa diundang, sebak menyelubungi dada..
kecewa akhirnya..

bila ja aku rasa sunyi kan,
idea tu akan datang.. 
idea sama macam angin,
kalau tak ditangkap, 
berlalu tanpa berucap bila tak digilap..

sama seperti bakat,
yang hadir cuma sesaat,
kalau tak diasah, 
tak akan terasa..


aku pasrah senantiasa
andai ini takdir darinya
aku akan menulis di hujung pena
sehingga ke hujung nyawa..

******************************************

Mengapa harus diusik hati yang telah dimiliki..
Walaupun sungguh engkau tidak mengetahui..
Sayang sekali..
Biarlah rasa dan masa berlalu pergi..
Jika rasa itu sudah menjadi suatu yang terlarang..

Jangan engkau mengharapkannya lagi..
Jika itu sudah takdirmu..
Lupakan segala yang berlaku..
Mulakan langkah barumu..

“Butakah aku selama ini..
Sebodoh apa jua aku ini..,
Sama sekali tidak menyedari
Sandiwara yang berlegar dalam sanubari..”

Lakonan apa yang kalian pentaskan,
Dan tanpa aku sedari..
Sehebat ini tamparan aku rasakan..
Hati mana yang tidak terkecewakan..
Bila kasih putus di tengah jalan..

Pergilah,
Pergilah engkau mencari kebahagiaanmu..
Akan ku titipkan doa buatmu..
Semoga berbahagia selalu..



                                                                                               
 Sayang Selalu,
                                                       
  ~DayangNorrafidah_AbangSahyan


Sunday, 6 May 2012

:: SiRi SyaRahan KiNabalu::

Assalam..

serasa aku lah kan, aku belum lagi kongsi pengalaman aku baru-baru nie kan..?? lamenya aku tak update GHS nie. aku bz sangat2.. final dah dekat, tuntutan assignment pulak bayak dalam masa terdekat nie nak kena hantar. ok, kembali ke asal.

baru-baru nie gak lah, ada lah satu program yang diadakan di UMS kampus Kota Kinabalu  nie. satu program bernama "Siri Syarahan Kinabalu oleh YABhg Tun DR. Mahathir Mohamad". huu.. ramai gila yang datang masa tu. termasuk lah aku turut menyemak dewan. gila oooo.. kalau tak pegi tau. bila lagi berpeluang nak tengok bekas pemimpin kita tu. peluang tu mungkin tak kan ada lagi masa depan. percayalah cakap aku neh..?!    banyak lah yang beliau ucapkan pada hari tu. last2 kan, masa beliau nak berangkat pulang, semua orang berpusu-pusu berhimpit sesama sendiri semata-mata nak bersalam dengan beliau. termasuk aku lagi..!! hahaha. aku dari dulu sangat kagum dengan beliau. walaupun dulu, aku masih kecik untuk tahu semua tu. sekali aku pun dapat bersalam dengan beliau.. punyalah bangga tau.
pencapaian terbaru aku tuu..hekhekhek



nie ha.., gamba yang aku ambik masa tengah menunggu ketibaannya di Cansellor Hall, UMS..
masih tak percaya..??
nah, pegi tengok gamba2 setrusnya di bawah...





yang nie pulak, tentatif program..


Dewan Cansellor..



yang nie pulak gamba beliau.. walaupun tak clear.. at least ada oke.. ko ada..??? haaa



nak cerita gak lah, masa tengah berebut tu kan, kaki roommate aku tercedera la pulak. kena pijak. al-maklumlah..orang ramai. kalau kena dengan kaki perempuan yang pakai kasut bertumit tu. memang jahanamlah kaki kita yang tak berapa nak bertumit nie kena pijak. huhu

oke, nie je aku nak cerita.. sebenarnya kan, banyak sangat aku nak story. serasa aku lagi, aku belum lagi share "pasal perjumpaan dengan Mr Purple", " lawatan aku ke Sarawak tanah air"..lagi.. "aku terjumpa sesuatu.." ermm.., "pemberian dari seseorang". memang banyak lah. nantilah, aku tulis lagi apa yang aku ingat. sekarang, masa untuk sambung balik buat assignment yang telah memanggil2..

Wasalam.. :)




Thursday, 26 April 2012

:: kecik ati ::

Assalam.. apa khabar GHS..?? bagus ka? sorry ya, kali tuk entry aku berbunyi selenk Serawak ikit. sebab mun di tulis make bahasa nok dipaham semua orang,  sik dapat lah aku nak meluah abis2 nak.. selalu sik nenga urang kadang-kadang meluah bukan dari mulut, tapi di hujung pena.. auk, wujud urang macam ya. antaranya, aku.. aku lebih suka meluah make tulisan2 aku mun nak dibanding kelaka macam urang lain. lalu.. dipendekkan cerita..

 ok, macam tuk kisah eh..

awal pagi tadik, aku bangun awal.. adalah dalam jam 4 lalu pia. kata hati maok print keja nak dipolah aku pake presentation siang tuk. lalu solat Subuh sekali.. habis jak semua keja aku polah, aku pun print.

bila jak aku nak print..

maklumlah nak, tali printer kita nie lah panjang sedepa. minak besar kangkang kerak jak. lalu, aku pun ambik lah extention wayer di bilit aku ya. sorry lah,  mun ejaan aku sik betol cikit. arap kitak urang paham lah apa maksud aku tuk.

ok, sambung..
lepas aku ambik tek nak, lalu kipas duduk ya dipadam lah. bukan lamak nie jak pun aku mok make nak barang ya.. kejap jak. bukan nya aku sik bayar juak masa beli dolok. nak ya barang kongsi nak. iboh lah kita pia gilak. kecik ati ku.. sak mun sidak make barang aku, ambik, pake kain  tudung aku indah, sik da aku berkira. senang ati jak aku jamek. walaupun, jauh di sudut hati.. rasa riso barang rusak. semua ya aku tepis. ngenang kawan. dijadikan cerita, iron aku berapa kali gugok pecah retak entam cdak. sik da ku bunyi. agik wak aku jamek waima barang2 abis patah jejah oleh sidak. bukan nak ngungkit, aku cuma berkenang jak.

auk, dah aku print tek nak. sik sengaja lah aku tek.. sebab aku nak make ya bentar jak bah. sekejap... jak. lalu nak, ya nya bisin. auk, nya.. roommate aku urang meno juak. cam tuk bunyi eh : kipas, kipas..kipas..!! nie kipas tuk? makin kuat, makin nyerin sora nya ku denga. lerap-lerup jak ny. bunyi manas.. lalu, apa rasa kitak urang mun dipolah urang pia. tersinggung sik? tersinggung nak.. dah aku nenga nak pia tek, aku pun nyaut : auk, kejap zilah. lak gik kamek mukak kipas gk. kamek agik make wayar tuk. terus masam muka nya.


 kecik bena ati aku dipolah nya pia.. sedangkan aku, sik kalak,sik mudah nak meninggi sora ngan urang. nie gik nak kelaka kasar. tapi, pagi tadik, sik nyangkak ku, nya dah ngeso belang.. mungkin lamak tuk nya ada sik rajin ngan aku.nie lah kita tauk nak.. ati urang. mungkin nya pernah tersinggung dengan tingkah laku aku. dalam aku manusia biasa, aku sik lepas dari molah kesilapan juak.

kawan, andai kamek ada menyinggung ati dan perasaaan kitak, maafkan kamek..
kamek sik sengaja mok ngaco tidor kitak subuh tadik. bena-bena kamek sik terniat pun. kamek cuma nak make kejap jak. lepas ya kamek sambung balit.  = (

habis jak aku print2 nak diperlu ya tek, aku mintak tolong roommate aku nak sorang ya pegi sambung balit wayar kipas nya.

" kadang-kadang kita susah bena nak puaskan hati urang, nak-nak gik dengan sebala kita mpun. kadang-kadang juak, urang yang kecik ati selalu ( macam aku) juak, sik mudah madah terus terang apa dikemaok nya. sebab aku lebih senang berdiam diri. walaupun aku, memerlukan sesuatu.. dalam diam" berfikir sejenak..


ok, tuk jak dari aku. rasa lega, tenang lepas semua kesal aku diluahkan.. Alhamdullilah..

Tuesday, 24 April 2012

:: entah..::

ya.., aku tak tau apa yang aku rasa sekarang. rasa sedih, kecewa dengan diriku sendiri. apa nak jadi. tak kan dah hidup di alam Universiti dekat setahun, kesedaran nak dapat keputusan baik tu belum ada.. geram dengan diri sendiri.

baru-baru nie, aku dah dapat keputusan bagi subjek aku yang sangat bermasalah tu. risaunya.. aku cuma dapat separuh sahaja yang betul. mana tak aku tak kecewa. aku cuma dapat 15/30. bayangkan.., apa yang aku nak buat dengan result itu. dengan masalah penulisan assignment yang dah genap kali ketiga. masih kena tolak.. bila semua nie akan berakhir. kalau dah ditambah tolak, berapa sangat lah yang aku dapat kan.

aku bertambah down saat member aku tu dapat 24/30. iya, memang salah aku jugak kan. tak fokus dengan exam. tak dengar arahan, dan lagi.. entah. kusut aku memikirkan semua tu. ditambah lagi dengan lagak nya yang   cakap dengan semua orang pasal apa yang dia dah dapat. sekali dengan apa yang aku dapat. mana tak aku malu dengan diri sendiri.

lantas, kemarin, perjumpaan kali terakhir dengan pensyarah tu. aku ditanya, berapa keputusan yang aku dapat. aku hanya berterus terang tanpa melebar-lebarkan kata. muka pensyarah tu pulak. terkejut.., alaa.. janganlah terkejut sangat. saya bukan pelajar awak yang paling teruk. saya cuma tersilap sikit.

apa yang aku rasa sekarang.., aku nak tembak betul tepat dengan sasaran yang aku nak untuk semester nie. aku harap aku boleh. Insya allah..

kepada awak, rakan saya yang disayangi.. please lah, jangan bukak apa2 masalah saya kepada orang lain. apa yang awak buat nie betul2 menampakkan awak bukan jenis seorang kawan yang boleh menyimpan rahsia kawan.. harap awak faham. tak perlu awak gebang pasal diri saya.sekian..

Wednesday, 18 April 2012

:: sekuntum bunga dari pensyarah: erk..?? part 2

assalamualaikum dan salam sejahtera,
saudara-saudari,
cikeboom, cikeboom, boom..!

just imagine kalau kita  tengah berpidato, mukadimah kita berbunyi boom2 gitu..!? lucu.

apa khabar pembaca sekalian.. amboii..! macam lah banyak sangat orang yang sudi membaca kan..?

ok, mari kita teruskan dengan apa yang sebenarnya benda yang paling aku tunggu-tunggu selama seminggu nie. ehehehe.. pasal perjumpaan/ perbincangan ke-2 assignment kumpulan aku bagi subjek tu. ala.., yang itu tuu..
macam biasa.., aku tak kan mention subjek apa. bagi yang tahu tu, diam2 ya.. haha

pertama sekali, syukur alhamdullilah, tak dapat bunga daa..hehe. tapi, assignment tu memang kaw2 laa kena conteng. sampai aku pun tak reti nak baca. se-italic mana pun tulisan aku, lagi italic tulisan dia. eeuuww.. paling manang la ko..

temujanji kumpulan aku dengan pensyarah itu tepat jam 2.50 petang hari Isnin. memang kami dah decide ambik setiap hari isnin. selama 3 kali berturut-turut. sebab cuma waktu tu kami free, tambahan pula hanya tinggal beberapa kotak kosong untuk diisi dan kotak itu adalah hari isnin.

ecehceh.. nervousnya perjumpaan yang kedua. kalau diingat balik, mungkin orang nampak muka kami bertiga kelihatan pucat masa tu. habiiisslllaa..

ok, dengan rasa beratnya kaki melangkah menuju ke pejabatnya hari tu. lepas je kami 3 masuk. member aku terus on kan recorder untuk rakam semua perbualan kami. sama macam aku buat pada minggu lepas. "Merakam". Rakaman tu bukan untuk apa, ini adalah untuk kami dengan semula apa yang dia cakap. kalau dah rakam tu, boleh la dengar sampai pekak pun tak pe. haha

lalu..

perjumpaan kali nie tak lah teruk sangat. kalau kerugian tu, bila dah dihitung-hitung tak lah merugikan sangat kalau nak dibandingkan dengan kerugian pada 2 minggu yang lalu. jadi bunga kan?? kalau korang masih ingat.

ok, apa lagi yang berlaku pada kali ni ialah.. emmm.., korang tengok ye gambar-gambar terkini lagi hot tu. hot lah sangatt..!!




   bagi student yang ambik subjek yang sama, tengok muka depan pun dah dapat agak nama subjek nie.




                                                             senyum, tak perlu kata apa2..




                                                                                lagi..




dan lagi..


hehe.. dah, tamat di sini buat sementara waktu. nantikan sambungannya pada perjumpaan yang ketiga. apa yang bakal terjadi seterusnya? mungkinkah tugasan ini akan diterima..? aku pun tak tahu. susah nak diduga. apa2 pun, tunggu je lah sambungannya nanti, nanti.. 

mood: sekarang giat memperbetulkan semula tugasan tu. supaya nanti, dapat bunga pun tidak, diconteng pun kalau boleh aku tak nak. uuii.. "tingginya harapan, setinggi gunung".



Saturday, 14 April 2012

Hidup si dia laksana artis..


Ramai orang suka.., minat, walaupun si dia hanya dalam kalangan yang biasa-biasa sahaja. Siapa aku untuk meminatinya. Sedangkan hati  ibarat dihiris melihat  fotonya dengan orang lain. Sememangnya antara kami tak banyak benda yang boleh diceritakan. Hati aku kian diselubungi dengan rasa cemburu, rendah diri, sedikit  bersyukur dengan nikmat Allah. Walaupun hidup tidak diisi dengan insan bernama ******  
- Allah sentiasa bersamaku..insya allah.

Ya allah, jika dia benar untuk ku..
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Jika dia bukan milikku..
Redhakanlah hati ku dengan ketentuanmu..

Ikhlas,
-Hamba yang bersyukur
~kelembutanku bukan kelemahan~