Selamat Datang ke Blog saya..!!

Saturday, 5 November 2011

gara2 tak mangantuk, aku update diari digital~~

aduuiii..kenapa dengan aku nie..tak dapat lelapkan mata. esok raya la weii..layu lah wahai mata..lelaplah. esok subuh lagi wajib bangun. solat subuh..permudahkan aku  ya Allah di waktu subuh. habis orang aku tanya balik kampung halaman ke tidak. sebab aku pun perantau kan..jadi, geng laa dengan perantau-perantauan yang lain tu. rupa-rupanya si dia juga tidak balik ke kampung halaman..ek'eeh2 sama laa..hahaha. syok sendiri pulak aku nie kan. Astargfirullah.. bawa2 bertenang  bah..! dush2!!

Mood~
hmm..tak mau cakap banyak, sedih, rindu.., fikiran melayang-layang, mau pulang.. tambah lagi kawan aku tadi bukak lagu raya. mau tak bergenang air mata aku mendengarnya.huhuu..
sedih laa tak dapat pulang cuti raya kan.. walau pun raya haji di tempat aku tu tak semeriah tempat2 yang lain. tapi masa2 berharga dengan keluarga tu yang aku  nak..saat kami memasak sesama, makan sesama, buat kuih raya pun sesama..
tapi, kali nie lain pulak rasanya..tadikan, aku  main laa..edit2 gamba di photoscape tu.. tetiba je air mata aku meleleh..(menangis). masa tu aku tengok gamba anak buah aku yang 2 orang tu..rindu pulak..

P/s: Ok lah, mau try lelap dulu nie..kalau bole secepatnya..tak laa mengantuk sangat esok. walaupun tak da kelas kan..assigment tu yang setia menunggu untuk disiapkan. tabahan pulak, aku final kursus geografi manusia 14hb Novnie.. wish me luck okaiiyy!!

Thursday, 3 November 2011

apa yang patut dibuat bila bosan..??? !_!

hmm..betul2 aku bosan malam nie tau..maklumlah cuti mid semester dah tiba. jadi, roommate aku pun balik arr ke rumah diaorang musim cuti nie. sabahan kan.+_~ borink nya aku.. pecah palak kata sarawakian.. tak tau nak buat apa.mesti masa itu seakan-akan ku rasa lambat berlalu kelak. dah la keseorangan di tempat orang. semua nya kena buat sorang2. aku tak pulang sarawak sebab alang2 kan.. lagipun cuti sem pun tak lama lg. bulan 1 oh bulan 1..tak sabarnya.. macam lah yang berlaku di tempat orang,benda yang kita sama sekali tak duga, tak sangka pun berlaku. semua tu jadi pengalaman.

Errkk..!!no komen..

Astargfirullahhalazimm.. kenapa aku berdebar setiap kali memandangnya. bukan nya yang real pun.gambar je kan.. ok, fine..,no komen..!! ape aku buat nie..tak patut nya.. dia bukan milik kau lah..[ hanya mampu mencintai dalam diam]..macam tu lah bunyi blog yang aku baca sejak dua menjak nie. hari tu lagi teruk aku punya rasa tak keruan tu..sampaikan aku tak dapat tidur dengan lena. aku bingung.. masa tu kan, aku da la cakap sama dengan kakak ku yang aku nak cuba lupakan nya dan fokus kepada pelajaran aku di seni. semenjak itu lah, aku rasa tak dapat nak fokus..asyik2 terkenang.. ya allah berilah petunjuk kepada hamba mu ini ya ..lepas tu kan, aku baca di wall ny.. dia juga merasakan benda yang sama. tapi adakah aku orang yang membuatnya tidak keruan?? sedarlah dari lamunan...bangkitlah..!!dia bukan untukmu..percayalah, dia ada pilihannnya sendiri.serahkan kepada  Alllah yang maha mengetahui siapa jodohmu. dia akan tentukan sesuatu yang terbaik buatmu.. Sabar ekk..kau kan masih muda. kejar cita-cita mu dahulu. mak bapak di kampung mengharapkan enkau belajar disini.., bukan bercinta. !! INGAT TUUUU...!!

cincai kan blog aku kali nie..?? aku tulis ikut mood bahh..haha..direct saja bah nie.
sejak aku di sini, gaya bercakap pun kena jugak ikot slank mereka..sebab kalu kita cakap bm yag biasa tu kan, mereka kurang paham. terpaksa pulak nak repeat 2/3 kali..haha..boleh la bah kalau sa cakap sabahan..haha.mintak puji nya dayang..

salu gak lah kena gelak dengan geng. sebab salah sebut kan. nak2 lagi bahasa dusun. hancur bahasa mereka aku kerjakan. [longadon oku dika]- aku rindu kamu.. i like..haha

p/s: ok lah, nanti aku share lagi pengalaman dan cerita2 yang aku rasa patut dikongsi untuk hilangkan resah gelisah hati nie..aaiissehhmennn...!!haha.. Assalam..

Saturday, 29 October 2011

Simpati ~~!



Yang tersayang..jangan bersedih ya..aku tahu kau ada potensi untuk berjaya..semoga engkau berjaya di dunia dan di akhirat..kuatkan semangatmu. Aku sentiasa menyokongmu dari belakang.. setiap apa kekurangan mu, kita sama di sisi Allah sayang.. bertapa aku mengharapkan dirimu untuk berjaya suatu hari nanti. Jangan berputus asa untuk mencuba. Sememangnya untuk memulakan perkara baru dalam hidup memang susah. Namun, kita perlu masa untuk selesa dengannya. Kesat  air matamu.. jangan merendahkan diri di atas kedudukan mu sekarang.. aku akan mambantu selagi aku termampu. Berusaha gigih sayang demi mencapai cita-citamu. Jangan pernah mengangap dirimu bodoh, tidak pernah dan tidak akan Allah ciptakan seseorang itu bodoh. Kita manusia biasa. Ada kekurangan dan ada juga  kelebihan masing-masing. Kita lemah, tek bererti  kita  bodoh.. Ibu bapa mana yang tidak mahu anaknya berjaya.. hadapi harimu dengan senyuman.. jangan mengeluh sekiranya rezekimu tidak melimpah pada hari itu, tapi bermohonlah kepada tuhan agar dipermudahkan segala urusanmu di dunia agar mendapat kecemerlangan suatu hari kelak.. insya allah, allah itu maha mendegar..Allah akan makbulkan doamu..
p/s: yang penting, doa, usaha, tawakal.. Insya allah dipermudahkan..

Monday, 24 October 2011

~gumbira~


Ehem2..aku happy bila cikgu kesayangan ku akan datang ke KK untuk jumpa aku. Aku ingat selepas aku habiskan zaman sekolahku, dia akan lupak aku. Rupa-rupanya tidak sama sekali. Aku juga menyangka dia akan jumpa pelajar lain yang boleh dijadikan tempatnya meluah perasaan nya.meluahkan masalahnya.. macam aku..??Yang kadang-kadang tertekan kan.. biasalah, bukan senang jadi cikgu nie. Sepanjang perjalanan aku, dia lah yang banyak mendorong aku untuk masuk ke Universiti selain daripada keluargaku sendiri.. memberi motivasi, nasihat, keyakinan aku untuk percaya bahawa peluang itu memeng ada untuk setiap manusia.Aku tak nak mention sapa dia..nama dia,asal mana..nanti timbul pulak kontroversi antara dia dan aku. Khabarnya dia dan maknya akan ke Sabah cuti perayaan nie. Cuti hari raya haji kata orang Sarawak.. jadi, katanya dia nak singgah ke UMS,menemui ku di sini.hehe..
P/s: buat cikgu yang saya maksudkan, hati-hati semasa memandu ok. Saya tunggu ketibaan cikgu d Kota Kinabalu nie. Harap cikgu selamat sampai ya..~~!

~~Trip To Kinarut~


Di  sini aku nak cerita lah sikit pasal pengembaraan aku ke salah sebuah pekan kecil yang ada di negeri di bawah bayu nie. Seronok dapat pegi tengok tempat orang. Bukan selalu kan..?? Aku dan kumpulan kajian aku tu bergerak kira-kira dalam jam 5 petang macam tu. Jadi, sampai ke tempat yang kami nak buat kajian tu kira-kira dalamjam 8 malam. Sebab banyak transit bah kan.. aku pegi situ masa 22 hb 10, 2011 hari tu.hari sabtu..dam kembali semula ke kk pada keesokkan harinya 23hb 10.2011.lepas jak habis aktiviti kokum, aku terus pulang ke bilik nuntuk packing barang. Jarak perjalanan dari kk ke situ sebenarnya cuma mengambil masa setengah jam je..tapi, faham-faham lah kan,kami pegi jalan-jalan dulu..pegi beli makanan untuk makan malam. Lepas tu, carik van/bas untuk ke bandar kk. Carik lagi van dari kk ke daerah tu..
Setelah sampai ke pekan tu, kami kena bejalan lagi sepanjang 4 km ke rumah salah seorang daripada ahli kumpulan aku tu. Siti Aishah nama dia.  Tapi macam laki-laki perangainya. Dipanggil virus. Nama glamour gitu.. Dengan nakal nya tu. Tapi dia baik. Itulah menarik aku untuk mahu berkawan dengannya. Sepanjang perjalanan kami tu, kami lalu landasan kereta api. Dengan keadaan kampung itu jugak..memang nampak macam pedalaman. Yang nampak macam pedalaman tu, pada mula ja..tapi kalau dah masuk ke dalam lagi, jumpa pulak beberapa baris rumah teres. Dah la sepanjang perjalanan kami tu, aku dengar macam-macam. Tak taula, mungkin cuma mainan perasaan aku saja. Takut aku dibuatnya.
Lepas makan malam, berehat.., kami pun mula lah berbincang mengenai tugas masing-masing. Kembali kepada tujuan asal kakmi ke tempat tu. Habis bincang, kami pun mula ber,main “killer=killer”. Aku lah yang jadi pembunuh professional dalam permainan tu..haha.., syiok tau..kawan-akwan aku tak tau pun yang peranan aku dalam permainan tu sebagai pembunuh. Last main,mereka kata muka aku macam baik-baik ja.., lepas tu, kami pun main luah-luah perasaan. Sedikit sebanyak semua permainan itu membantu aku untuk mengenali mereka. Sampai je turn aku, aku dapat soalan daripada kawan-kawan aku dim man amereka bertanya pandangan aku mengenai mereka, apa aku ada couple ke tidak. Mana ada masa aku untuk semua tu.. aku terus terang ja. Yang aku nie tak da couple. Aku nie malu dengan lelaki. Tambah lagi di kelas aku sememangnya kurang bercakap dengan coursemate aku sendiri. Huhu..susah la jadi aku kan? Pendiam, pemalu lagi..lepas tu ada kawan aku tu dia cakap akunie jenis yang tak kan tegor  budak lelaki. Tapi kalau orang dah tego aku, tak aku masih nak diam.ya tak?
Keesokanngya, kami terus dengan kerja kami. Habis je keja, kami pun jalan-jalan pegi bundle, pasar tani.. sampai ke kk kami makan lagi. Then sambung lagi jalan-jalan pusing bandar kk..dah tak larat nak bejalan, baru lah kami ambik keputusan untuk pulang ke asrama..
P/s: banyak lagi sebenarnya yang aku nak cerita. Tapi,masa tu terhad..kita kena bijak uruskan masa.cheehh..!!



Monday, 3 October 2011

Ada peluang, tapi kena lepaskan.. Rasa sayang??

Yaa..sekali lagi aku nak luahkan perasaan dengan blog nie. tau..tak da yang baca pun kan..mungkin hanya antara aku dengan blog nie saja yang tau.ha~..*_*!
Aku dapat kol dari ibunda tercinta hari nie..rasa happy,excited sangat..sebab rindu kan..? Dia kol untuk bagi semangat supaya aku tidak meninggalkan hidup d Universiti nie. Ya mak.., sememangnya tidak ingin aku tinggalkan hidup indah yang bakal mewarnai masa depan ku nanti.. Insya allah, aku akan menjadi seorang pendidik pada masa akan datang. Mak dan bapak sememangnya menyokong setiap apa yang aku lakukan asalkan ia bertepatan dengan hala tuju hidup sebenar dan cita-cita aku. Mereka tau, aku dah mencuba berkali-kali untuk capai citi-cita ku ini. Sememangnya, bukan senang nak senang, bukan susah nak menjadi susah. Aku percaya itu.. Ingat lagi, masa tu aku gagal dalam temuduga bagi kos Pendidikan Seni di IPG. aku kecewa sangat.. dan hari ini, aku bangga, mak dan bapak ku itu berjaya menghantar anaknya ini di Universiti..

Mak aku kol sebab aku dah lulus temuduga bagi jawatan Pembantu Makmal gred C17 yang aku jalani pada beberapa bulan lepas bersama-sama kakakku Dayang Norsuhana. Dia terlebih dahulu mendapat keputusan temuduga dan jawapannya, dia gagal dalam temuduga itu. Sedangkan aku, kini sudah berada di Universiti mendapat panggilan untuk melapor diri di salah sebuah Wisma di Kuching pada 10 Oktober 2011.
Inilah yang aku katakan, peluang kerja sudah  ada di depan mata. Tetapi aku mesti lepaskannya bergitu sahaja. Aku redha..kena berfikiran positif, rasional.. percaya, rezeki ada di mana-mana. Sesungguhnya Allah telahpun merancang dan menentukan sesuatu yang terbaik buat aku.

Moralnya di sini.., bersyukur dengan apa yang ada. Jangan sia-sia kan peluang yang telah dapat. Kalau dah termasuk dalam profesion nie, jangan la pandai-pandai nak tukar pulak yerr..*_@!

Friday, 23 September 2011

Di Universiti Malaysia Sabah..

Sudah 2 minggu lebih aku di Sabahan..huhu. Mulanya aku susah hati, risau berpisah dengan keluarga. Dan kini aku dapat suaikan diri dengan baik. Syabas dengan diri sendiri. Aku dapat ramai kawan-kawan baru di Sekolah Pendidikan, di kursus-kursus yang aku ambil.. Di sini tidak digelar Fakulti.., tapi disebut sekolah. Baru je lepas habis minggu suai mersa bah nie..

Hari Pertama kuliah...
hehehe.., aku sesat daa..aku ikut belakang budak TESL. mujur lah ada sorang rakan aku nie tolong tunjukkan jalan ke kelas aku tu. Hari petama kuliah, Semester pertama, memang sangat kelam kabut..kelas aku pulak banyak yang dapat pada malam hari. Aku nak daftar kelas aku tu pada siang hari, tetapi risau clash pulak dengan kelas lain. Kalaulah aku ambik kelas pada siang hari, percayalah..berkejaran ke hulu-hilir aku nantik.

Belajar pelbagai bahasa..
Memandangkan di Sabahan nie banyak etnik, aku pun mula berjinak-jinak dengan bahasa ibunda etnik mereka..
Aku belajar bahasa Bajau macam..'' mangan ko..??" , "nginum buek ko"?.. Maksudny.., sudah makan ke? sudah minum ke?
Wahh..hebat nie, boleh belajar banyak bahasa kan? Satu-satunya peluang aku untuk tahu pasal bahasa bangsa lain, masa-masa  nie lah..Masa blajar, merantau di negeri orang..

Nie je lah yang aku kongsi dulu.nanti, aku cerita lagi pasal pengalaman aku d UMS..!!